Semua orang obses nak badan cantik. Bukan saja individu yang mempunyai masalah obesiti, yang bertubuh kurus pun tetap ada misi untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.
Maka, ramailah yang teruja nak buat workout sama ada di rumah atau pun gimnasium. Tak kisahlah walau dimana tempat korang workout, paling penting adalah memastikan bahawa gerakan workout itu betul bagi mengelakkan kecederaan.
Kalau korang perasan kini ramai yang beralih ke rutin ini untuk kekal fit. Selebriti popular juga tidak ketinggalan mengamalkan workout ni tau antaranya Gigi Hadid, Bella Hadid, Adriana Lima, dan juga Blackpink Lisa antara yang berlatih tinju sebagai rutin workout.
Seiring dengan peredaran zaman, sukan ini telah berevolusi dan bervariasi. Antara variasi yang popular dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia adalah kick boxing, muay thai dan mixed martial arts (MMA).
Walau apa pun variasinya, ia tetap sukan tinju yang mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan kita.
Hilangkan Stress Dan Terapi!
Satu kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa boxing membantu melepaskan tekanan fizikal dan mental. Tinju dapat menurunkan hormon stress seperti kortisol, sambil meningkatkan endorfin. Tinju secara semula jadi akan menaikkan mood, yang seterusnya dapat menghilangkan tekanan.
Baik Untuk Kesihatan Jantung
Tinju memerlukan tubuh badan anda sentiasa bergerak bagi menumbuk dan menangkis serangan lawan. Pada saat inilah jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan oksigen ke seluruh tubuh badan.
Melatih Paru-Paru & Sistem Pernafasan
Boxing secara kerap, secara tidak langsung dapat melatih paru-paru dan sistem pernafasan agar ia menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Bakar Kalori
Kalau anda mempunyai masalah berat badan, tinju sangat sesuai untuk anda. Hal ini kerana tinju memerlukan banyak tenaga agar tubuh badan dapat bekerja dengan lebih baik. Disebabkan itu, ia memerlukan banyak kalori untuk dibakar bagi menjana tenaga.
Pertahanan Diri
Tinju mengajar kita tentang pertahanan diri. Tinju menjadi kita cergas dan kompetitif di gelanggang, jadi ia boleh dimanfaat dalam situasi sebenar bila anda berdepan dengan ancaman. Anda tahu bila mahu bertindak dan mengelak dengan pihak lawan.
Meningkatkan Koordinasi Tubuh Badan
Tinju juga memerlukan pergerakan yang cepat dan tangkas. Dengan kerap melakukan tinju, dapat melatih pergerakan tangan, kaki dan seluruh tubuh badan agar selaras, tepat dan situ.
Selamat beramal!
Sumber : Hello Doktor