Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila video klip mempamerkan penyanyi terkenal, Rose BLACKPINK dah tokoh politik negara Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah bersua empat mata sambil berdiskusi.
Setelah diselidik, ahli kumpulan K-Pop terkenal tersebut didapati menghadiri sebuah acara perbincangan tentang kesihatan mental, untuk sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), yang dihoskan oleh Jill Biden di California.
Selain Rosé, tetamu lain yang turut terlibat dalam perbincangan tersebut adalah Dr Wan Azizah, ketua pegawai eksekutif Apple Tim Cook, First Lady of South Korea Kim Keon-hee dan ramai lagi.
Dari kiri: Rosé, Kim Keon-hee, Rachael Marape, Tim Cook, Jill Biden, Louise Araneta-Marcos, Wan Azizah dan Vivek Murthy
Acara kesedaran kesihatan mental yang berlangsung Jumaat lepas itu dilaporkan amat penting bagi memberi kesedaran kepada orang awam bahawa orang terkenal juga bergelut dengan perjuangan emosi.
Ads
Rosé turut berkesempatan memberikan pendapatnya berkaitan jumlah pengikut media sosial yang tinggi telah membuatkan dia berasa terdedah kepada kritikan dan kecaman.
“Saya berasa seperti beberapa perkara yang saya lakukan tidak pernah cukup dan tidak kira betapa sukarnya saya bekerja untuk sesuatu, akan sentiasa ada seseorang yang mempunyai pendapat mereka sendiri atau suka mengawal naratif dan apabila itu berlaku, saya rasa sunyi,” jelasnya.
Komennya kemudian dibalas oleh isteri kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr Wan Azizah yang turut menyatakan pendapatnya.
“Terdapat juga perkara tentang teknologi, awak tidak boleh sentiasa bergantung padanya. Mesti ada beberapa pilihan lain dan itu adalah sentuhan manusia.
“Sebab saya rasa kita hidup dalam dunia maya, yang awak nak tunjuk hidup awak sempurna, awak ambil gambar dan senyum tapi jauh di dalam hati awak menangis,” komennya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat animasi ‘Minions’, filem sekuel siri ini sudah pun ditayangkan di pawagam dengan judul Minions: The Rise Of Gru. Dibesarkan pada tahun 1970-an, Gru merupakan peminat kumpulan penjahat Vicious 6 yang diketuai oleh legenda Wild Knuckles.
Apabila kumpulan itu menyingkirkan ketua mereka, Gru menyimpan cita-cita untuk menjadi penjahat dan menyertai kumpulan mereka. Dibantu oleh pengikutnya, Kevin, Stuart, Bob dan Otto, Gru berjaya membina sarang penjahat pertama mereka.
Foto: United International Pictures
Malangnya, Gru tidak berjaya menarik perhatian Vicious 6 sewaktu temu duga mencari penjahat baharu dan sebaliknya kanak-kanak itu telah menjadi musuh kumpulan itu. Gru kemudiannya menyedari penjahat juga memerlukan bantuan daripada rakannya dan tidak mempunyai pilihan untuk beralih kepada sekutu yg lain, Wild Knuckles.
Foto: United International Pictures
Secara keseluruhannya, jalan cerita filem ini agak ringan dan sepertinya memang dijadikan sasaran untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk ke pawagam. Unsur komedi yang diselitkan menghiburkan, lebih-lebih dengan kemunculan watak Otto.
Foto: United International Pictures
Kemunculan anak kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang memegang watak sebagai Kung Fu Master Chow turut menjadi perhatian. Dialog-dialog spontan Minions juga berjaya mencuit hati lebih-lebih lagi ada perkataan bahasa Melayu yang disebut seperti ‘Terima Kasih’.
Walaupun hanya berdurasi selama 1 jam 30 minit, tetapi apa yang kami boleh katakan ia sesuai dengan jalan cerita yang ringkas tetapi tetap menghiburkan. Pendek kata, memang berbaloi untuk ditonton di pawagam lebih-lebih lagi bersama kanak-kanak.
