Betul Atau Buat-Buat? Ini 10 Perkara Yang Berlaku Di Sebalik Tabir Episod 1 Dewi Remaja

Share

 

Okay, korang semua dah pun selamat menonton episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 pada hari Ahad lepas, kan?

 

Sebelum korang komen siapakah finalis Top 12 kegemaran kepada kami, kami mendapat beberapa pertanyaan melalui media sosial. Antara soalan paling popular di kalangan korang adalah,

“Audition Dewi Remaja ni betul-betul ke atau drama je lebih?”

Amboiii, nak kata Dewi Remaja aturkan semua ke supaya ia terjadi mengikut skrip semasa ujibakat?

Jujurnya, proses ujibakat yang berlangsung secara walk in pada bulan September dan November lalu diadakan secara lancar. Baik pada pihak peserta yang hadir, petugas, kru dan para juri jemputan – mereka semua menjalankan tugas dengan teratur bagi memastikan semuanya smooth.

Tapi ada juga beberapa perkara yang tak dijangka berlaku di sebalik tabir. Haa, apa benda tu? Jom tengok.

 

 

Tak Bawa Gambar

Ramai juga peserta yang hadir tanpa menyediakan beberapa keperluan mengikut requirement. Antaranya tak lain, tak bukan adalah GAMBAR!

Lantas, apabila mereka disuruh untuk mencetak gambar bersaiz A4 untuk rujukan kru kami, mulalah juri pening kepala. Mengapa?

“Kenapa baju awak sama dengan dalam gambar ni?….Oh baru print..”

 

 

Dari Seluruh Negara

Daripada 12 orang finalis yang terpilih, ya, majoriti berasal dari Kuala Lumpur dan Selangor. Melainkan Fazreen Fazera (Johor), Aween Ismail (Kelantan) dan Lydia De Sal (Sabah), sembilan lagi orang peserta berasal dari sini.

Namun apa yang ramai tidak tahu adalah sejumlah besar peserta dari luar Lembah Klang yang hadir untuk mencuba nasib ketika ujibakat. Cuma, rezeki tidak berpihak kepada mereka. Apatah lagi, saingan untuk memilih 12 yang terbaik amatlah sengit.

Pada kesempatan ini, penulis mengucapkan terima kasih banyak kepada korang yang datang dari jauh!

 

 

Datang 2-3 Kali

Tak cukup dengan itu, ada juga beberapa peserta yang dilihat familiar pada hari-hari ujibakat.

“Eh, bukan dia ni dah datang semalam ke?” “Biarlah dia nak cuba nasib!”

Betul tu, kami memang respect dengan peserta seperti ini. Again, thank you.

 

 

Ibu Bapa Gigih Tunggu

Hanya para peserta yang dibenarkan naik ke tingkat kelapan. Selebihnya – ibu-bapa, kawan BFF, kakak, abang, boyfriend, skandal dan sewaktu dengannya perlu tunggu di kawasan lobi.

Kami ingatkan mereka akan ke lokasi lain dulu untuk makan atau shopping. Tapi ramai di ibu bapa yang gigih juga tunggu di kawasan berhampiran!

 

 

Sehingga Jam 1-2 Pagi

Salah satu sebab mengapa mereka sanggup tunggu adalah waktu ujibakat yang boleh berlarutan sehingga tengah malam. Bukan saja peserta yang letih tau! Kru dan juri juga perlu tabahkan diri. Why not

, Dewi Remaja hadir 3-4 tahun sekali.

Salah seorang daripadanya ialah Sissy Iman yang hadir pada hari ketiga ujibakat. Sebagai peserta terakhir pada hari tersebut, Sissy memang kuat dan gigih! #respek

 

 

Dapat Pun Nangis?

Daripada ratusan yang hadir, hampir 80 orang peserta yang menerima kad tahniah daripada juri seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Puan Emmarina dan Editor FZ Aimman. Kebanyakan akan senyum girang seperti Qys Batrisyia di atas.

Tapi yang peliknya, dah dapat terus menangis. Aik, tangisan gembira ke sis? Hehe..

 

 

Puasa 4 Hari

Kalau korang nak tahu, sepanjang proses ujibakat, juri Pak Nil mengambil keputusan untuk berpuasa pada setiap hari berkenaan. Tapi kenapa?

“Pak Nil sebenarnya sudah terbiasa untuk berpuasa pada hari bekerja. Alang-alang juri tak perlu bergerak ke mana-mana, hanya duduk dan mengadili peserta, jadi Pak Nil tak ada masalah pun untuk puasa,” kata beliau.

 

 

Sempat Melukis

Sambil berpuasa, Pak Nil juga sempat untuk melukis tau! Sementara menunggu waktu rehat makan tengah hari tamat, Pak Nil bersama dua orang juri lagi sibuk melukis menggunakan warna air.

Comel!

 

 

Sesi Grooming

Bukan je jurusolek yang sempat mempersiapkan peserta untuk sesi photoshoot tau. Pak Nil juga dilihat memperbetulkan stail rambut peserta. Asalkan nampak ‘penyek’ dan kejung, Pak Nil terus bangun dari tempat duduk dan…..

Korang tengok sendirilah.

 

Terima Kasih Dewi & Hero

Selain daripada Pak Nil, ada juga rakan selebriti tempatan yang dahulunya berasal dari pencarian Dewi Remaja dan Hero Remaja yang turut serta sebagai juri jemputan.

Antaranya termasuklah Raysha Risrose (Dewi Remaja 14/15), Mawar Rashid (Top 5 Dewi Remaja 14/15), Syamim Farid (Pemenang Tempat Kedua Dewi Remaja 14/15), Hafreez Adam (Top 10 Hero Remaja 11/12) dan haaa, Rita Rudaini!

Kak Rita kita pun berasal dari Dewi Remaja juga, pada tahun 1996/1997 yang akhirnya dimenangi oleh Juliana Banos.

 

So, what do you think of the first episod. Tak sabar nak tunggu episod kedua pada 2 Disember ini

 

 

Published by
FZ