Personaliti dan pempengaruh media sosial, Azfar Heri sekali lagi telah membuktikan kejayaan apabila berjaya melangkah setapak ke hadapan dengan membuka sebuah kedai jualan lilinnya yang berjenama ‘Nyala’.
Bermula secara kecil-kecilan dan hanya menjual dari rumah, kini Azfar boleh menarik nafas lega apabila salah satu impiannya telah tercapai. Sebelum ini, kami pernah menemu bual Azfar ketika sesi penggambaran cover pertamanya bersama Remaja tahun lalu dan anak muda berusia 24 tahun ini ada berkongsi dengan kami harapan untuk menggembangkan lagi perniagaan lilin beraroma itu.
“Semuanya bermula apabila rakan saya mencadangkan untuk melakukan perniagaan menjual lilin terapi. Sebelum ini saya memang seorang yang sukakan candle. Sewaktu PKP dulu, setiap malam saya akan menyalakan lilin terapi dan daripada situ rakan memberi idea untuk saya menghasilkan lilin terapi dengan jenama sendiri,”
“Kalau boleh saya nak target untuk ada concept store sendiri kerana bila kita jual candle, rasanya pelanggan lebih suka untuk menghidu bauan candle tersebut. Kalau jual secara online, mereka tidak dapat ‘feel’ bauan yang kami sediakan. Doa-doakanlah agar impian saya tercapai, insyaAllah,” jelasnya satu ketika dahulu.
Ads
Jelas Azfar, sebagai ketua keluarga dia sudah berjanji dengan ibunya untuk bekerja keras demi mencari rezeki untuk keluarga.
“I tak percaya Nyala dah ada kedai sendiri, before this orang purchase online je dan feedback pun memuaskan. Mama must be so proud of me.”
Ads
Nyala physical store ini berkonsepkan industrial luxury dan mengekalkan raw material untuk memberi vibe aesthetic. Semua jenis bauan lilin tersedia untuk pelanggan menghidu baunya dan pekerja di sana akan memberi keterangan untuk setiap lilin tersebut.
Apa yang menariknya lagi, Nyala turut berkolaborasi dengan Ijo Matcha yang menyediakan minuman di dalam physical store itu. Menurut Azfar lagi, pemilik kedai itu adalah kawan baiknya yang menjadi antara tunggak utama memberi semangat dan tunjuk ajar buat dirinya memulakan perniagaan Nyala ini.
Ads
Nyala akan beroperasi mulai 11 Jun 2022 dari pukul 11 pagi hingga 6 petang. So guys, bagi yang tertanya-tanya bagaimana agaknya bau lilin-lilin yang dijual oleh Azfar Heri ini, korang bolehlah datang sendiri ke Nyala Candle ini ok?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Saban tahun, setiap kali tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina; salah satu lokasi yang akan menjadi tumpuan orang ramai ialah Pavilion Kuala Lumpur.
Mana tidaknya, pada tahun lalu ramai yang teruja dengan kemunculan ‘lembu emas’ penuh realistik pada skrin LED Elite yang terletak di atas butik COACH.
Pada tahun ini pula, Pavilion muncul semula dengan satu lagi persembahan animasi tiga dimensi bertemakan haiwan dalam kalendar masyarakat Cina bagi tahun 2022 dan ia adalah dalam bentuk harimau mengaum!
Orang ramai nyata tidak sabar untuk melihat sendiri kelibat ‘harimau’ tersebut yang mula dipersembahkan sejak beberapa hari lalu sehinggalah ke bulan Februari kelak.
Bertemakan The Year We Roar Together atau ‘Tahun Di Mana Kita Mengaum Bersama’, terdapat beberapa lagi aktiviti yang ada disediakan di dalam pusat membeli-belah tersebut seperti booth di mana pengunjung boleh menarik kad nasib mereka dan beberapa lagi aktiviti interaktif yang terletak di aras 3 Connection.
Sedikit info yang ingin REMAJA kongsikan mengenai individu yang lahir pada tahun harimau ini adalah mengenai karakter diri mereka. Sekiranya korang mengenali sesiapa yang dilahirkan pada tahun seperti 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998 an 2010, mereka ini selalunya sinonim dengan sifat berani, berdaya saing, sukar untuk diramal (unpredictable), yakin diri dan sentiasa mempamerkan diri yang bersedia berdepan dengan apa-apa cabaran yang mendatang.
