Bersenam Waktu Malam Bahaya Untuk Kesihatan? Doktor Ini Jelas Situasi Sebenar

Share

Ramai yang mengambil inisiatif untuk bersenam pada waktu malam kerana kebanyakan masa di siang hari dihabiskan untuk bekerja. Maka tidak hairanlah jika individu bekerjaya seperti ini memilih untuk melakukan aktiviti kecergasan di waktu malam.

Walau bagaimanapun, terdapat sumber-sumber yang mengatakan bahawa bersukan pada waktu malam boleh menjadi ‘pembunuh senyap’. Dikatakan aktiviti berukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga diperlukan.

Ia boleh mengakibatkan tekanan darah meningkat naik, sekalu gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

Namun begitu, adakah benar fakta seperti yang diperkatakan itu?

Jom kita ikuti penjelasan yang telah dibuat oleh Dr Afiq Rahim di laman twitternya.

Satu kajian meta-analisis ke atas 23 kajian lain yang diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Sukan telah mendapati:

1. Bersenam pada waktu malam membantu individu mencapai kualiti tidur yang lebih baik dan mudah tidur bagi mereka yang mengalami masalah sukar tidur.

2. Pengkaji menasihati orang ramai agar mengelak senaman berintesiti tinggi satu jam sebelum tidur. Contoh senaman berintesiti tinggi adalah senaman yang dilakukan oleh para atlet sukan.

Dalam kebanyakan kes aktiviti fizikal yang dilakukan oleh orang awam seperti kita, pengkaji mengklasifikasikannya sebagai kategori sederhana saja.

3. Tidur yang berkualiti akan mengurangkan risiko darah tinggi, masalah seranga jantung dan angin ahmar.

Jadi secara kesimpulannya, tidak ada masalah sekirannya korang nak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal pada malam hari.

Malah, aktiviti fizikal dapat menyihatkan badan dan membantu kita untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

So, korang dah faham kan sekarang yang bersenam di waktu malam itu sebenarnya tidak membahayakan.

Published by
Noor Ain Norman