Foto: United International Pictures
Minions: The Rise of Gru telah mendapat kutipan sebanyak AS$127.9 juta di dalam negara selepas empat hari tayangan dan dianggarkan akan menerima kutipan global lebih daripada AS$200 juta.
Bagi yang belum menonton, korang boleh menonton Minions: The Rise of Gru yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi korang yang meminati muzik dari tahun 2000, pastinya korang pernah mendengar single nyanyian Gorillaz.
Sebagai virtual band pertama di dunia yang diasaskan oleh Damon Albam dan Jamie Hewlett, Gorillaz telah melalui pelbagai bentuk transformasi namun semuanya berbentuk fiction atau dalam bahasa mudah, beranimasi.
Dengan empat watak berbeza iaitu 2-D (vokal & keyboard). Noodle (gitar), Murdoc Niccals (bass) dan Russel Hobbs (dram), peminat Gorillaz ini selalu disajikan dengan macam-macam drama yang berlaku dalam band. Dah macam slot Akasia pula.
Terbaru, watak Murdoc telah dipenjarakan selepas dia terjebak dengan bayangan El Mierda. Jadi siapa yang akan menggantikan watak Murdoc ini?
Murdoc (paling kiri) yang kini dipenjarakan.
Tak lain tak bukan, Ace dari Powerpuff Girls! Like WHOA.
Ace adalah watak antagonis 17 tahun dalam siri kartun Powerpuff Girls dan merupakan ketua kepada geng Gangreen. Dan kini, dia telah muncul dalam 2 video muzik band Gorillaz sebagai pemain bass baru.
Ace bersama Gangreen pada zaman Powerpuff Girls.
Ace sekarang yang lebih macho! Gigi tu paling mahal.
Hhm, kalau dekat Malaysia ni, ada ke penyanyi atau band yang nak tampilkan Keluang Man, Cicak Man atau Didi & Friends?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang mengikuti drama 115 episod, Angkara Cinta sejak November 2020 hingga ke April tahun lalu, pastinya korang mengekori perjalanan watak yang dibawakan oleh ‘kembar’ kacak yang menerajui drama tersebut iaitu Hun Haqeem dan Meerqeen.
Penangan drama Angkara Cinta masih berlegar di minda apabila ramai yang merasakan drama tersebut antara punca nama dua pelakon baharu ini untuk terus naik dalam dunia lakonan tempatan.
Kesempatan menemui Hun dan Meerqeen di karpet merah Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021, Ahad lalu memberi peluang untuk kami bertanyakan kepada mereka berdua mengenai projek terbaru yang bakal menemui penonton layar kaca tidak lama lagi.
Khabarnya, gandingan mereka akan diteruskan bagi sebuah naskah baharu yang lebih besar skalanya tidak lama lagi.
“InsyaAllah, sekarang Meerqeen dan Hun sedang jalan satu projek yang agak besar berjudul Nenek Bongkok Tiga. Secara peribadinya, ia adalah karakter paling berat yang pernah Meerqeen bawa sepanjang berada dalam industri lakonan. Paling menarik dan paling bahaya. Meerqeen harap korang tunggu dan lihat,” katanya yang menjadikan penyanyi Harry Styles sebagai ilham gayanya di malam AME 2021 lalu.
Hun Haqeem yang turut menghadiri acara tersebut berkongsi sentimen keterujaan seperti Meerqeen.
“Betul, sekali lagi kami akan ada projek bersama. Alhamdulillah, Hun sudah lama tak dapat skrip sebegini. Ini adalah penghargaan yang besar untuk Hun diberikan peluang menjayakan watak tersebut. Karakternya berat tetapi Hun akan jalankan tanggungjawab sebagai pelakon. InsyaAllah, kita harapkan semuanya berjalan dengan lancar,” ulas Hun.
Biarpun masih belum diketahui bilakah naskah ini akan menemui penonton, baik Hun atau Meerqeen sedang bersiap sedia untuk menjalani penggambaran sehingga ke bulan Ogos ini.
Tentunya ini merupakan berita yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka berdua yang ternanti-nanti gandingan kacak lagi berbakat ini dalam sebuah naskah yang sama selepas Angkara Cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi muda yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila meluahkan rasa kecewa terhadap ibu...