Mulai 1 Januari 2020, larangan peraturan merokok berjarak 3 meter atau kira-kira 10 kaki dari lokasi kedai makan akan mula dikuatkuasakan.
Selepas pihak kerajaan memberi masa setahun untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya asap rokok yang boleh mengakibatkan orang sekeliling sakit selain perokok sendiri, kurang dari lapan hari peraturan ini akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa krompromi lagi.
Bersedialah untuk membayar saman RM250 jika tertangkap merokok di semua kedai makan yang telah diwartakan dan jika gagal membayar jumlah kompaun untuk satu tempoh ditetapkan, bersedialah membayar tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun jika sabit kesalahan seperti disabitkan di mahkamah.
Ads
Wow, boleh tahan jumlahnya dan REMAJA saja nak syerkan ingatan ini agar tiada yang “menangis” bila kena denda nanti.
Isu kedai makan bebas dari asap rokok ini pernah mendapat liputan meluas apabila sebahagian masyarakat terutama dari kaum ibu yang membawa anak-anak kecil merasa lemas apabila kepulan asap-asap rokok berada di sekeliling mereka apabila mengunjungi premis menjual makanan.
Ads
Malah jika dahulu kelihatan ramai perokok yang menjarakkan diri (berada 3 meter dari lokasi kedai) tetapi hari ini fenomena itu sudah menjadi biasa kerana ramai yang selamba merokok dalam kedai makan biarpun sudah ada tanda LARANGAN MEROKOK DI PASANG DI DINDING KEDAI.
Ads
Sikap “takut seketika” pada peraturan yang pada awalnya nampak tegas tetapi nampaknya kerajaan masih lagi ingin mendidik masyarakat untuk memahami bahaya merokok ini. Tetapi nampaknya penguatkuasa ini akan mula diguna pakai bermula 1 Januari 2020.
Ingat ya, jangan buat hal. RM250 tu, banyak tu bagi orang bujang. Kalau beli rokok seludup pun baru berharga RM4. Tapi kalau yang dah berkahwin kena, mahu “perang” dengan isteri sebab nak beli susu anak pun dah lari sebab bayar denda.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu topik yang telah berubah menjadi trending sejak hujung minggu lalu adalah tentang kedatangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Singapura pada hari ini.
Jika segala perancangan berjalan dengan lancar, Trump dan Jong Un akan bertemu esok pada 12 Jun untuk membincangkan pelbagai isu yang berbangkit antara dua buah negara kontroversial ini, antaranya mengenai kecama terhadap pembabitan Korea Utara dalam teknologi nuklear walaupun mendapat tentangan global.
Okay fine, kami fahami hasrat kedua-dua buah negara tersebut. Namun mengapa Singapura yang dipilih sebagai negara perantara sedangkan perbincangan boleh dilakukan di Washington mahupun di Pyongyang?
Dalam satu kenyataan rasmi, White House menjelaskan mengapa Singapura dipilih walaupun terdapat beberapa lagi lokasi yang dicadangkan sebelum ini seperti Switzerland, Mongolia dan kawasan gencatan senjata antara Korea Utara dan Selatan.
“Singapura dipilih kerana mereka berbesar hati untuk menganjurkan pertemuan ini. Sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan diplomatik bersama Amerika Syarikat dan Korea Utara, ia menjadikan Singapura sebagai perantara terbaik. Tidak banyak negara lain yang mempunyai hubungan dua hala dengan kedua-dua negara ini pada masa yang sama,”kata White House lagi.
Bagaimanapun, Menteri Luar Negara Singapura iaitu Vivian Balakrisnan pula berkata, Singapura tidak menawarkan diri tetapi ditanya secara baik jika boleh menjadi negara perantara atau tidak.
“Wakil Washington datang kepada kami dahulu, kemudian barulah Korea Utara.
“Saya rasakan rakyat Singapura boleh berbangga bahawa negara kita bersifat neutral, boleh dipercayai dan mempunyai sumber keselamatan yang kukuh,” kata beliau.
Trump dan Jong Un dijadualkan untuk bertemu di Pulau Sentosa, esok.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas #KekeChallenge mendapat sambutan tahun lalu di mana artis Malaysia adalah golongan teratas melakukannya (tentu ramai masih ingat aksi Siti Sarah Raisuddin, Fatin Afeefa, Irfan Haris, Johan Era dan ramai lagi menari) nampaknya tirai 2019 dibuka dengan Bird Box Challenge pula.
Jika Keke Challenge memerlukan keluar dari kereta dan terus menari dengan kereta bergerak perlahan bagaimana pun Bird Box Challenge lebih ekstrem.
Mereka yang menyahut cabaran ini perlu MENUTUP MATA menggunakan kain melakukan aktiviti berisiko tinggi. Cabaran ini termasuk memasak, mengumpul kayu api dan membungkus kotak (hokay, kita tunggu artis mana yang akan jadi individu pertama menyahut cabaran ini atau untuk stay positif kita andaikan penirunya ingin merasai kehidupan orang buta, mana tahukan niat orang).
Lebih bahaya, ada yang menutup mata sambil memandu dan melakukan pelbagai aktiviti lain yang berbahaya.
