Rohana Abdullah juga tular di media sosial selepas pendedahan gadis berusia 22 tahun ini mengalami kesukaran untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa disebabkan sejarah hidupnya.
Tapi gadis ini bertuah kerana bertemu dengan Chee. Sepanjang 22 tahun, Rohana dijaga dan dibesarkan oleh Chee Hoi Lan yang merupakan seorang bekas guru tadika. Bukan itu sahaja, Chee Hoi Lan juga mengikut cara Islam sepenuhnya sepanjang Rohana berada di bawah jagaannya.
Malah, Chee Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun baru-baru ini. Wanita Cina yang berumur 83 tahun itu atau mesra dipanggil Laoshi dipilih sebagai penerima Anugerah Ibu Sejati-Keluarga Malaysia sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Ads
Chee menerima anugerah yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ini berikutan kecekalannya menjaga seorang anak angkat yang beragama Islam bernama Rohana Abdullah sejak berusia dua bulan. Tambahan pula, dia memastikan anak angkatnya itu membesarkan sebagai wanita Islam.
Ads
Demi kasih sayangnya terhadap Rohana, wanita itu sanggup mengeluarkan wang demi memastikan anak angkatnya dapat belajar serta mendalami syariat Islam. Chee berusaha memastikan Rohana tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Wanita ini tidak pernah menjadikan perbezaan budaya dan agama sebagai penghalang untuk dia menumpahkan kasih sayang kepada Rohana seperti anak sendiri.
Penganugerahan itu diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Ads
Selain itu, Rohana sebelum ini tidak mempunyai kerakyatan telah dianugerahkan kerakyatan Malaysia pada April lepas setelah mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Melalui kisah ini, penulis berharap kita semua akan dapat mengutip suatu ilmu baharu dan menjadikan ia sebagai tauladan berhubung soal perpaduan dan kasih sayang sesama insan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Miley Cyrus berdepan dengan insiden yang mengerikan semasa dalam penerbangan ke Glastonbury, UK baru-baru ini.
Miley yang popular dengan lagu Wrecking Ball itu berlepas ke UK bersama dengan ahli keluarga dan pengurusannya kerana akan membuat persembahan di Festival Glastonbury.
Insiden mengerikan bermula ketika kapal terbang itu cuba untuk mendarat di landasan sebelum tiba-tiba ia naik ke atas semula. Semuanya diceritakan secara terperinci oleh kakak Miley, Brandi.
“Tiba-tiba sahaja, semasa kapal terbang nak mendarat ia naik ke atas semula. Gila rasanya. Miley dan ibu dah mula takut dan panik. Miley baring di riba saya, ibu pula pegang tangan saya di seberang tempat duduk.
“Tiada siapa bagitahu kami apa-apa, selepas beberapa minit baru ada pengumuman bahawa insiden itu terjadi sebab ada kapal terbang lain di atas landasan dan kita akan melanggarnya kalau tak naik atas semula.
“Itu sesuatu yang sangat menakutkan untuk difikirkan.
“Selepas 10 minit berpusing atas udara, kapal terbang itu cuba mendarat semula dan perkara yang sama terjadi sekali lagi.
“Ibu mula menangis dan panik, siap risaukan Noah yang tinggal seorang diri kalau kami semua mati,” katanya kepada E News!
Bagaimanapun, Miley tetap memberikan persembahan yang hebat di festival Glastonbury apabila dia menyanyi lagu cover daripada kumpulan Metallica, Led Zeppelin dan Amy Winehouse.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keadaan banjir teruk yang sedang melanda beberapa buah negeri kini telah mengundang kegusaran kepada mayarakat Malaysia. Iyalah, siapa je yang tak risau memikirkan ahli keluarga dan keadaan rumah masing-masing di kampung halaman.
Pelbagai arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa demi memastikan penduduk di kawasan terjejas selamat dan dalam keadaan sejahtera. Namun, masih ada segelintir yang tidak mempedulikan keselamatan diri sendiri dan meneruskan kehidupan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Video yang dimuat naik oleh akaun Facebook LUMUT Perak semalam telah menunjukkan seorang pemandu Perodua MYVI yang tidak mempedulikan keadaan banjir yang telah menenggelamkan pekan Kota Tinggi.
Meskipun nombor kenderaan berwarna putih itu tidak dapat dikenal pasti, kami sebenarnya agak kagum dengan kebolehan model MYVI untuk meneruskan perjalanan walaupun dikelilingi air banjir yang mencecah paras lampu hadapan kenderaan.
Tak rosak ya kereta masing-masing!
Warganet yang menonton video tersebut nyata terhibur dengan lagak berani itu.
Keranji Dalam Perahu merujuk kepada model MYVI sebagai, “Raja Amfibia, tiada jalan tiada masalah Boleh berenang.”
Mohd Addin mengakui kehebatannya dan berkata, “Inilah kuasa MYVI, sentiasa menjadi raja di jalan.” Kata Shah Non, “Myvi kereta paling berjaya yang Perodua pernah hasilkan.”
Komen Kancha Delima pula, “Made in Malaysia, Ferrary, bumper pun tak lepas banjir ni.”
Lagak MYVI yang tidak ubah seperti kenderaan 4 x 4 ini membuatkan kami semua tertanya-tanya, apakah sebenarnya rahsia pemandu MYVI yang tidak takut langsung dibadai arus banjir.
Lebuhraya seluruh negara dijangka bakal menjadi ‘medan’ kesesakan lalu lintas pada minggu ini bersempena cuti Hari Raya Aidiladha dari 8 hingga 11 Julai 2022.
Ini memandangkan orang ramai akan memanfaatkan cuti Aidiladha untuk mengerjakan ibadah korban bersama keluarga.
Menurut ANIH Berhad yang merupakan pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), kira-kira 2.352 juta kenderaan dijangka akan pulang ke kampung halaman di Pantai Timur.
Daripada jumlah tersebut, 1.648 juta dijangka akan menggunakan KLK manakala 704,000 lagi bakal ‘bertarung’ trafik di LPT1.
Demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, ANIH bersiap-sedia untuk menambah petugas bagi mengaktifkan lorong-lorong tambahan bergantung kepada peningkatan trafik.
Memandangkan cuti Aidiladha ini adalah perayaan ketiga yang menyaksikan rakyat Malaysia berpeluang pulang ke kampung halaman sejak negara memasuki fasa endemik pada tahun ini, orang ramai dipercayai masih cakna terhadap langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
Begitupun, REMAJA masih ingin mengingatkan kepada korang agar tidak alpa sewaktu berada di atas lebuhraya nanti.
Pertama sekali, perhatikanlah jadual cadangan perjalanan atau TTA yang telah dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuhraya bergantung kepada laluan yang bakal korang ambil. Sentiasa pastikan pemandu dan ‘co pilot’ di sebelah cergas sepanjang perjalanan. Sekiranya rasa mengantuk, berehatlah dahulu untuk seketika waktu di kawasan rumah rehat demi mengelakkan situasi ‘microsleep’.
Seperkara lagi, pastikan korang juga cakna terhadap makluman terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuhraya menerusi akaun media sosial mereka agar perjalanan korang bertambah lancar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...