Bertahun Dianjur Di Malaysia, Umat Islam Dinasihat Tidak Lagi Sertai Festival Bon Odori

Share

Sebagaimana kita sedia tahu, Festival Bon Odori diadakan setiap tahun di beebrapa negeri di Malaysia antara lain bertujuan mempromosi dan mengukuhkan ikatan kebudayaan antara Malaysia dan Jepun.

Selepas 2 tahun, festival Bon Odori akan dianjurkan kembali di Shah Alam pada 16 Julai dan Pulau Pinang pada 30 Julai 2022.

ARTIKEL BERKAITAN : Etika ‘Inemuri’ Di Jepun, Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja

Foto Via NST

Malah, festival tahunan Jepun Bon Odori seringkali diraikan dengan tarian dan nyanyian diiringi paluan rancak gendang, gong dan seruling. Di Malaysia menjadi semakin besar hingga melibatkan penyertaan hampir 30,000 orang yang terdiri dari bukan sahaja warga Jepun tetapi juga rakyat negara ini.

Namun, laporan ini mengejutkan rakyat Malaysia apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, berdasarkan kajian dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival Bon Odori itu mempunyai unsur-unsur keagamaan

Foto Via Japan Guide

Oleh itu, umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk tidak menyertai program bertentangan dengan hukum syarak Islam termasuklah festival Bon Odori ini. Tambahnya, kekeliruan tidak perlu wujud walaupun risalah Festival Bon Odori menggunakan wanita bertudung.

Untuk pengetahuan anda, Bon ialah salah satu istiadat penganut Buddha di Jepun yang diadakan untuk menghormati roh nenek moyang mereka. Sementara Bon Odori ialah tarian yang diadakan pada sambutan istiadat itu. Malah,  Bon Odori seringkali diraikan dengan tarian dan nyanyian diiringi paluan rancak gendang, gong dan seruling. Di Malaysia, festival ini bermula sejak tahun 1977.

Dah tahu ni, jangan pergi pula tahun ni bagi yang beragama Islam..hehe

SUMBER : 1, 2

BACA LAGI : Jepun Tayang Kisah Tanah Melayu Menerusi Filem ‘The Garden Of Evening Mists’

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana