Dadah nyata mampu merosakkan imej dan kehidupan seseorang. Dilahirkan pada tahun 1995, Han Seo Hee, yang sepatutnya menjadi ahli GFriend, pernah menjadi pelatih di Jellyfish, JYP Entertainment hinggalah YG Entertainment akhirnya tenggelam begitu sahaja.
Memiliki wajah yang cantik, terbaru Han Seo, wanita yang terlibat dalam skandal Bigbang Top, ikon B.I, Monsta X Wonho dan beberapa lagi selebriti Korea dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun enam bulan.
Gambar : Koreaboo
Pada 17 November 2021, Mahkamah Daerah Suwon Cawangan Seongnam 1 Bahagian Jenayah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun enam bulan dan ditahan mahkamah kerana dia dinilai sebagai risiko penerbangan (seseorang yang mungkin melarikan diri).
Dipetik dari Allkpop, bekas pelatih YG Entertainment ini menjerit dan mengeluarkan kata-kata makian kepada hakim apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kepadanya.
“F**k, serius? Saya tidak akan lari dan saya tidak akan ditangkap. Hakim apa kamu lakukan? Tiada sebab untuk menjatuhkan hukuman penjara kepada saya!”
Ads
Hakim menjelaskan, “Jika anda tidak berpuas hati dengan penghakiman, maka rayuan mengikut prosedur.”
Bagaimanapun, Han Seo Hee terus mengutuk hakim dengan berkata, “Hakim. Apa yang kamu lakukan? Ah f**k!.
Sebelum ini pada Oktober 2016, Han Seo Hee dijatuhi hukuman penjara 3 tahun dan 4 tahun percubaan kerana menghisap ganja. Kemudian Julai tahun lalu, dia diuji positif dadah psychotropic semasa tempoh percubaannya dan ditahan.
Ads
Terbaharu, pada awal tahun 2021, dia memulakan saluran YouTubenya sendiri bernama @seoheechopath di mana dia menjawab banyak soalan yang diajukan oleh pengikut tentang skandal yang menjadi tumpuannya.
Hmm..korang jangan keliru dan salah orang pula dengan ‘Han So Hee’ yang popular dengan drama My Name, World of the Married dan Nevertheless. Nama je lebih kurang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pandemik Covid-19 ternyata melumpuhkan ekonomi banyak sektor terutama sekali pelancongan. Zoo Negara yang menempatkan banyak haiwan turut menerima nasib sama apabila jumlah pengunjungnya kurang dari biasa.
Ustaz Ebit Liew adalah nama yang kita semua patut tahu sebagai orang Malaysia. Kerja-kerja amal jariah yang banyak dilakukannya ternyata membuka mata kita akan nilai mengambil tahu dan saling membantu di antara satu sama lain.
Terbaru, kasih yang dia miliki bukan hanya untuk manusia namun untuk haiwan juga. Menerusi perkongsian menerusi laman Facebooknya, Ustaz Ebit Liew menyatakan yang dia berasa sayu apabila mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana.
Perbelanjaan RM1 juta sebulan untuk makanan dan penyelenggaraan Zoo negara terjejas dek pendapatan yang menyusut semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Berkongsi kisah, dia berkata, “Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran.
“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara.”
Semoga jasa baik dan keprihatinan Ustaz Ebit Liew menjadi contoh yang baik buat kita semua.
Kalau anda ingin menghulurkan bantuan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara, anda boleh menjadikan hidupan ini sebagai haiwan angkat menerusi program yang disediakan. Sila lawati alamat ini untuk maklumat lanjut. https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html
Sumber foto: Facebook Ustaz Ebit Liew
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Industri muzik Malaysia mencatatkan sejarah baru pada tahun 2024 apabila pendapatan industri muzik tempatan meningkat sebanyak 11.5% kepada RM339 juta, mengatasi rekod tertinggi sebelum ini yang tercatat pada tahun 1996 dengan jumlah RM315 juta.
Peningkatan ini didorong oleh kenaikan 14% dalam hasil pendapatan digital serta peningkatan 7.6% dalam kutipan royalti oleh tiga Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) utama di negara ini.
Walaupun menghadapi cabaran daripada muzik janaan kecerdasan buatan (AI), Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) terus memperkukuh perlindungan hak cipta dan menyokong penggiat seni tempatan.
Dalam perkembangan lain, Insomniacks dinobatkan sebagai Artis Tempatan Paling Tinggi Distrim, sementara lagu Masing Masing nyanyian Ernie Zakri & Ade Govinda menjadi Lagu Tempatan Paling Tinggi Distrim sepanjang tahun 2024. Kategori lain yang menarik perhatian termasuk:
Lagu Antarabangsa Paling Tinggi Distrim: Die With A Smile oleh Lady Gaga dan Bruno Mars
Artis Antarabangsa Paling Tinggi Distrim: Taylor Swift
Artis Cina Tempatan Paling Tinggi Distrim: Firdhaus
Sepanjang tahun 2024, RIM melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memajukan industri muzik tempatan. Salah satu inisiatif utama ialah program Carta RIM yang menampilkan lagu-lagu paling tinggi distrim di Malaysia dalam tiga bahasa utama, yang disiarkan di stesen-stesen radio milik Astro Radio iaitu ERA, Hitz, dan MY.
RIM juga berjaya memperoleh kerjasama dengan stesen penyiar rasmi dalam penganjuran acara Anugerah Industri Muzik edisi ke-24 (AIM24), sebuah acara anugerah berprestij yang dinanti-nantikan ramai, yang bakal berlangsung pada tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa bulan selepas mereka diumumkan bercinta, bintang pop Korea Jisoo dan pelakon Ahn Bo-hyun telah memutuskan untuk menamatkan hubungan mereka. Hal ini telah disahkan oleh agensi ahli BLACPINK tersebut, YG Entertainment.
“Memang benar bahawa Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah berpisah,” kata agensi BLACKPINK.
“Hubungan Jisoo dan Ahn Bo Hyun secara semula jadi menjadi renggang kerana jadual mereka yang padat, dan baru-baru ini mereka telah berpisah,” menurut sumber dalaman kepada JTBC Entertainment News.
Sebelum ini, seisi dunia dikejutkan dengan berita mereka bercinta yang turut disahkan oleh YG Entertainment pada bulan Ogos lepas.
“Mereka sedang mengenali satu sama lain dengan niat yang baik. Kami amat menghargai jika anda sentiasa memerhatikan mereka,” jelas YG Entertainment dalam kenyataan mereka terdahulu.
“Ahn Bo Hyun dan Jisoo sedang dalam peringkat untuk mengenali satu sama lain dengan perasaan yang baik. Kami harap anda melihat mereka dengan mesra,” menurut kenyataan dari FN Entertainment pada bulan Ogos lepas.
Menjenguk ke reaksi para peminat pula, majoriti terkejut dengan berita tersebut dek kerana tempoh percintaan yang terlalu singkat.
“Terlalu awal? Bukan mereka sahaja baru bercinta ke?” komen peminat.
“Apa punca perpisahan ini? Terlalu drastik sekali…..” komen warganet lain.
“Jisoo berhak dapatkan lelaki yang lebih baik,” jelas peminat lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: DISPATCH
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...