Berita baik untuk korang yang suka berendam di dalam kolam di hotel atau resort time bercuti.
Jika sebelum ini aktiviti sukan dan reakrasi seperti sukan renang, kolam renang awam terutamanya dilarang sepanjang PKPP namun bermula 1 Julai nanti semua aktiviti di kolam renang akan dibenarkan semula!
Yeayyy…..
Kebenaran ini juga membabitkan kolam renang awam, di hotel, kondominium, komuniti berpagar atau kawasan terkawal serta persendirian.
Namun, kanak-kanak masih tidak digalakkan untuk terbabit dalam aktiviti riadah kolam renang dan menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri.
Kerajaan benar aktiviti riadah kolam renang mulai 1 Julai, ikut SOP – Ismail Sabri@IsmailSabri60 #kolamrenang pic.twitter.com/dn2g7KUZ8A
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 22, 2020
Sebelum dibenarkan beroperasi semula, pihak pengurusan kolam renang perlu membuat pendaftaran notifikasi pembukaan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di laman web NOTIFICATION.MITI.GOV.MY dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Tapi perlu diingat, terdapat beberapa syarat yang korang perlu dipatuhi di setiap lokasi kolam renang.
– Menyediakan pengawal keselamatan atau life guard dan penyelia untuk memastikan keselamatan pengguna.
– Mengehadkan jumlah masa penggunaan
– Memastikan jumlah pengguna dalam kolam renang dihadkan mengikut saiz kolam renang (tak boleh berasak di dalam kolam renang)
Seronok-seronok juga tapi ingat ya, walaupun aktiviti di kolam renang telah dibenarkan, tapi masih adan beberapa hal masih dilarang dan tidak dibuka.
Sumber: Berita Harian