Lihat aksi masyarakat Barat yang sudah mula meniru aktiviti agak berbahaya ini. Korang rasa boleh ke dia memasak dalam keadaan mata tertutup seperti dilakukan pemuda di bawah ini?
Di sebalik #BirdBoxChallenge mula tular dan ditiru oleh masyarakat akhir zaman ini, bagaimana pun Netflix yang mengeluarkan filem “Bird Box” lakonan Sandra Bullock dan telah ditonton oleh 45 juta kali ini sejak 13 Disember tahun lalu, menggesa agar orang ramai tidak meniru atau mengikut Bird Box Challenge ini.
Dalam satu tweetnya, Netflix menasihati orang ramai agar tidak mencederakan diri masing-masing dengan melakukan aktiviti Bird Box Challenge Ini.
Kami tidak percaya yang kami harus mengatakannya, tapi: TOLONG JANGAN MENCEDERAKAN DIRI ANDA DENGAN BIRD BOX CHALLENGE.
“Kami tidak tahu bagaimana ia bermula, dan kami hargai sokongan anda, tapi Boy dan Girl (nama watak kanak-kanak dalam filem tersebut) hanya ada satu permintaan untuk 2019 iaitu jangan biarkan diri anda berakhir di hospital disebabkan oleh cabaran ini.”
Bagi mereka yang masih belum menontonnya, ini adalah sinopsis Bird Box
“Lima tahun selepas kehadiran malapetaka yang tidak boleh dilihat dan mendorong orang ramai membunuh diri, seorang wanita bersama dua kanak-kanak berjuang untuk menyelamatkan nyawa mereka dengan menuju ke tempat yang selamat.”
Apa kata korang tentang cabaran 2019 ini? Ada bran?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Amira Natasha Abdullah itu telah mencetuskan kontroversi dan menjadi mangsa kecaman orang ramai termasuklah para pendakwah,selebriti, pempengaruh dan pelawak setelah menanggalkan tudung dan persalinan baju kurung di atas pentas. Ia berlaku selepas Siti Amira atau Amy memperkenalkan dirinya dan mengaku telah menghafaz 15 juzuk surah Al-Quran sebagai sebahagian daripada konten jenakanya.
Belum reda lagi api kemarahan rakyat Malaysia khususnya umat islam tentang isu ini. Kini viral pula, pengasas kelab komedi tersebut iaitu Ryzal van Geyzel beberapa video yang menunjukkan beliau jadikan agama dan bangsa sebagai bahan lawak.
Sedihnya, ‘persembahan’ ini turut mendapat sorakan, gelak tawa dan tepukan dalam kalangan penonton bagaikan seronok melihat agama Islam dipermainkan?
Apa sebenarnya hukum guna agama sebagai bahan jenaka? Jom kita ikut ulasan Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Hukum gurauan berlebihan terutama apabila mempermainkan agama Islam termasuk dari sudut kepercayaan, syiar dan amalan adalah haram, mendatangkan dosa serta mampu membawa ketegangan.
Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan menghina Islam secara terbuka dalam masyarakat majoriti muslim hanya akan membawa kepada ketegangan dan mengakibatkan sesuatu yang tidak ingini berlaku.
Mohd. Asri berkata, gurauan secara umumnya adalah dibenarkan namun boleh menjadi haram sekiranya memperlekeh atau merendahkan orang lain dalam perkara atau bentuk tidak wajar.
Katanya, ia juga menjadi haram apabila mereka perkara tidak wujud yang membawa keburukan serta mendatangkan mudarat kepada pihak lain dari segi fizikal, emosi, maruah atau ketenteraman individu mahupun masyarakat.
“Selain itu, gurauan juga haram apabila ada unsur perlakuan maksiat, dosa dan kemungkaran serta bahasa dan perlakuan tidak wajar mengikut uruf. Fatwa berkenaan gurauan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Perlis kali ke-53/2021 dan diperakukan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis pada 14 September 2021,” jelasnya.
Tambah Mohd. Asri, gurauan masa kini dalam bentuk prank, karikatur, satira, parodi, komedi dan seumpamanya dibenarkan sekiranya tidak bercanggah dengan syariat.
Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, kelab-kelab hiburan dan komedi di negara ini masih boleh beroperasi dan tidak perlu ditutup, namun satu garis panduan dan kawalan tertentu perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa supaya pemilik dan mereka yang berkunjung ke situ sentiasa memelihara batas-batas moral dan agama.
Menurutnya, pihak-pihak berkuasa agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan-jabatan agama perlu menasihati masyarakat supaya sentiasa menghormati kesucian agama Islam dan tidak dijadikan bahan mainan atau gurauan.
“Banyak lagi perkara lain boleh dijadikan bahan jenaka, kenapa agama pula yang dipilih untuk tujuan itu. Jika penganut agama Islam sendiri yang mempersendakan agamanya, maka bagaimana orang bukan Islam boleh menghormatinya? Semoga kedudukan agama Islam sentiasa dimartabatkan sebagai agama rasmi negara dan dihormati oleh seluruh warganegara sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam,” katanya.
Hmm…macam dah tak ada idea lain nak buat jenaka pula,huhu…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...