Tidak hanya dihuni oleh golongan manusia, bumi ciptaan Allah ini juga dihuni golongan lain. Sebagaimana manusia diperbuat dari tanah, golongan jin diperbuat dari api sementara malaikat dari cahaya.
Memandangkan ada perbezaan antara manusia dan jin, banyak cerita-cerita mengenai alam ghaib diperkatakan.
Perkongsian menarik dari seorang individu Mohd Fitri mengenai pengalamannya ketika di Gunung Jerai pasti mengingatkan kita bahawa dunia ini tidak dihuni oleh kita sahaja. Lebih menarik, dalam videonya beliau berkongsi mengenai ilmu hutan yang bagus untuk kita pelajari jika masuk ke hutan-hutan.
AKHIRNYA, Inilah video yang ditunggu-tunggu iaitu salah satu aktiviti dua minggu lepas.
Dalam video ini, saya ajarkan sedikit petua dan ilmu untuk masuk hutan. Dan saya bawa mereka ke satu tempat istimewa jauh di dalam hutan Gunung Jerai.
Saya berjalan di depan. Perjalanan meredah hutan, saya tidak ikut jalan orang kebanyakan. 4 jam lamanya kami mendaki. Beberapa kali berhenti, untuk saya tunjuk ajarkan kepada mereka 'apakah benda itu, apakah benda ini'.
Di tempat yg saya bawa ini, adalah salah satu tempat orang bertapa. Auranya lain macam dah terasa. Tempat ini juga diambil airnya khas untuk pertabalan diraja. Kami semua terus solat dan rehat.
'Salam pengenalan' telah diberi oleh 'si penjaga', saya sambut dengan mesra. Saya telah diminta duduk bertapa sebentar di bawah air. Elok saja saya duduk, 'benda' itu tekan dada saya, terus saya tak boleh bernafas! Ini ujian pertama untuk saya.
Tok Lekir nampak dari jauh, dia jerit dan suruh saya mulakan zikir. Cepat-cepat saya berzikir SubhanAllah sebanyak 70 kali.
Ketika saya sedang berzikir, tiba-tiba air terjun itu menjadi deras dan menutup seluruh badan saya. (Anda boleh tengok kejadian ini dalam video ini. Minit ke 13). Elok saja saya selesai zikir, air itu kembali normal alirannya.
Terus saya berdiri, dan berenang ke batu di tengah kolam, keliling batu ini sangat dalam, airnya gelap hitam. Sampai saja di batu itu, saya cuba berdiri, tapi tak boleh! Peha kiri saya dipegang oleh tangan yang besar yang ghaib. Berkali-kali saya cuba bangun tapi tak boleh. (Semua orang yg ada disitu nampak kejadian ini).
Akhirnya saja beri Salam 7, dan saya rentap 'tangan ghaib' yang memegang peha kiri saya. Terus saya membuka langkah silat untuk memperkenalkan diri saya kepada 'penjaga' disitu. (lihat saya bertari silat dalam video)
Kita semua hanya makhluk Allah Yang Maha Esa juga.
Selepas selamat keluar dari Gunung Jerai, follower saya pun bersalaman, kerana sudah masa untuk berpisah. Mereka pulang ke tempat masing-masing membawa apa jua ilmu dan petua yang telah saya berikan. Alhamdulillah. Moga Allah memberi rahmat kepada usaha mereka. Sumber : Mohd Fitri