“Bersaksikan Kaabah…” Syatilla Melvin, Shaheizy Sam Sambut ‘Anniversary’ Ketujuh Di Tanah Suci

Share

Menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi, pelakon dan usahawan popular, Syatilla Melvin kini berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga kecilnya.

Lebih bermakna buat pasangan itu, Syatilla dan suami tercinta yang juga pelakon hebat, Shaheizy Sam memilih tanah suci untuk menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketujuh.

ARTIKEL BERKAITAN: “#BabynumberTWO” Pelakon Elvina Mohamad umum Hamil Cahaya Mata Kedua

“Allahuakbar. Alhamdulillah, syukur untuk rezeki luar biasa ini Ya Allah.

“Bersaksikan Kaabah, berhadapan pintu Kaabah dan Multazam, Engkau rezekikan kami untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami ketuiuh Ya Allah,” coretnya.

Pada masa sama, bekas peserta Dewi Remaja tahun 2009/2010 itu turut memanjatkan doa agar segala hajatnya bersama suami dikabulkan Allah.

“Semoga terkabul segala hajat dan doa kami. Takkan lupa sampai mati. Selamat ulang tahun sayang @shaheizy_sam #8Feb2016,” tulisnya lagi dalam ruangan kapsyen.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Syatilla Melvin

Published by
Fath