Namun, individu yang lain pada tahun harimau juga tidaklah sentiasa sempurna apabila mereka ini kadangkala boleh bersifat kurang sabar, sedikit agresif dan tidak mudah duduk diam kerana rasa cemas (anxiety).
So guys, jangan terlepas untuk menyaksikan persembahan animasi tiga dimensi di Pavilion KL ini sehingga perayaan Tahun Baru Cina. Tapi ingat! Pastikan korang sentiasa menjaga SOP seperti yang ditetapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alam sekitar adalah antara amanah kepada umat manusia yang berperanan sebagai khalifah di atas muka bumi ini.Daripada kepelbagaian manfaat yang terhasil menerusi penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan baik, pelbagai nikmat yang boleh diperoleh manusia.
Namun, atas kerakusan manusia sendiri bumi menjadi tenat dek ‘perangai’ kita. Akibatnya manusia jugalah yang menerima padahnya
Baru-baru ini, seorang profesor perubatan alam sekitar dan kesihatan awam di sebuah sekolah perubatan di New York City yang mengkaji trend kesuburan. Menurut Shanna Swan, pencemaran yang berlaku sekarang boleh mempengaruhi ukuran zakar.
Beliau turut memberi peringatan bahawa masalah ini mencatatkan peningkatan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan tahap pencemaran yang tinggi, bayi yang dilahirkan pada masa ini saiz zakarnya adalah lebih kecil. Dalam bukunya yang bertajuk ‘Count Down’ juga mengatakan bahawa manusia menghadapi krisis eksistensial pada tahap kesuburan akibat pencemaran.
Akibatnya, zakar manusia mengecut dan tidak berfungsi. Faktor-faktor itu menurut Swan, akan menyebabkan pembiakan manusia berada dalam situasi yang agak mencabar.
Punca hal ini berlaku ialah disebabkan oleh sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates. Untuk info phthalates biasa digunakan dalam pengeluaran plastik di mana fungsinya adalah untuk membuat plastik menjadi felksibel.
Walau bagaimanapun, phthalates mempengaruhi sistem endokrin penghasil hormon pada manusia. Apabila janin terdedah kepada phthalates, berkemungkinan besar bayi yang dilahirkan itu mempunyai zakar yang lebih kecil. Dia juga mendapati, bayi lelaki yang terdedah kepada phthalates di rahim mempunyai jarak anogenital yang lebih pendek. Ini berkaitan dengan isipadu zakar.
Paling menakutkan, menurut Swan phthalates dapat disebarkan melalui mainan dan makanan. Yang akhirnya mengakibatkan gangguan pada pengeluaran hormon semula jadi dan disebabkan oleh itu, ia dianggap berbahaya kepada perkembangan manusia.
Bahayanya isu ini untuk jangka masa yang panjang, adakah manusia akan pupus nanti?Jadi marilah kita menjaga bumi dari sebarang pencemaran seterusnya kesihatan diri masing-masing juga terhindar dari pelbagai penyakit.
Tahukah korang bahawa satu pain darah yang mengandungi kira-kira 450 ml darah boleh menyelamatkan tiga nyawa? Mungkin ramai yang tidak tahu tentang fakta ini dan kerana itu juga pentingnya aktiviti menderma darah bagi mendapatkan bekalan secukupnya.
Menurut Pusat Darah Negara, permintaan darah untuk pesakit adalah berterusan dan bulan Ramadan juga hampir tiba. Stok kumpulan darah O sudah diparas RENDAH. Penderma darah diminta untuk hadir menderma darah dengan KADAR SEGERA.
Setiap hari, ada pesakit yang memerlukan transfusi darah. Pesakit talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan, bayi pra-matang yang menghidap anemia, pesakit yang menjalankan pembedahan major, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, ibu bersalin yang mengalami pendarahan semasa bersalin dan mangsa kemalangan adalah antara pesakit yang memerlukan bantuan transfusi darah.
Jadi pada mereka yang berkelayakan untuk menderma darah, jangan lupa kepada pesakit-pesakit ini, jalankan tanggungjawab sosial korang hari ini. Layari www.pdn.gov.my untuk maklumat lanjut berkaitan dengan lokasi pendermaan darah yang berhampiran.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...