Bertahan 3 Tahun Je, Esok Hari Terakhir Muzium Bergambar Popular KL Ini

Share

 

Musim pandemik Covid-19 nyata telah menyebabkan banyak perniagaan mengalami kerugian di seluruh dunia.

Malaysia juga tidak terkecuali apabila ramai yang terpaksa gulung tikar dan menyebabkan ramai pekerja kehilangan hasil mata pencarian.

Terbaru, muzium bergambar popular di Ansa Hotel, Bukit Bintang akan ditutup bermula Isnin depan. Hanya berbaki 2 hari saja sehingga Ahad ini, Museum of Illusions Kuala Lumpur mengumumkan penutupan cawangan mereka di Malaysia itu menerusi posting

di akaun Facebook mereka.

“Terima kasih di atas sokongan semua orang sejak kami dibuka pada tahun 2018. Pelbagai pengalaman manis telah kami alami sepanjang 3 tahun ini. Sudah tiba masanya untuk kami mengucapkan selamat tinggal, kami akan menutup operasi secara rasmi pada 27 September 2020,” catat mereka.

Bagi korang yang berada di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini, korang bolehlah merebut promosi istimewa yang ditawarkan oleh Museum of Illusions Kuala Lumpur.

Untuk pengunjung walk-in, korang hanya perlu membayar RM15 untuk pemegang MyKAD dan RM10 untuk pemegang MyKID. Jadi korang akan berjimat lebih daripada 50%.

Sebelum ini, harga biasa untuk memasuki muzium ini adalah RM35 seorang.

Jom guys, support sikit industri pelancongan tempatan untuk kali terakhir ini.

Published by
webadmin