Bestnya! George Clooney Beri Sejuta Dolar Seorang Kepada 14 Orang Teman Baiknya.

Share

Apakah perkara paling indah atau hadiah paling berharga yang anda pernah berikan kepada seseorang? Bayangkan kalau esok kawan baik anda tiba-tiba muncul di rumah dan membawa satu beg wang sejuta dollar? Kalau penulis memang dah pengsan!

Bintang Hollywood terkenal, George Clooney punya kisah tersendiri apabila dia pernah menghadiahkan wang tunai sejuta dolar seorang kepada 14 orang teman baiknya pada tahun 2013.

Dalam laporan, actor berusia 59 tahun ini mengesahkan desas desus memberikan hadiah tersebut apabila memperolehi bayaran yang tidak dijangkakan hasil lakonnya di dalam filem box-office, Gravity.

Clooney ketika penggambaran filem Gravity bersama Sandra Bullock dan pengarah, Alfonso Quaron. Sumber Gambar: Warner Brothers Pictures

Setakat ini, hanya seorang sahaja nama yang telah disahkan mendapat hadiah tersebut iaitu Rande Gerber yang merupakan bekas model.

George Clooney memberitahu dalam temubual bersama GQ yang dia membuat keputusan untuk memberikan hadiah tersebut kerana inilah teman-teman yang sepanjang 35 tahun dalam kerjayanya telah membantu tidak kira susah atau senang. Mereka semua ialah rakan-rakan dari zaman sebelum dia menjadi popular seperti hari ini.

Clooney bersama isteri, Amal. Sumber Gambar: via people.com

Katanya, “Kalau nak tahu, tanpa mereka saya tidak akan ada apa yang saya miliki hari ini. Kami sangat-sangat rapat dan saya pernah terfikir yang jika suatu hari nanti saya dilangar bas, mereka semua ada di dalam wasiat saya. Tapi kenapa nak beri hadiah tunggu bila saya kena langar bas?”

Sumber: dailymail.co.uk dan GQ

Published by
Fiezreen