
Bertuah badan apabila di hari ulang tahun kelahiran mendapat hadiah berupa sebuah kereta mewah. Ya, itulah yang diterima oleh anak lelaki Datuk Ac Mizal dan Datin Emylia yang menghadiahkan kereta Mercedes Benz sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-18.
Momen bermakna itu dikongsi bersama peminatnya di laman instagram dengan kapsyen “HAPPY 18th Birthday to my son @reevedamien from daddy mummy and @fea._.eryssa love u so much!”
Reeve Damien turut menerima ucapan daripada warganet dan rakan-rakan selebriti yang lain.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Reeve Damien dan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18. Semoga menjadi anak yang memberi kebahagian buat keluarga, insyaAllah.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD

Gwyneth Paltrow dilaporkan telah memenangi kes mahkamahnya berhubung perlanggaran ski tahun 2016 di pusat peranginan ski Utah selepas juri memutuskan Khamis lalu bahawa bintang filem itu tidak bersalah atas kemalangan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Chewing Gum’ Yang Diludah Iron Man, Robert Downey Jr. Dijual RM243,243 Di eBay
Gwyneth Paltrow dan peguamnya Steve Owens tersenyum selepas keputusan dalam perbicaraan tuntutannya dibaca.
Selain itu, juri turut menolak aduan Terry Sanderson, seorang pesara optometris yang menyaman pelakon terkenal itu atas kecederaan yang dialaminya apabila kedua-duanya terbabas semasa ski di trak pemula.
Juri memihak kepada Paltrow selepas lapan hari kes berjalan di bilik mahkamah yang disiarkan secara langsung bagi tontonan awam.
Sesi mahkamah itu bersiaran secara langsung selama lapan hari.
“Saya merasakan bahawa dakwaan dari Sanderson akan menjejaskan integriti saya,” kata pelakon filem Iron Man itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wakilnya. Dia juga berterima kasih kepada hakim dan juri atas usaha mereka.

Peguamnya, Steve Owens, menambah dalam satu kenyataan yang dibacanya di luar mahkamah bahawa “Gwyneth merupakan seorang yang percaya akan konsep ‘berani kerana benar’ dan situasi ini membuktikan bahawa dia seorang yang akan menegakkan keadilan dan kejujuran.”
BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: NPR, The Sun, Forbes
Lokasi Hotspot & Kluster Denggi Di Malaysia, Selangor Catat Kes Tertinggi

Isi Kandungan
ToggleBaru lebih kurang empat bulan kita berada di tahun baru, dilaporkan bahawa sebanyak 34 kematian telah berlaku disebabkan denggi pada sepanjang 2018.
Masalah ini bukanlah perkara baru yang berlaku di Malaysia, tapi apa yang membimbangkan adalah kerana hari demi hari, wabak ini semakin menular dan mengancam nyawa.
Kesedaran terhadap kebersihan persekitaran dan tempat awam adalah tanggungjawab bersama dan amat penting untuk korang sentiasa memastikan agar keadaan di sekeliling tidak menjadi tempat nyamuk aedes membiak.
Jika tidak, mungkin ramai lagi yang akan menjadi mangsa seterusnya.
Sekadar untuk makluman korang semua, kami kongsikan senarai hotspot dan kluster denggi di seluruh Malaysia yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cuba check sama ada kawasan tempat tinggal korang terbabit sama atau tidak jika ya, cepat-cepat ambil tindakan pencegahan yang sewajarnya.
Kalau tiba-tiba demam yang berlarutan, terus pergi check up okay?
Terdapat 26 hotspot di Selangor, 1 di Pulau Pinang, 1 di WPKL dan 1 di Perak. Selebihnya adalah senarai kluster lokasi denggi di Malaysia.
Lokasi hotspot
Kluster Denggi
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pulau Pinang
Kedah
Johor
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Sabah
Terengganu
WP Putrajaya
Nota tambahan: Info tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
Sumber: Public Health Malaysia
“Jangan Kita Paksa…” – Berseronok Sambil Belajar, Sir Asai Enggan Desak Pelajar Untuk Buat Konten

Anugerah TikTok 2023 yang baru sahaja berlangsung Ahad lalu telah membuktikan bahawa dunia pempengaruh dan pencipta kandungan (content creator) kini sudah meluas dan lebih dihargai dalam sesebuah masyarakat itu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Adab.. Ilmu..” Ramai Remaja ‘Kemaruk’ Ingin Jadi Pencipta Kandungan Tapi Tidak Fahami Pesanan Khairul Aming Ini
Ianya juga menjadi saksi kepada usaha lelah pencipta kandungan selama ini apabila sejumlah kecil daripadanya berjaya membawa piala pemenang pulang.
Namun, antara yang menarik perhatian di antara para pemenang ialah Sir Asai, pempengaruh dan pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori Best of Education.
Sir Asai yang terkenal dengan imej mengajar sambil menghibur sentiasa berpegang teguh kepada misinya untuk mendidik masyarakat dalam memahami penggunaan kosa kata bahasa Inggeris menerusi kontennya.
Guru sekolah itu juga terharu dengan anugerah yang diberikan dan menganggap bahawa ianya akan membuka peluang kepada lebih ramai anak muda di luar sana yang berminat dengan dunia pempengaruh ini.
“Saya sangat sangat gembira dengan penghargaan ini kerana ianya telah memartabatkan imej guru di luar sana,
“Sejujurnya, saya rasa anugerah sebegini akan memberi peluang lebih lagi kepada remaja di luar sana untuk lebih kreatif dan berseronok dalam membuat konten. Namun, harus diingatkan adalah kena belajar betul-betul dahulu baru focus ceburi dunia ini,” jelasnya.
Selain itu, guru sekolah ini turut mengingatkan para pendidik di luar sana untuk jangan sesekali mengambil kesempatan dengan merekod pelajar tanpa izin dengan alasan untuk dijadikan konten TikTok.
“Pertama sekali, kita haruslah dapatkan permission dari pihak ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Jangan sesekali kita memaksa atau mengambil konten secara candid kerana ianya jelas tidak sesuai,
“Kalau pelajar itu malu atau enggan berada di hadapan kamera, jangan kita paksa mereka,” komennya mengenai isu tersebut.
Beliau juga berkesempatan memberi nasihat kepada para pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.
“Nasihat saya untuk pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Inggeris adalah untuk minat dahulu and kelilingi diri anda dengan elemen bahasa itu sendiri menerusi lagu, filem dan bahan bacaan. InsyaAllah, bahasa itu akan sebati dalam diri masing-masing,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Sir Asai