Kita semua sedia maklum bahawa baju raya digambarkan dengan rekaan yang sopan dan manis, tetapi sejak beberapa tahun ini, macam-macam desain yang ada sampaikan kami juga naik pening melihatnya.
Rekaan yang dilihat semakin hari semakin pelik . Ada ke yang nak pakai?
Bagaimanapun, satu gaya baju raya dari Indonesia yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini telah mencuri perhatian ramai. Biarpun baju ini nampak berbeza dari kebiasaannya yang dipakai pada pagi raya, namun rekaanya itu berjaya menambat hati ramai.
Berikut adalah perkongsian rakaman cara memakai baju raya dari Indonesia yang dimuat naik di Twitter ini:
Believe it or not, this baju raya way better than our local baju melayu mengarut design2 tu. n aku nak beli satu. Sekian pic.twitter.com/9YZJ4nTDl3
— rulduff 💉❄ (@rulduff) April 21, 2021
Malah, baju dengan rekaan unik ini memang laku keras, dan ternyata sudah sold out. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
Macam-macam gaya pelik bila tiba hari raya ni. Tapi harapnya korang tak ada la yang pelik-pelik ok? Takut terkejut pula orang tengok korang OOTD nanti. Yelah kan tak boleh beraya rumah ke rumah. Hiks!
5 Port Cuti Dikelilingi Alam Sekitar Lembah Klang Untuk ‘Staycation’
Sudah lebih kurang setahun lamanya rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk ke luar negara ekoran daripada situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Jangankan luar negara, dah beberapa bulan ini juga kita semua masih tidak lagi dibenarkan untuk merentas negeri.
Semalam, penduduk di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya menarik nafas lega bila akhirnya kita dapat merasai sedikit kebebasan apabila ia diumumkan akan beralih ke fasa dua bermula esok, 10 September 2021.
Disebabkan oleh itu, kebanyakan daripada mula memutuskan untuk bercuti atau ‘staycation’ hujung minggu ini. Korang boleh bayangkan tak suasana yang sangat tenang dan charming yang terletak tidak jauh dari pusat bandar? Bukan tu je, malah ia juga dikelilingi oleh flora dan fauna yang boleh menenangkan jiwa yang penat. Fuhh, jom checkout!
- Pulaihtree Retreat, Kuala Kubu Bharu
Hanya mengambil masa 1 jam dari Kuala Lumpur, lokasi ini sangat sesuai untuk korang yang rindukan alam semulajadi dan inginkan weekend gateaway sekitar Selangor.
Ianya dibina di atas sebuah bukit private dan dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok yang memberikan suasana tenang dan romantik. Kalau datang bersama pasangan pun nice juga di sini.
2. KEPYOK, Beranang, Selangor.
KEPYOK merupakan guest house yang sangat sesuai untuk didiami oleh keluarga besar atau untuk mereka yang datang beramai-ramai bersama rakan-rakan. Terdapat dua bahagian di KEPYOK dan bahagian pertama dikenali sebagai Rumah Agong di mana ia mempunyai ruang tamu, ruang makan. dan juga dapur yang lengkap.
Bila pergi ke sungai ni, macam-macam aktiviti yang korang boleh buat seperti mandi-manda, piknik, dan juga ber-BBQ bersama rakan-rakan atau keluarga.
4. SARANG BY THE BROOK, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Anak-anak dah tepu dan merengek ajak pergi jalan-jalan kan…Kalau korang tak tahu nak bawa anak-anak pergi bercuti ke mana hujung minggu ni, apa kata korang cuba bawa mereka ‘staycation’ disini.
Penginapan unik berupa kontena berwarna ‘tiffany blue’ yang murah, lengkap dengan kolam renang, dikelilingi alam semulajadi yang menyejukkan serta boleh beriadah bersama keluarga di air terjun berdekatan.
5. Tadom Hills
Kalau anda mencari destinasi yang berlainan dengan harga berbaloi untuk bercuti bersama rakan–rakan, Tadom Hill Resort yang dikelilingi tasik buatan dan alam semulajadi ini pasti menjadi pilihan utama anda. Hanya lebih kurang 45 minit perjalanan di ibu kota, tempat percutian dan banyak aktiviti ini memang dah lama viral tau. Dah ramai orang tahu sebabnya tempatnya memang best sangat-sangat.
6. RIVER & GLAMP, Nur Laman Bestari Eco Resort.
Kalau korang rindukan aktiviti glampling, boleh pergi di River & Glamp ini. Merupakan pakej percutian glamping dengan pemandangan sungai yang cukup menenangkan serta terletak di sebelah Hutan Lipur Sungai Tua! Sejuk dan sangat mendamaikan jiwa…
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh korang lawati, tapi buat masa ni penulis bagi lima ‘port’ dulu. nanti korang pening pula nak pilih.hehehe
So apa tunggu, jom plan dengan kawan-kawan korang. Tapi SOP jangan dilupa okay!
Bulan Kesedaran Garam Sedunia, Satu Sudu Teh Sehari Untuk Elak Penyakit!
Bulan March bukan sehaja Hari Wanita Sedunia namun merupakan minggu Kesedaran Garam Sedunia juga tau.
Sudah menjadi kebiasaan kita untuk memasukkan garam ke dalam makanan bagi memberikan makanan yang kita masak rasa lebih sedap dan enak. Bahkan negara kita terkenal dengan ikan kering, sotong kering dan berbagai lagi makanan kering dimana makanan tersebut akan direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dijemur di tengah panas.
ARTIKEL BERKAITAN : 7 Manfaat Garam Mandian, Salah Satunya Mampu Hilangkan Jerawat Belakang Badan!
Malah mengikut laporan hmetro, seorang rakyat Malaysia dianggarkan mengambil 1.6 sudu atau 7.9 gram (g) garam sehari sekali gus melebihi lima gram sehari seperti disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Lebih garam boleh menyebabkan macam-macam jenis penyakit. Nak tahu?
1. Penyakit Jantung
Garam boleh meningkatkan tekanan darah dan menimbulkan darah tinggi. Situasi ini merupakan penyebab penyakit jantung yang paling ketara. Hampir dua per tiga daripada seluruh kes strok dan separuh kes penyakit jantung, disebabkan oleh hipertensi atau darah tinggi.
2. Penyakit Ginjal
Sama seperti penyakit jantung, penyakit ginjal kronik juga boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Orang yang menghidap penyakit ini, lebih sensitif terhadap penyerapan sodium atau garam di tubuh.
Penyakit ginjal dan hipertensi berhubung kait dengan kitaran yang berkesinambungan. Ia kerana, ginjal berperanan dalam metabolisme garam di tubuh.
Jika ginjal tidak dapat mengeluarkan natrium dengan baik, maka metabolisme garam di tubuh menjadi terganggu dan garam akan berkumpul di tubuh, dan menyebabkan naiknya tekanan darah.
3. Osteoporosis
Jumlah kalsium yang keluar melalui urin akan bertambah seiring dengan meningkatnya kadar garam di tubuh. Apabila kadar kalsium di dalam darah berkurangan dari yang sepatutnya, maka tubuh akan mengambil kalsium dari dalam tulang untuk menyeimbangkan kekurangan kalsium.
Hal ini menyebabkan kesihatan tulang terganggu hingga mengalami penghakisan tulang atau osteoporosis.
4. Kanser
Mengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang terkena kanser perut.
5. Hipernatremia
Terlalu banyak natrium di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipernatremia. Penyakit ini merupakan gangguan akut yang terjadi saat seseorang tidak mendapat cukup makanan atau minuman, sehingga garam tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh.
Akibatnya, pengumpulan garam berlaku. Saat sodium di darah mengumpul, akan terjadi gangguan metabolisme di tubuh yang boleh menyebabkan cecair terkumpul di organ tubuh, termasuk otak. Hal ini bisa menyebabkan kejang, koma, bahkan membawa maut.
6. Gangguan saraf
Garam memang penting untuk menjaga fungsi saraf. Namun, jika berlebihan pengambilan garam akan membawa mudarat.
Tubuh kita memerlukan keseimbangan antara sodium dengan kalium untuk menjaga fungsi saraf tetap normal. Jika kadar sodiumnya terlalu banyak, maka keseimbangan akan terganggu. Hal sama dengan fungsi saraf, yang juga akan mengalami gangguan.
Hadkan Pengambilan Garam, Satu Sudu Teh Sehari.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru orang ramai meningkatkan tahap kesihatan dengan mengubah tabiat pengambilan garam dalam pemakanan harian.
Menerusi Facebook rasmi KKM bersempena Minggu Kesedaran Garam bermula hingga 20 Mac hadapan, KKM menyeru pengguna menghadkan pengambilan garam tidak melebihi lima gram atau satu sudu teh sehari.
KKM berkata, menurut kajian Malaysian Community Salt Study (MyCoSS) 2017/2018, tahap pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi iaitu pada kadar purata 7.9 gram atau 1.6 sudu teh sehari, melebihi saranan lima gram sehari oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Untuk info, dengan tema ‘Tak Masin Tu Ok! Minggu Kesedaran Garam Sedunia di Malaysia bermula semalam hingga 20 Mac ini antara lain menekankan kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat sebagai langkah pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD).
BACA LAGI : Garam Kita Makan Hari-Hari Bukan Tulen, Ada Microplastic Penyebab Kanser
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Gadis Ini Ajar Cara Untuk Buat QR Code Bagi Tuan Rumah Yang Ingin Anjurkan Majlis
Selepas wabak pandemik COVID-19 melanda negara kita, masyarakat Malaysia sudah terbiasa dengan kehidupan new normal yang perlu dijalani setiap hari.
Pemakaian face mask, hand sanitizer dan penjarakan fizikal antara yang dilakukan oleh masyarakat di negara kita sekarang.
Jika nak masuk ke shopping mall atau di mana-mana kedai sekali pun, kita diwajibkan untuk mencatat suhu dan mendaftar diri dengan menggunakan QR Code sebelum masuk ke dalam premis.
Bukan itu sahaja, sekiranya korang ingin menganjurkan majlis seperti kenduri kahwin atau rumah terbuka, eloklah jika disediakan kemudahan daftar melalui QR Code ini bagi merekod kehadiran tetamu. Manalah tahu kalau ada kes yang melibatkan dengan tetamu korang, mudahlah sekiranya ingin menghubungi mereka kan?
Namun begitu, mungkin masih ramai yang tidak tahu untuk menyediakan QR Code bagi majlis anjuran mereka.
Nah, tak perlu risau lagi kerana seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ummu Tasnim Mustafa telah pun berkongsi tutorial bagaimana untuk menyediakan QR Code ini.
Jom kita try!
1. Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin
2. Masukkan nombor telefon, klik verify (I’m not robot) dan register
3. Masukkan nombor OTP yang diterima melalui SMS dan submit
4. Isi kan maklumat nombor telefon, majlis/kedai/no.contact, alamat majlis/kedai, poskod dan negeri. Kemudian, submit
5. Done! Terus boleh print dan bolehlah diletakkan di majlis/kedai korang
6. Kalau nak send dekat email kita pun boleh, klik email me dan nanti masukkan alamat email. Siap!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk memudahkan urusan korang nanti.
Sumber: Ummu Tasnim Mustafa