Siapa yang tidak kenal dengan wanita anggun berhijab ini, sejak dari popularitinya yang memuncak sebagai pempengaruh media sosial sehinggalah menjadi seorang pelakon dan hos yang popular, setiap gerak dan gerinya menjadi perhatian.
Baik dari cara dia mengenakan solekan hinggalah stail yang digayakan, boleh dikatakan dia sentiasa menjadi rujukan para hijabi yang mahu tampil sepertinya.
Khabar terbaru, Mira Filzah telah meminjamkan pesonanya dalam satu kolaboratif ikon fesyen bersama jenama terkenal lokal, Lilit. Ini merupakan kolaboratif bersama ikon fesyen pertama tahun ini bagi jenama popular tersebut.
Koleksi yang diinspirasikan daripada personaliti pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah ini menampilkan rangkaian rekaan pakaian santai yang disuntik dengan corak cetakan yang unik serta tampilan warna-warna lembut yang pastinya sesuai dengan semua jenis tubuh.
Lilit sebagai jenama lokal yang terkenal dengan rekaan sopan dan selesa memastikan setiap satu rekaan dalam koleksi kolaboratif bersama Mira Filzah ini menapak pada bumi yang nyata dengan penyampaian mesej secara kreatif menerusi stail yang boleh di sesuaikan kala keterbatasan pergerakan disebabkan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan.
Jadi siapa kata PKP membataskan gaya, ceriakan hari anda dengan stail yang menarik seperti selebriti kesayangan ramai ini.
Sumber gambar: Lilit
Selepas 2 Peserta Kegemaran Tarik Diri, Miss Universe Indonesia Nobatkan Clara Shafira Krebs Juara
Negara Indonesia telah menobatkan model dan pemilik perniagaan fesyen, Clara Shafira Krebs sebagai Miss Universe Indonesia 2024 sekaligus bakal mewakili negara berkenaan ke pertandingan Miss Universe di Mexico, November nanti.
Clara, 21 yang merupakan graduan cum laude dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa daripada Universitas Pelita Harapan (UPH), Tangerang di Indonesia berjaya mengenepikan 13 peserta lain bagi memenangi mahkota keramat itu.
Turut ditewaskan oleh Clara adalah dua orang peserta kegemaran ramai, Vina Anggi Sitorus dari Sumatera Utara dan model berdarah kacukan, Karen Afralia Nijsen.
Ini setelah masing-masing memilih untuk mengundurkan diri dan tidak meneruskan perjuangan dalam pertandingan Miss Universe Indonesia 2024; hanya tiga hari sebelum pentas akhir berlangsung.
Miss Universe Indonesia dalam pada itu menabalkan Fiza Khan sebagai naib juaranya manakala Nadia Tjoa yang berpengalaman dalam dunia ratu cantik menerusi pertandingan Miss Face of Humanity pula berada di kedudukan ketiga.
Gadis Berdikari
Mencari pengalaman awal dalam bidang fesyen sebagai seorang model di Indonesia, Clara seterusnya mengasah minatnya itu dengan menjadi pemilik label fesyennya sendiri, Lucille.
Ilmu yang dikutip oleh Clara ketika melanjutkan pengajian dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa nyata tidak disia-siakannya begitu sahaja.
Bukan sekadar sibuk berkecimpung sebagai usahawanita fesyen, Clara juga mengaktifkan tagline ‘Beauty with Brains and Behaviour’ dan memperjuangkan isu kesihatan mental menerusi platform yang diasaskan olehnya sendiri iaitu Our Safe Space.
Menurut Clara, ia merupakan platform selamat untuk gadis-gadis di Indonesia yang memerlukan bantuan yang berkaitan dengan isu yang popular dalam kalangan remaja ini.
“Aku menggunakan media sosial untuk mempengaruhi pengikutku. Ketika mempromosikan sesuatu jenama, aku akan memilih yang selari dengan nilai yang aku terapkan.
“Aku akan menolak kerjasama jika tidak sesuai dengan nilai diskriminatif terhadap wanita,” katanya ketika sesi soal jawab di pentas finale, malam tadi.
Setakat hari ini, negara-negara dari rantau Asia Tenggara yang telah memahkotakan wakil masing-masing ialah Malaysia (Sandra Lim), Indonesia (Clara Shafira Krebs), Thailand (Opal Suchata), Filipina (Chelsea Manalo), Vietnam (Nguyen Cao Ky Duyen), Kemboja (Davin Prasath), Laos (Phiranya Thipphomvong) dan Myanmar (Thet San Andersen).
Satu-satunya negara yang belum melangsungkan pentas akhirnya ialah Singapura sedang bersiap sedia untuk memahkotakan juaranya pada 22 September (Ahad) ini.
BACA LAGI: Chelsea Manalo Buat Kejutan, Gadis Berkulit Gelap Pertama Juarai Miss Universe Philippines – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Diberi Peluang Kedua, Maria Fernanda Dimahkotakan Semula Sebagai Miss Universe Colombia 2022
Pada tahun 2019, Maria Fernanda mencuba nasib buat kali pertama sebagai peserta pertandingan ratu cantik. Ketika itu, dia yang baru berusia 22 tahun berjaya memenangi pertandingan pertama di peringkat bahagian Quidao.
Menerusi kemenangannya itu, dia sekaligus melayakkan diri untuk bertanding di peringkat kebangsaan Senorita Colombia. Seperti yang pageant lovers tahu, wakil Colombia menerusi organisasi ini antara yang berprestasi tinggi di pentas Miss Universe.
