Bertahan 90 Tahun, Revlon Muflis Tak Mampu Bergelut Dengan Jenama Kosmetik Baru

Share

Turun pasang naik kehidupan ini tiada siapa yang tahu. Begitulah juga dengan dunia perniagaan.

Setelah sekian lama menjadi antara produk kosmetik mampu milik yang boleh didapati di gedung-gedung kecantikan  dan kesihatan seperti Guardian dan Watsons, Revlon baru-baru ini dikatakan tiada lagi dipasaran disebabkan muflis.

ARTIKEL BERKAITAN : Fungsi BARU #ColourMe Di Apps Watsons Agar Tak Tersalah Beli Warna Foundation & Pewarna Rambut

Produk Revlon dipamerkan di kedai. Syarikat berusia 90 tahun itu terkenal dengan pengilat kuku dan gincunya. Foto Via Reuterspix

Sebelum ini, Revlon Inc memfailkan perlindungan muflis selepas bergelut untuk bersaing dengan jenama baru yang tertumpu dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemfailan muflis dibuat beberapa hari selepas Wall Street Journal melaporkan Revlon telah memulakan perbincangan dengan pemberi pinjaman menjelang tempoh matang hutang yang semakin hampir untuk mengelakkan muflis.

Dilaporkan, Revlon yang diterajui oleh Debra Perelman sejak pertengahan 2018, mempunyai hutang jangka panjang sebanyak $3.31 bilion pada 31 Mac.

VIa NPR (Photo by Justin Sullivan/Getty Images)

Ditubuhkan pada tahun 1932 oleh saudara Charles dan Joseph Revson dan Charles Lachman, Revlon telah dijual kepada MacAndrews & Forbes pada tahun 1985 dan dibuka kepada umum 11 tahun kemudian.

Syarikat itu membeli Elizabeth Arden dalam perjanjian $870 juta pada 2016 untuk mengukuhkan perniagaan penjagaan kulitnya. Selain itu, Revlon turut menempatkan beberapa jenama termasuk Britney Spears Fragrances dan Christina Aguilera Fragrances.

Hmm…sedihnya pelunis suka koleksi lipstik yang dikeluarkan jenama Revlon ini.

BACA LAGI : 6 Lipstik Paling Best Yang Korang Boleh Beli Di Drugstore

Sumber : (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana