Jumlah kes bunuh diri terkini di Malaysia amat membimbangkan.
Lapor KKM kes bunuh diri berada di antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab ke-4 kematian bagi mereka yang berumur daripada 15 hingga 29 tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan di seluruh dunia terdapat lebih daripada 703,000 kes kematian membunuh diri setiap tahun, dengan purata 1 kejadian bunuh diri setiap 40 saat.
Malah, pada tahun 2019, satu dalam 100 kematian (1.3%) adalah disebabkan bunuh diri. Hmm….
Ia jelas menunjukkan kadar tekanan tinggi yang kini dihadapi masyarakat Malaysia mungkin akibat isolasi, tiada sebarang bentuk sokongan emosi atau merasa tertekan dengan situasi hidup. Ada juga yang dikhuatiri merasa hilang harapan, bosan dengan kehidupan sekarang dan merasa kehadiran mereka membebankan keluarga. Keadaan ini membuatkan ramai mula mengambil serius untuk memainkan peranan dalam memberikan kesedaran tentang situasi kes bunuh diri yang semakin kritikal.
Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang jatuh pada 10 September iaitu hari ini. “Bertindak Segera, Harapan Terbina” menjadi tema kita.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Tema ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan mental, disamping mengajak masyarakat berganding bahu ke arah pencegahan tingkah laku bunuh dan mengurangkan stigma terhadap masalah kesihatan mental.
Selain itu, KJ turut menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia juga sentiasa bersama mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental. Menerusi kempen Let’s Talk Minda Sihat, KKM telah bekerjasama dengan 20 NGO untuk menyediakan perkhidmatan bantuan psikologikal kepada sesiapa yang memerlukan. Jangan simpan atau pendam bersendirian, kami sedia membantu.
ARTIKEL BERKAITAN : Mufti WP Perjelas Isu Tekanan Hidup Hingga Ingin ‘Ambil’ Nyawa Sendiri
Ini kami senaraikan antara talian yang boleh dihubungi untuk menawarkan perkhidmatan bantuan psikologikal
Menyediakan perkhidmatan bagi menangani kejadian kecemasan berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan seperti kaunseling, penderaan, perlindungan, pembuangan bayi, childline dan lain-lain.
Telefon: 15999 (24 jam)
Whatsapp: 0192615999
Pertubuhan NGO ang menyediakan khidmat sokongan emosi melalui telefon, emel dan Whatsapp.
Jika tidak dapat hubungi cawangan tertentu, sila hubungi cawangan lain.
Memberi nasihat dan sokongan bagi mangsa keganasan rumah tangga, rogol, serangan dan gangguan seksual serta lain-lain.
WAO Hotline: 03 7956 3488
SMS/WhatsApp TINA: 018 988 8058 (24 jam)
AWAM menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bantuan guaman bagi mangsa keganasan gender. Helpline terbuka pada semua gender.
Telenita helpline: 03-7877 0224
Menyediakan perkhidmatan perundingan percuma secara bersemuka, telefon dan emel.
Counselling Hotline: 03-42657995
Whatsapp: 011-10959595
E-Mail: counselling@lifeline.org.my
Pertubuhan Kebajikan Sneham Malaysia menyediakan perkhidmatan sokongan emosi dan pencegahan bunuh diri
Talian: 1 800 22 5757 (Setiap hari dari jam 4 ptg hingga 8 mlm)
MIIA ialah pertubuhan yang memperjuang hak orang-orang yang berpenyakit tidak kelihatan.
Korang boleh dapatkan bimbingan kesihatan mental percuma dgn MIIA melalui emel tersenarai.