Saingan untuk memenangi gelaran Senorita Colombia sangat sengit. Rata-rata peserta memiliki pengalaman dan dilatih di bawah bimbingan jurulatih ratu cantik terkemuka. Takdir sudah tertulis, Maria Fernanda yang baru pertama kali mencuba berjaya mengalahkan 21 peserta lain.
Menerusi kemenanganya itu, dia akan mewakili Colombia dia pertandingan Miss Universe 2020. Walaupun begitu, nasib tidak menyebelahi gadis tinggi lampai ini apabila pada tahun tersebut organisasi Senorita Colombia telah terlepas lesen Miss Universe kepada organisasi baharu iaitu, Miss Universe Colombia.
BACA JUGA: Wanita Berhijab Wakili Malaysia Ke Pertandingan Miss Culture World International 2022
Ini sekaligus meranapkan impiannya untuk menjadi wakil negara kerana organisasi baharu itu mengambil keputusan untuk memilih wakil yang lain di bawah kelolan mereka sendiri.
Namun tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Akhirnya tahun ini, organisasi Miss Universe Colombia telah mengambil keputusan untuk memilih Maria Fernanda sebagai wakil negara yang baharu tanpa mengadakan sebarang pertandingan.
Direktor kebangsaan Miss Universe Colombia, Natalie Ackermann telah memutuskan untuk melantik María Fernanda sebagai Miss Universe Colombia 2022. Impian yang dihancurkan dua tahun lalu kini telah hidup kembali dan María Fernanda akhirnya bakal memulakan misinya memburu kejuaraan di Miss Universe.
Dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh pencinta ratu cantik dan juga media. Miss Universe Colombia 2021, telah menyarungkan selempang Miss Universe Colombia 2022 kepada gadis berambut perang ini.
Menerusi laporan Missosology, Natalie Ackermann mengakui apa yang apa yang diatur bukanlah keputusan yang mudah. Dia terpaksa menunggu maklum balas organisasi Señorita Colombia yang memastikan María Fernanda tidak mempunyai kontrak aktif atau tersekat dek perihal undang-undang.
Dan paling penting, Maria Fernanda harus bersedia kembali untuk berlatih kerana ketika ini dia tidak lagi menceburi mana-mana pertandingan ratu cantik selain menumpukan kepada kerja dan juga pelajarannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Maria Fernanda
15 Kostum Nasional Menarik Ratu Cantik. Ada Yang Menarik, Ada Yang Pelik!
Dalam sesebuah pertandingan ratu cantik, segmen kostum nasional menjadi satu acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat dunia ratu cantik. Ketika ini, pertandingan Miss Universe 2020 yang bakal berlangsung di Florida, Amerika Syarikat menjadi bualan ramai.
Wakil setiap negara yang menyertai pertandingan ini tidak mahu kalah masing-masing mula menampilkan rekaan kostum nasional yang akan di bawa ke pentas antarabangsa itu.
Jom kita lihat 15 kostum nasional peserta Miss Universe 2020.
Kostum nasional Miss Universe Indonesia ini diinspirasikan dari Biawak Komodo yang terkenal di Kepulauan Sunda negara itu.
Miss Universe Curacao memberi penghargaan kepada pramugari negaranya, Margareth Abraham yang maut dalam nahas kapal terbang 50 tahun lalu.
Diinpirasikan dari cerita dongeng negaranya, Miss Universe Romania menyerlahkan gaya gaun dihiasi dengan cetakan dan juga sulaman berdasarkan kisah-kisah dongeng.
Terjemahan ‘The Goddess of the Sea’ oleh Miss Universe Aruba.
Our own Miss Universe! Francisca Luhong bakal membawa ‘kampungku’ untuk dipersembahkan di USA.
Miss Universe Albania bakal membawa kostum nasional yang diberi nama ‘Queen of Earth and Skies’.
Miss Universe El Salvador mekar umpama sepohon bunga. Kostum nasionalnya diinspirasikan dari bunga kebangsaan negaranya, bunga Izote.
Miss Universe Brazil membawa kostum nasional yang diinspirasikan dari pohon kapas. Ini mewakili industri kapas yang telah wujud sekian lama di negara itu.
Diinspirasikan oleh Angsa Hitam, kostum nasional yang diberi nama ‘A Symbol of Hope’ ini bakal digayakan oleh Miss Universe Australia.
Modenkan kostum nasional Miss Universe Republik Czech ini. Ia diinspirasikan dari cerita rakyat negara tersebut.
Kostum Nasional Miss Universe Equador ini diinspirasikan dari Inti Raymi yang merupakan acara keagamaan empayar Inca.
Wah! Siap dengan sauh dan sampan. Miss Universe Panama membawa konstum nasional yang memIliki kisah laluan laut negara itu yang membentuk sejarah berusia lebih 500 tahun.
Miss Universe Puerto Rico memberi penghormatan kepada ahli astrologi Walter Mercado.
Miss Universe Kemboja, Sarita Reth menyerlah dalam kostum nasional yang digelar ‘Tep Rubroum’ yang menggambarkan dewa Harihara dalam kitab Hindu yang merupakan agama utama ketika empayar Khmer berkuasa suatu ketika dahulu.
Diinspirasikan dari Rusa tatkala melalui langit aurora, Miss Universe Norway tampil siap bertanduk!
Jadi di antara 15 kostum ini, mana yang menjadi kegemaran anda?
Pilihan penulis semestinya ‘Kampungku’! hehehe
Sumber gambar: Instagram Real Missosology