Bukan selalu berita diskaun harga tiket penerbangan Malaysia Airlines muncul. So apa lagi, rebutlah!
Hari ini, Grand Travels Deals Malaysia Airlines Bhd tampil menawarkan diskaun harga tiket penerbangan ke destinasi terpilih sehingga 40 peratus.
Tawaran ini juga applicable untuk pakej tambang (diskaun 50 peratus) untuk kanak-kanak, diskaun 10 peratus bagi belian awal 10 kg bagasi lebihan, pilihan tempat duduk dan tempahan hotel.
Menurut wakil mereka, tawaran yang akan bermula dari 23 hingga 29 April ini terdiri daripada tambang dua hala. Bagi kebanyakan daripada kita yang akan memilih kelas ekonomi, tambang menjadi serendah RM259 ke Phnom Penh, RM299 ke Jakarta, RM699 ke Hong Kong atau Colombo Sri Lanka dan dari serendah RM2,829 ke London.
Menariknya, tambang ini sah bagi perjalanan bermula 25 April ini sehingga 31 Mac 2019. So, korang ada masa untuk betul-betul rancang itenarari dan perjalanan di sana. Beli tiket dulu, fikir kemudian!
Bagi yang teringin nak bercuti atau pulang ke Sabah atau Sarawak pula, memang banyak diskaun yang diberikan kepada penumpang. Antaranya dari RM139 ke Kuching, dari RM149 ke Miri dan dari RM189 ke Kota Kinabalu.
Dah beli tiket penerbangan, tempahan bilik hotel di Malaysia pun disertakan dengan diskaun sehingga 50 peratus jika korang tempah menerusi Booking.com.
Patutlah 2018 dikatakan tahun terbaik untuk melancong.