Bersedia Bayar Denda RM1000 & Penjara 3 Bulan Jika Berbasikal Di Lebuh Raya

Share

Nampaknya ia bukan berita menggembirakan bagi peminat sukan berbasikal. Jika aktiviti riadah ini dianggap sukan menyihatkan badan, nampaknya isu berbasikal di lokasi tidak dibenarkan pasti mengundang pro dan kontra di kalangan peminatnya.

Sesebelum ini, sudah ada beberapa isu yang timbul termasuk rungutan di kalangan pemandu kenderaan bila mana penunggang basikal memasuki lebuhraya sebagai laluan mereka. Dalam keadaan ini memaksa mereka memperlahankan kenderaan kerana khuatir terlangggar sekumpulan penunggang.

Malah timbul juga isu pemasangan nombot plat dan ia pastinya mendapat reaksi negetif dan positif. Terkini, larangan bakal didenda RM1000 dan penjara tiga bulan jika menunggang di di atas jalan tertentu, pasti membuatkan peminat sukan basikal lebih terperanjat.

Laporan Harian Metro, individu yang menunggang basikal di lebuh raya boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 kerana ingkar arahan sekatan serta larangan menggunakan kenderaan di atas jalan tertentu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi status dimuat naik di Facebook memaklumkan tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya," katanya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, kesalahan itu ada dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengabaikan tanda kenderaan yang tidak dibenarkan di lebuh raya.

"Di semua plaza tol ada papan tanda yang memaklumkan larangan berkenaan. Dari segi penguatkuasaan, ada peruntukan undang-undang khusus mengenai perkara itu iaitu Seksyen 79(2) akta sama kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.

"Apa yang kami pentingkan adalah keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk tahap kesihatan mereka juga yang boleh terjejas dengan bau asap kenderaan di tempat yang sibuk," katanya.
Beliau menasihatkan kumpulan berbasikal supaya mengelak menggunakan lebuh raya dan jalan yang sibuk dan tidak sesuai untuk beriadah.

"Langkah yang bijak bagi individu yang menunggang basikal adalah pilih jalan atau laluan di kawasan sesuai bagi mengelakkan insiden tidak diingini," katanya.

Apa kata korang mengenai isu ini?

Published by
Almaswa Haji Che Ros