Setakat artikel ini ditulis, Malaysia masih belum memiliki gagasan politik yang jelas untuk diberikan mandat memerintah kerana belum diputuskan lagi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
ARTIKEL BERKAITAN : Trending “13 Mei” Dan Sentimen Perkauman Remaja Di TikTok, Anwar Ibrahim Mula Bersuara
Jika sebelum ini, YDP Agong dilapor akan menamakan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 seawal petang 22 Novmber 2022. Namun, mungkin proses tersebut akan mengambil sedikit masa lagi.
Ini setelah Seri Paduka Baginda menitahkan agar kedua-dua Pengerusi Parti Gabungan iaitu Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional menghadap pada jam 4.30 petang ini.
Ditanya mengenai penerimaan Surat Akuan Berkanun, Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat untuk bersabar menunggu keputusan penuh mengenai gabungan parti yang akan terbina membentuk kerajaan selepas ini.
“Bersabar, tunggu keputusan, wakil-wakil rakyat dan terima keputusan Yang di-Pertuan Agong.
“Jadilah rasional dan kita perlu bergerak ke hadapan, untuk negara kita yang tercinta ini,” katanya.
Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda juga memohon untuk diberi masa dalam membuat pemilihan mengenai gabungan parti yang akan memegang mandat rakyat untuk lima tahun akan datang.
“Saya baru balik ni, saya akan teliti sokongan (parti/gabungan) politik.
“Biar saya buat keputusan dalam masa terdekat,” ujarnya semasa ditemui pemberita.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda ditemui ketika menyantuni para petugas media di Pintu 2 Istana Negara.
BACA : “Biar Tak Berkuasa, Jangan Tak Berprinsip..” Nina Ismail Sabri Dedah Perbualan Grup WhatsApp Bapanya
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.