Mulai 1 Januari 2020, larangan peraturan merokok berjarak 3 meter atau kira-kira 10 kaki dari lokasi kedai makan akan mula dikuatkuasakan.
Selepas pihak kerajaan memberi masa setahun untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya asap rokok yang boleh mengakibatkan orang sekeliling sakit selain perokok sendiri, kurang dari lapan hari peraturan ini akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa krompromi lagi.
Bersedialah untuk membayar saman RM250 jika tertangkap merokok di semua kedai makan yang telah diwartakan dan jika gagal membayar jumlah kompaun untuk satu tempoh ditetapkan, bersedialah membayar tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun jika sabit kesalahan seperti disabitkan di mahkamah.
Wow, boleh tahan jumlahnya dan REMAJA saja nak syerkan ingatan ini agar tiada yang “menangis” bila kena denda nanti.
Isu kedai makan bebas dari asap rokok ini pernah mendapat liputan meluas apabila sebahagian masyarakat terutama dari kaum ibu yang membawa anak-anak kecil merasa lemas apabila kepulan asap-asap rokok berada di sekeliling mereka apabila mengunjungi premis menjual makanan.
Malah jika dahulu kelihatan ramai perokok yang menjarakkan diri (berada 3 meter dari lokasi kedai) tetapi hari ini fenomena itu sudah menjadi biasa kerana ramai yang selamba merokok dalam kedai makan biarpun sudah ada tanda LARANGAN MEROKOK DI PASANG DI DINDING KEDAI.
Sikap “takut seketika” pada peraturan yang pada awalnya nampak tegas tetapi nampaknya kerajaan masih lagi ingin mendidik masyarakat untuk memahami bahaya merokok ini. Tetapi nampaknya penguatkuasa ini akan mula diguna pakai bermula 1 Januari 2020.
Ingat ya, jangan buat hal. RM250 tu, banyak tu bagi orang bujang. Kalau beli rokok seludup pun baru berharga RM4. Tapi kalau yang dah berkahwin kena, mahu “perang” dengan isteri sebab nak beli susu anak pun dah lari sebab bayar denda.