Setiap gerbang perkahwinan yang dibina pasti akan diiringi doa dan harapan agar ia berkekalan hingga ke nafas terakhir.
Namun, tidak semua yang kita impikan itu akan tertunai. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh penyanyi Tegar Septian setelah mengumumkan bahawa dirinya dan isteri, Sarah Sheilka telahpun bercerai selepas tiga tahun berkahwin.
Tegar, 21 mengakui personanya sebagai seorang suami yang romantis di Instagram selama ini sebenarnya tidak sama seperti yang digambarkan dalam kehidupan sebenar. Sebaliknya, ramai tidak tahu dirinya selalu runsing.
Dalam nada tertekan, Tegar berkata, “Sudahlah teman-teman. Aku sudah tidak lagi bersama dengan Sarah. Aku sudah terlalu penat dan aku janji tak mahu berulang lagi perkara ini.
“Maaf juga sebab aku bukan manusia yang sempurna. Kalau kalian mahu tahu, aku benar-benar runsing dan tertekan memikirkan urusan itu dan ini,” katanya.
Ads
Pasangan muda tersebut mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 ketika masing-masing masih berusia 19 tahun. Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Abidzar Oktaviano Putra Septian, kini berusia dua tahun.
Biarpun mahligai perkahwinan cuba dipertahankan, menerusi hantaran di Instagram Story; Tegar berkata dirinya memendam perasaan mengenai kehidupan peribadinya disebabkan, “Terlalu banyak masalah dan panjang sangat untuk diceritakan.”
Tambah peserta program Big Stage 2022 itu lagi, “Aku banyak berada di rumah. Jujur, aku orang yang tak boleh duduk diam saja di rumah. Namun aku sampai kurus kerana banyak berfikir. Nak cari duit pun susah dan di situlah aku depresi.”
Kini, Tegar ingin membina semula kehidupannya dengan meraih semula semangat bagi mengukuhkan sumber kewangan; yakni salah satu faktor yang menjadi punca dirinya murung.
Ads
Semoga Tegar dan isteri bersabar berdepan episod penceraian ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara perkara paling penting dalam hubungan romantis antara dua insan ialah memiliki persefahaman dengan menerima satu sama lain dengan seadanya.
Baik atau buruk perangai; diterima dengan hati terbuka sebab dialah insan yang kamu sayang. Tetapi setiap perangai buruk pun ada had juga untik diterima, ya!
Semakin kamu peka semakin kamu dapat menjangkakan apakah respons daripada si dia. Namun tahukah kamu bahawa lelaki juga memiliki sensitiviti tersendiri? Adakah dia sudah lama muak dengan sesetengah perangai kamu tapi dipendamkan sahaja di dalam hati.
Tak mahu perkara seperti ini berlaku? Sebelum terlambat jom sama-sama kita ikuti 5 petanda adakah dia muak dengan kamu!
1. Semakin lama semakin tidak kisah
Kalau di awal perhubungan dulu apa sahaja yang keluar dari mulut kamu umpaman intan berlain yang disambut dengan senyuman melebar ke pipi oleh si dia. Namun, jika dia semakin lama seakan semakin tidak endah dengan apa yang kamu perkatakan, itu sebenarnya tanda awal dia sudah muak.
2. Selalu lambat bila nak jumpa
Berbeza betul dengan masa dia nak mengorat dulu. 2 jam menunggu di luar kelas kamu pun dia sanggup semata-mata ingin bertemu mata. Tapi kini bila ajak jumpa je mesti dia lambat. Datang pun dengan muka macam kena paksa.
3. Sikap kelakarnya lesap begitu saja
Antara sifat lelaki yang sering menjadi bonus point di kalangan wanita ialah keupayaannya membuatkan kamu ketawa. Jika tiba-tiba dia dingin, itu petanda dia sebenarnya naik bosan dengan kamu. Sudahlah tidak buat lawak, dia buat pula muka sepluh sen!
