Pelitup muka adalah perkara wajib yang korang perlu simpan di dalam beg, kereta atau di tempat mudah dicapai mulai hari ini.
Ini kerana, mulai, 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak tumpuan umum seperti pasar tani, pasar raya, taman rekreasi serta tempat pelancongan.
Sesiapa yang dikesan gagal mematuhi arahan tersebut bakal berdepan hukuman denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Arahan ini juga terpakai di semua stesen pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Deras (MRT), perkhidmatan e-hailing dan bas.
Bukan hanya pelitup muka saja didenda RM1000 tapi kalau menulis nama dan nombor telefon palsu pun akan dikenakan denda RM300.
Pelanggan restoran yang menggunakan identiti dan nombor telefon palsu semasa menjamu selera akan menerima saman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan sebaran dalam media sosial bahawa polis melakukan “serbuan” ke atas premis makan untuk memeriksa nama dan nombor telefon yang didaftarkan pelanggan.
Pelanggan yang memberi maklumat palsu akan dikenakan kompaun sehingga RM300.
Bukan itu saja, tidak menjaga penjarakan fizikal juga akan dikenakan RM1000.
Jadi ingat ya, ini jumlah-jumlah denda korang kena bayar kalau gagal mengikut arahan mulai 1 Ogos ini.