Bukan mudah untuk seseorang itu beralih dari fasa bujang ke fasa perkahwinan.
Terlalu banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh mana-mana pasangan. Namun sekiranya sudah termeterai jodoh mereka kuat, sempurna dan saling melengkapi di antara satu sama lain, maka mereka pasti akan berjaya disatukan sebagai suami isteri.
*
Kecoh sebentar di media sosial pada lewat hari ini apabila warganet sibuk ‘membincangkan’ mengenai status pertunangan di antara Dewi Remaja 2009/2010, Noor Neelofa dan Haris Ismail yang popular dengan gelaran PU Riz.
Ini berikutan tindakan ahli keluarga Neelofa yang memadamkan foto daripada majlis merisik yang berlangsung di kediaman keluarga Neelofa, awal November lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jadilah Mereka Penyebab Kami Menjadi Tetamu SyurgaMu” Doa Mama Iringi Majlis Merisik Neelofa & PU Riz – REMAJA
Tambah hangat lagi apabila ahli keluarga Neelofa turut ‘bersepakat’ berkongsi kata-kata serta posting yang sama menerusi Instagram Story pada hari ini.
Muat naik tersebut menjurus ke arah topik perhubungan, bagaimana sesebuah hubungan itu tidak lagi mempunyai masa depan sekiranya salah seorang pasangan berpura-pura dan mengenai kepentingan institusi keluarga itu sendiri.
Muat naik ini membabitkan akaun Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan. Jika tiada angin, masakan bayangan seperti ini muncul pada waktu yang sama, bukan?
Catat Noor Nabila, “Family is not an important thing, it is everything. I hope one day you will realize that..”
Jujurnya, khabar angin ini telah berlegar sejak 2 ke 3 minggu lalu apabila pihak media seakan dapat menghidu sesuatu yang kurang enak sedang berlaku setelah ibu kepada Neelofa Datin Noor Kartini Noor Mohamed tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik PU Riz.
Kini, tindakan Datin Noor Kartini ITU telah diikuti oleh ahli keluarganya yang lain.
Adakah spekulasi ‘putus tunang’ ini benar?
Rakan media sedang cuba untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada pihak pengurusan Neelofa, namun ia masih belum menerima maklum balas.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua, walau apa pun jua dugaan yang sedang menimpa buat masa ini.