Setelah lebih 3 dekad menjalankan perniagaan, kini giliran Plaza OUG pula bakal dirobohkan selepas pusat beli-belah pertama di Malaysia, Ampang Park dirobohkan pada tahun 2017.
ARTIKEL BERKAITAN : Lagi Stor Kegemaran Ditutup, Kali Ini Giliran Speedy Video
Bangunan berusia lebih 30 tahun ini dahulunya lebih dikenali dengan nama Yaohan di kalangan masyarakat setempat. Difahamkan Plaza OUG telah berhenti beroperasi lebih dua dekad lalu dan kini bakal dirobohkan.
Laman Facebook Malaysia Shopping Mall sebelum ini ada berkongsi beberapa gambar keadaan semasa pusat beli-belah yang bakal dirobohkan itu yang kebanyakannya tidak berpenghuni tanpa pengunjung. Menurut catatan itu, pusat beli-belah itu akan dirobohkan menjelang akhir tahun ini bagi memberi laluan kepada dua bangunan tinggi dengan pusat beli-belah dan tempat letak kereta bawah tanah. Kebanyakan penyewa akan berpindah tidak lama lagi di mana gedung Parkson telahpun berpindah pada tahun lepas.
Menurut The Edge City & Country pada bulan Disember 2021, terdapat rancangan untuk membangunkan semula Plaza OUG menjadi kompleks beli-belah 6 tingkat , hotel 30 tingkat dengan 312 bilik dan apartmen servis 41 tingkat dengan 361 unit.
Plaza OUG boleh dikatakan antara pusat membeli-belah tertua di Kuala Lumpur. Di ruangan komen ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa sedih, terutamanya mereka yang membesar pada zaman zaman kegemilanga pusat beli-belah ini. Rata-rata mereka mengimbau kenangan mereka di tempat itu.
Tapi dibiarkan kosong begitu pun bahaya juga kan? Hmm…apa pendapat korang?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.