“Bersihkan Mekap Dengan Betul!” Sarah Suhairi Serik Kena Jangkitan Mata

Share

 

Tahun baru 2021 mungkin bukanlah tarikh yang ingin diingati oleh penyanyi Entah Apa, Sarah Suhairi.

Ini berikutan jangkitan kuman pada mata sebelah kanan yang terpaksa dihadapi Sarah sehingga memaksanya mendapatkan rawatan pakar.

Akui Sarah, jangkitan tersebut besar kemungkinan berpunca daripada sisa solekan. Ini selepas doktor mendapati kelopak mata kanannya mempunyai kelenjar berminyak tersumbat. Akibatnya, nanah yang berada di dalam kelopak mata itu perlu dibuang.

Sumber Foto: Instagram @sarahsuhairi.

Selepas seminggu setengah berehat, keadaan mata Sarah kini dikatakan sudah baik sepenuhnya.

Katanya kepada rakan media di Harian Metro, kejadian ini mengajarnya agar lebih berhati-hati apabila mengenakan solekan pada masa akan datang dan tentunya tidak sesekali malas membersihkan solekan.

“Alhamdulillah, mata saya yang mengalami jangkitan kuman dan bernanah sudah okay. Untuk sesiapa yang suka bersolek, bersihkan semua bahagian di muka dengan betul.

“Selain bersolek, punca jangkitan kuman juga boleh didapati dari persekitaran. Jadi sesiapa yang aktif dalam apa saja sukan, pastikan muka dicuci sebersihnya,” pesan Sarah.

Sarah Suhairi dalam paparan Majalah Remaja isu Januari – Mac 2019. FOTO: Ideaktiv, Nana@Azman & Jazlan Nangar.

Untuk pengetahuan, sekiranya korang tidak membersihkan wajah daripada segala solekan pada wajah, liang pori boleh tersumbat dan menjadi punca kepada wajah berjerawat.

Sisa solekan juga memerangkap partikel kotor ke dalam kulit dan mengakibatkan keradangan dan kemerahan pada wajah. Sebab itulah apabila korang melihat wajah di cermin pada keesokan harinya, you are in for a shock!

ARTIKEL BERKAITAN : Makeup Remover Paling Best Untuk Korang Cuba 

Menurut pakar yang pernah ditemuramah REMAJA sebelum ini, sekiranya benar seseorang itu letih dan ingin melelapkan mata, paling tidak pun dia perlu menanggalkan solekan pada bahagian mata dan sekitarnya.

Ini kerana bahagian kulit mata kita lebih nipis daripada kertas dan merupakan bahagian kulit ternipis pada wajah. Bersihkan pembayang mata, penggaris mata, maskara dan segala solekan sebelum terlelap.

Jika tidak, itulah punca kepada jangkitan seperti yang dihadapi oleh Sarah Suhairi.

Published by
FZ