Tiada lagi istilah ‘tak tahu ingin menonton drama atau filem apa’ selepas ini apabila satu-persatu platform penstriman hiburan atas talian baharu mula menemui penonton di Malaysia dalam tempoh sebulan ini.
Maklumlah, kebanyakan daripada penonton remaja terutamanya pada hari ini lebih terarah kepada gaya hidup mobile-first dan sudahpun terbiasa menonton kandungan di atas talian.
Lalu, bukan negara saja yang perlu beralih kepada ‘normal baharu’ pada musim pandemik ini. Cara menyalurkan kandungan hiburan juga perlu diadaptasi kepada normal baharu demi tontonan generasi kini yang amat bergantung kepada telefon pintar serta media sosial masing-masing.
Terbaru, REMAJA telahpun mencuba perkhidmatan penstriman bernama sooka yang menawarkan kandungan yang ‘kena’ dengan selera golongan milenial seperti kita.
Antara kandungan yang disusun adalah seperti siaran langsung aksi sukan global, drama dan program hiburan terbitan Malaysia serta siri-siri eksklusif dan original sooka yang pastinya akan korang gemari.
Menariknya, bukan hanya kandungan yang dirakam terlebih dahulu saja yang dimuatkan di sini. sooka juga menawarkan aksi sukan secara langsung dalam peranti pelanggannya yang membolehkan mereka menonton perlawanan kegemaran pada bila-bila masa, tidak kira di mana saja!
Sebagai contoh, kini sooka menawarkan aksi UEFA EURO 2020 yang baru saja membuka tirai semalam menerusi perlawanan di antara Itali dan Turki.
Buat masa ini, sooka menawarkan dua pilihan pelan mampu milik untuk korang cuba iaitu pelan VIP+ Sports (pada harga RM41.90 sebulan, kini ditawarkan sebagai promosi RM15.90 sebulan mulai 8 Jun lalu sempena acara UEFA EURO 2020 di mana pelanggan boleh menyaksikan 51 perlawanan) dan pelan VIP Entertainment (pada harga RM15.90 sebulan).
Why not, korang cuba kedua-dua pelan tersebut bagi tempoh sebulan dan rasai sama ada sooka menarik untuk terus dilanggan.
Bersempena acara UEFA UERO 2020 sekarang, sooka turut melancarkan pakej alternatifdi mana korang boleh HANYA menyaksikan pasukan kegemaran korang saja dengan membeli pas tunggal UEFA EURO 2020 pada harga RM7.90 untuk satu perlawanan.
Nah, pilih!
Selain itu, terdapat juga beberapa siri eksklusif dan original sooka yang akan dilancarkan tidak lama lagi seperti Hantu Bonceng 2.0, Hawa dan PHD Muzik.
Jujurnya, penulis menggemari sooka buat masa ini dan mengharapkan lebih banyak kandungan menarik akan disertakan tidak lama lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam satu hantaran di laman Instagram Fattah Amin telah mengumumkan yang Fazura telah pun selamat melahirkan.
Dalam hantaran tersebut penerima anugerah bintang paling popular tahun 2017 ini berkata, “Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.
Terdahulu, pasangan yang sama cantik sama padan ini telah mengikat tali pernikahan pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
***P/S- Tahniah pihak editorial remaja ucapkan kepada Hero Remaja 2011/12 Fattah Amin yang telah bergelar seorang bapa. Tak sabar menanti untuk melihat wajah cahaya mata Fattah & Fazura, mesti comel seperti kedua-dua ibu bapanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disebabkan pandemik wabak Covid-19 pada tahun ini, pelbagai perancangan terpaksa diolah semula oleh kita semua. Ini termasuklah perancangan takwim persekolahan dan peperiksaan setelah sekolah terpaksa ditutup sehingga bulan Julai lalu.
Terbaru, satu pekeliling rasmi telah dikeluarkan pada hari ini bagi memaklumkan takwim persekolahan pada tahun hadapan.
Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malasyia, Haji Adzman Bin Talib yang mewakili Pendaftar Institusi Pendidikan & Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, perubahan takwim persekolahan ini melibatkan tempoh cuti persekolahan yang berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.
Ini adalah rumusan mudah daripada pekeliling tersebut untuk rujukan korang.
