Berita

Bertentang 4 Mata, Ini Penjelasan Bagaimana Rose BLACKPINK Boleh Sebilik Dengan Wan Azizah

Share

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila video klip mempamerkan penyanyi terkenal, Rose BLACKPINK dah tokoh politik negara Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah bersua empat mata sambil berdiskusi.

ARTIKEL BERKAITAN: Alumni Kolej Tunku Kurshiah, Pelajar Terbaik Royal College of Surgeons. Kenali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Setelah diselidik, ahli kumpulan K-Pop terkenal tersebut didapati menghadiri sebuah acara perbincangan tentang kesihatan mental, untuk sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), yang dihoskan oleh Jill Biden di California.

Selain Rosé, tetamu lain yang turut terlibat dalam perbincangan tersebut adalah Dr Wan Azizah, ketua pegawai eksekutif Apple Tim Cook, First Lady of South Korea Kim Keon-hee dan ramai lagi.

Dari kiri: Rosé, Kim Keon-hee, Rachael Marape, Tim Cook, Jill Biden, Louise Araneta-Marcos, Wan Azizah dan Vivek Murthy

Acara kesedaran kesihatan mental yang berlangsung Jumaat lepas itu dilaporkan amat penting bagi memberi kesedaran kepada orang awam bahawa orang terkenal juga bergelut dengan perjuangan emosi.

Rosé turut berkesempatan memberikan pendapatnya berkaitan jumlah pengikut media sosial yang tinggi telah membuatkan dia berasa terdedah kepada kritikan dan kecaman.

“Saya berasa seperti beberapa perkara yang saya lakukan tidak pernah cukup dan tidak kira betapa sukarnya saya bekerja untuk sesuatu, akan sentiasa ada seseorang yang mempunyai pendapat mereka sendiri atau suka mengawal naratif dan apabila itu berlaku, saya rasa sunyi,” jelasnya.


 Komennya kemudian dibalas oleh isteri kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr Wan Azizah yang turut menyatakan pendapatnya.

“Terdapat juga perkara tentang teknologi, awak tidak boleh sentiasa bergantung padanya. Mesti ada beberapa pilihan lain dan itu adalah sentuhan manusia.

“Sebab saya rasa kita hidup dalam dunia maya, yang awak nak tunjuk hidup awak sempurna, awak ambil gambar dan senyum tapi jauh di dalam hati awak menangis,” komennya.

 BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: The Star

 

Published by
Adriana Syaurah