Bermula Hubungan Ibu & Anak Angkat, Pemuda 24 Tahun Nikah Nenek 65 Tahun

Share

Cinta datang tanpa dipaksa. Walau berbeza usia namun apabila perasaan itu datang, tidak lagi wujud perbezaan usia.

Di negara jiran Indonesia, viral kisah seorang pemuda berusia 24 tahun menikah wanita berusia 65 tahun. Ramai melihatnya sebagai tidak masuk akal, namun seperti kata pasangan yang baru saja menikmati bulan madu perkahwinan 5 hari lalu, perbezaan usia antara mereka langsung tidak menjadi masalah.

Menurut Tribun Sumsel yang melaporkan kisah percintaan keduanya, Tri Suyitem atau dipanggil Mbah Gambreng berusia 65 tahun dari Ogan Komering Ilir Sumatera Selatan selamat bernikah dengan Ardi Waras, 24 tahun pada Jumaat lepas.


Akui Mbah Gambreng, awal mengenali suaminya, hubungan itu lebih kepada ibu dan anak angkat. Ini kerana selain Ardi, dia juga mempunyai tiga orang lagi anak angkat terdiri dari tiga lelaki dan satu perempuan.

“Tiga anak angkat saya sudah berkahwin dan punya kehidupan sendiri dan satu lagi ialah Ardi yang kini menjadi suami saya,”katanya dalam temubual tersebut.

Semasa muda, kerja Mbah Gambreng hanyalah menoreh getah milik kebun orang selain berjaja jamu dan pakaian. Dia mengenali anak angkatnya itu, Ardi sejak setahun lalu.

“Dia adalah penari di kelab kesenian kuda lumping sedangkan saya adalah pengurusnya. Dari situ kami kenal satu sama lain. Ketika itu langsung tidak ada apa-apa perasaan padanya.Tapi lama kelamaan, wujud rasa cinta antara satu sama lain.

“Kemuncaknya dia nyatakan dia menyintai saya. Kali pertama mendengarnya saya tergelak. Dan terus mengejeknya. Saya katakana kamu sudah dewasa, sudah sampai masanya untuk mencari pasangan dan bernikah. Tapi dia kata, dia cintakan saya. Dia memang serius dalam hubungan dan kami akhirinya dengan pernikahan ini,”katanya Mbah Gambreng lagi.


Ketua Kampung Panik!

Mungkin kerana faktor usia terlalu jauh berbeza, mengakibatkan Kepala Desa Bumihario Wahyudi membantu menguruskan pernikahan yang kemudian menjadi viral ini. Dia mengaku awalnya terkejut dan tidak mempercayainya tetapi pasangan ini memang benar-benar serius.

Perkahwinan ini dilangsungkan dengan mas kahwin sebanyak Rp100,000 katanya lagi.

Published by
Almaswa Haji Che Ros