Pertandingan ratu cantik selalunya dipenuhi dengan gadis yang kurus dan tinggi lampai. Namun kini zaman sudah berubah dan semua itu bukan lagi ukuran untuk berjaya. Semakin banyak penerimaan norma cantik yang bukan tipikal dalam dunia ratu cantik sudah ditonjolkan. Terbaru dalam pertandingan Miss Earth USA 2021, salah seorang peserta yang bertubuh besar telah membuktikan saiz bukan halangan.
Emma Loney yang mewakili negeri Wisconsin dalam pertandingan tersebut telah berjaya melangkah menjadi 12 peserta terbaik sekaligus mencipta sejarah sebagai wanita bertubuh besar pertama yang menjadi peserta dalam senarai pendek pada malam pertandingan tersebut.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, pelajar jurusan undang-undang di North Illinios University ini berkata, “TOP 12 DI Amerika Syarikat! Mendengar nama saya dipanggil sebagai peserta 20 teratas adalah impian, tetapi kemudian 12 yang terbaik ? Yang dapat saya katakan adalah betapa rendah hati dan bersyukurnya saya. Ini telah menjadi impian sejak sekian lama, dan berdiri di antara wanita yang kuat, cerdas, berprestasi benar-benar suatu kehormatan. Terima kasih kepada semua orang yang telah membantu saya sepanjang pertandingan.”
BUKAN SEMUANYA INDAH
Walaupun dia antara peserta yang menjadi bualan ramai, dia tidak lari dari menerima kritikan tajam dari para haters. “Saya melakukannya untuk setiap gadis yang dibuat untuk merasa bahawa dia tidak cantik atau layak kerana ukurannya. Saya melakukannya untuk mencabar standard kecantikan. Saya melakukannya untuk menunjukkan bahawa kesihatan, cinta diri, dan keyakinan bukan hanya pada satu jenis badan. Wanita kuat, cantik, cerdas, rajin, berdedikasi, dan mampu melakukan perkara-perkara hebat, tidak kira saiz mereka.
“Salah satu momen paling istimewa sepanjang minggu ini adalah ketika seorang peserta remaja menghampiri saya selepas pertunjukan terakhir dengan linangan air mata dan memeluk saya begitu lama dan terus mengucapkan terima kasih. Dia mengatakan kepada saya bahawa dia kehilangan berat badan untuk merasa cukup baik untuk bertanding, dan bahawa melihat saya telah banyak memberi inspirasi kepadanya untuk mencintai diri sendiri dan tidak merasa seperti dia perlu mengubah diri.
“Dalam apa jua perkara yang kita lakukan pasti ada yang membenci. Akan ada orang yang akan berkata anda tidak cukup baik. Dari stuasi ini anda mempunyai dua pilihan: dengarkan mereka, atau buktikan mereka salah. Saya memilih untuk membuktikan mereka salah.”
Sumber & gambar: Instagram Emma Loney