4. Tidak lagi kerap call atau mesej
Hubungan yang dingin biasanya akan terasa jika kamu berdua seakan kekeringan idea untuk berborak terutyamanya menerusi panggilan telefon atau mesej pesanan ringkas. Jika dulu mesej dialah yang pertama menyambut kamu bangun tidur. Tapi sejak kebelangan ini nak cakap ‘hai’ pun payah. Haaa, itu salah satu tanda dia muak!
5. Kamu tidak lagi bisa membuat dia tersenyum
Dulu katanya melihat wajah kamu sahaja sudah cukup buat dia senyum bahagia. Tak perlu effort apa pun, cukup hanya kamu senyum dia akan cair. Tapi jika lama-kelamaan bila bertemu mata pun muka masam semacam je, itu merupakan tanda tidak elok. Lelaki sangat sukar menyembuyikan perasaanya.
Bagi Remaja, jika seorang lelaki tidak lagi menghargai kamu dan muak atau bosan dengan kamu atas alasan yang tidak munasabah, biarkan jelah dia.
Jangan meletakkan dia sebagai fokus utama hidup kamu. Danb buat apa terus stay dengan orang yang tak boleh hargai diri kamu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Nam Yoon Su dilaporkan telah menyelamatkan nyawa dengan mendermakan buah pinggang kepada bapanya.
Menurut laporan, pelakon yang berusia 27 tahun itu telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 19 Jun lalu untuk bapanya.
Kini, Nam Yoon Su sebagai penderma dan bapanya sebagai penerima kedua-duanya sudah pulih dan telah pun keluar dari hospital.
Dalam pada itu, Yoon Su yang popular dengan drama Extracurricular itu, telah menghentikan segala aktivitinya sejak awal tahun bagi membuat persiapan dan menjaga tubuh badannya untuk pembedahan pemindahan buah pinggang ini menimbulkan rasa kagum banyak pihak, bukan sahaja dari kalangan peminat malah masyarakat.
Pihak hospital yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan tersebut menyatakan bahawa sikap berbakti pelakon tersebut dan pengaruh baiknya itu telah membawa kepada hasil yang positif.
“Kami mendoakan agar dia terus menjadi bintang besar yang memberikan pengaruh baik dalam masyarakat kita”
Sementara itu, Nam Yoon Su juga bakal muncul dalam drama terbaru berjudul Law Of Love In The City yang bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pasangan yang ingin berkahwin, selain daripada persiapan barang hantaran, baju dan pelamin, bunga tangan antara yang sering dititik beratkan dalam acara pernikahan kerana tidak mahu mempelai tampil dengan gaya yang ‘kosong’.
Pemilihan bunga tangan juga adalah penting bagi menaikkan seri pasangan pengantin baru. Berikut ada beberapa tip dan idea yang korang boleh ikuti untuk memilihan rekaan bunga tangan yang menarik dan cantik untuk dipandang.
1. Pengantin boleh menggunakan bunga segar sebagai pilihan bunga tangan antaranya baby Breath, Carnation, Ros, Hydrange dan sebagainya.
2. Semasa memilih bunga tangan, pastikan bunga tersebut masih kembang dan daunnya berkilat.
3. Gunakan bunga yang tajam ketika memotong kuntuman bunga agar batang yang dipotong tidak hancur.
4. Ketika memilih bunga di kedai,pastikan bawah tangan bunga diikat kemas bersama plastik agar bunga tersebut masih baru dan segar.
5. Jangan letak bunga di bawah cahaya matahari secara langsung kerana ia akan menyebabkan bunga cepat kering dan layu.
6. Pemilihan bunga tangan haruslah dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
7. Jika korang ingin membeli bunga dengan lebih awal, pastikan korang menyembur bunga tersebut dengan air sekurang-kurangnya empat kali sehari. Selain itu, rendamkan batang bunga dengan air sejuk supaya bunga kekal segar.
8. Bunga tangan akan kelihatan lebih cantik jika anda menggunakan warna yang senada dengan busana yang digayakan.
9. Jangan memilih warna bunga yang terlalu kontra dengan busana kerana ia akan membuatkan penampilan korang kelihatan pelik.
Kalau nak lebih idea, boleh rujuk pada gambar dibawah:
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut...