“Better Than Our Local Baju Melayu”, Netizen Teruja Rekaan Baju Raya Moden Ini

Share

Kita semua sedia maklum bahawa baju raya digambarkan dengan rekaan yang sopan dan manis, tetapi sejak beberapa tahun ini, macam-macam desain yang ada sampaikan kami juga naik pening melihatnya.

Rekaan yang dilihat semakin hari semakin pelik . Ada ke yang nak pakai?

Bagaimanapun, satu gaya baju raya dari Indonesia yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini telah mencuri perhatian ramai. Biarpun baju ini nampak berbeza dari kebiasaannya yang dipakai pada pagi raya, namun rekaanya itu berjaya menambat hati ramai.

Berikut adalah perkongsian rakaman cara memakai baju raya dari Indonesia yang dimuat naik di Twitter ini:

 

Malah, baju dengan rekaan unik ini memang laku keras, dan ternyata sudah sold out. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

Macam-macam gaya pelik bila tiba hari raya ni. Tapi harapnya korang tak ada la yang pelik-pelik ok? Takut terkejut pula orang tengok korang OOTD nanti. Yelah kan tak boleh beraya rumah ke rumah. Hiks!

Published by
Nana