Cuti Awal Tahun
(Bersambung dari tempoh cuti akhir tahun selama 14 hari)
1 Januari 2021 – 19 Januari 2021
Cuti Pertengahan Penggal
26 Mac – 3 April 2021
Cuti Pertengahan Tahun
28 Mei – 12 Jun 2021
Cuti Pertengahan Penggal
16 Julai – 24 Julai 2021
Cuti Pertengahan Penggal
10 September – 18 September 2021
Cuti Akhir Tahun
10 Disember – 31 Disember 2021
Selebihnya merupakan hari persekolahan dan peperiksaan seperti biasa, seperti di bawah.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan tempoh cuti perayaan pada tahun hadapan.
Korang pastinya inin mengetahui cuti yang diperuntukkan terutamanya untuk perayaan utama negara seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Hari Kaamatan dan Hari Gawai Dayak.
Mengikut tinjauan REMAJA pada akaun Facebook Kementerian, netizen rata-rata tidak mempunyai sebarang masalah dengan takwim bagi tahun hadapan.
Bagaimanapun, mereka masih tidak boleh menerima jadual persekolahan sehingga pertengahan bulan Disember, tahun ini.
Nampaknya, isu cuti 14 hari pada akhir tahun 2020 masih tidak disenangi oleh ramai orang, err..
Baru-baru ini kecoh mengenai kontroversi mengenai konsert solo penyanyi yang baru meningkat naik, Aisha Retno yang sepatutnya dijadualkan pada 16 November ini di Zepp KL terpaksa dibatalkan ekoran jualan tiket terlalu rendah.
Sebelum ini, pihak penganjur, Kharisma Music International menerusi satu perkongsian berkata, pihak pengurusan artis itu juga memutuskan untuk tidak menunda konsert terbabit ke satu tarikh lain.
Walau bagaimanapun, Aisha Retno atau nama sebenar Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam (24) tampil memberi kenyataan mengenai kontroversi berkenaan menerusi sebuah video di Instagram.
Kredit: Instagram Aisha Retno
Ujarnya, terdapat beberapa perkara meragukan oleh pihak penganjur sekaligus mengejutkan dirinya, antaranya ialah dia tidak mendapat sebarang maklum balas mengenai konsert daripada pihak penganjur sejak beberapa bulan lalu.
“Saya tidak tahu apa-apa tentang status tentang konsert ini sejak beberapa bulan lepas. Kami cuba untuk follow up dengan penganjur untuk update tetapi kami tidak terima sebarang makluman daripada mereka”
“Seperti yang saya tahu hal jualan tiket dan perancangan kewangan, pengurusan pemasaran sepatutnya jatuh kepada pihak penganjur tetapi apa yang terjadi mereka melemparkan semua tugas ini kepada Aisha,” jelasnya lagi.
Katanya, ia sepatutnya tidak patut dilakukan begitu jika mereka mahu menganjurkan konsert sehingga mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyalahkan pelantun lagu Samudera itu dalam penjualan tiket.
“Saya rasa ia tidak patut dilakukan begitu untuk anjurkan konsert. Mereka juga seolah menyalahkan saya untuk jualan tiket dan sebagainya berkenaan konsert tersebut. Saya rasa ini penindasan,” ujar Aisha.
Tambahnya, dia juga mengaku merasa ragu apabila menerima tawaran daripada pihak penganjur untuk mengadakan konsert sulung kerana dirinya masih baru dalam industri muzik.
“Mereka confident dengan tawaran tersebut, jadi saya serta merta kata boleh teruskan dan saya look forward dengan perancangan mereka tetapi apabila berlaku begini sangat penting untuk saya buka cerita kerana saya rasa konsert ini membawa kesan yang besar untuk saya,” jelas Aisha.
“Saya juga harus tarik diri daripada beberapa festival sebelum konsert, itu kerugian yang saya harus jalani,” dedahnya.
Konsert Sulung Aisha Yang Sepatutnya Diadakan Pada 16 November Ini Terpaksa Dibatalkan
Sekadar info, gadis berdarah kacukan Melayu, Arab dan Jawa itu merupakan naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 menerusi lagu Sutera ciptaannya sendiri bersama MFMF, sekaligus membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi. Aisha juga merupakan top 6 finalis dan pemenang keempat dari rancangan ‘The Hardest Singing Show’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, gelagat lucu personaliti media sosial terkenal, Kasih Iris Leona mencuri perhatian ramai apabila beliau meminta bapanya untuk berdoa agar dipertemukan dengan jodoh...