
21 Ogos 2021 menjadi tarikh keramat bagi pelakon Remy Ishak kerana telah menjadi suami kepada pasangannya, Ezza Yusof.
Ramai peminat wanita Remy ‘patah hati’ melihat kedua mempelai itu mendirikan rumah tangga, namun rasanya mereka sudah ‘move on’ dan mendoakan yang terbaik buat pasangan selebriti ini.
Remy yang sebelum ini jarang-jarang dilihat memuat naik gambar bersama isterinya mengakui bahawa Ezra adalah seorang usahawan yang agak sibuk dengan perniagaannya adakalanya tidak berjumpa keraka waktu kerja yang berbeza.
Namun, baru-baru ini Ezra telah memuat naik sebuah video di laman instagramnya yang menunjukkan bahawa suaminya itu seorang yang cermat dan semua pakaiannya dilipat sendiri.
Rata-rata pengikut wanita meninggalkan komen dengan mengatakan sememangnya kaum lelaki adakalanya lebih cermat berbanding wanita.
Untunglah dapat suami yang pandai berkemas kan. Patutlah ramai peminat wanita yang meminati Remy Ishak ni. Hiks!
Sumber: (1)
“Keutamaan Saya Bukan Lagi Dunia, Tapi Reda Allah” Nia Ramadhani Kongsi Kisah Hidup Dalam Novel

Jika kita menyingkap semula kisah hidup pelakon terkenal negara seberang ini, pastinya agak berat dugaan buat si dia apabila terpaksa berjauhan bersama keluarga tercinta ekoran dimasukkan ke pusat pemulihan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Siapa tidak kenal, aktres cantik, Nia Ramadhani ini. Terbaharu, pelakon sinetron popular Bawang Merah Bawang Putih itu tampil dengan novel berjudul ‘Cerita Ade’. Nia mencurahkan segala pengalaman dari kecil sehingga saat menempuh jatuh bangun hidupnya.
Menurut laporan Liputan6, pelakon berkenaan berkongsi momen sewaktu dan selepas dirinya ditangkap pihak polis. Tambah Nia, dia tidak boleh berhenti menyalahkan diri sendiri atas perlakuan yang tidak baik selama ini. Malah, hampir dua bulan dia menangis dan mengutuk diri sendiri sebaik sahaja terkenang peristiwa hitam itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani Dan 6 Fakta Hidup, Terkini Ditangkap Kerana Dadah
“Saya berada di sana selama 10 bulan. Tetapi, saya menutup diri. Saya belajar selama kira-kira dua bulan setengah. Itu yang membuatkan saya menangis dan bercakap dengan diri sendiri. Ya itulah, kita memang harus melaluinya.
“Inilah perjalanan watak Ade sejak kecil hingga dewasa, banyak pengajaran yang boleh diambil bukan sahaja dari kebaikan namun dari kesilapan yang dilakukan, mungkin kita boleh belajar,” katanya.
Sekadar informasi, ‘Ade’ ialah nama panggilan Nia Ramadhani di kalangan keluarganya. Sehubungai itu, pelakon tinggi lampai itu turut menyifatkan banyak pengajaran yang dapat diambil daripada ‘kemelut’ yang pernah diharunginya, bukan sahaja buat dirinya namun juga untuk masyarakat.
“Ini kerana, ketika saya direhabilitasi dan di akhir penulisan saya berada di pusat pemulihan, kejadian ini sangat besar buat saya. Telah banyak pengajaran yang saya belajar untuk diri sendiri. Jadi, kenapa tidak jika ada peluang untuk saya berkongsi kisah ini dengan orang ramai.
“Selepas apa yang berlaku kepada saya tahun lalu, keutamaan saya bukan lagi untuk dunia, tetapi keutamaan saya adalah untuk reda Allah.
“Allah beri ujian, bukan cinta semata-mata, namun pastu ada hikmah disebaliknya. Kemungkinan Allah beri saya peluang untuk berkongsi cerita kepada orang lain,” ujarnya panjang.
Menerusi karya ini, Nia turut dibantu oleh penulis Pidi Baiq sebagai penyunting novel. Dia berkesempatan menzahirkan rasa kagum buat pelakon tersebut selain mengatakan kisah yang terbuku dalam novel itu sememangnya layak untuk dijadikan sebuah filem.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Nia Ramadhani& Liputan6
Kenapa Tak Boleh Mandi Telanjang, Betul Ke Jin Jilat Tubuh Kalau Tak Tutup Aurat?

Ramai yang senang mandi dalam keadaan bogel. Lucut saja pakaian terus angkat gayung dan mandi sebelum keluar 10 minit kemudian.
Biar pun ada beberapa pandangan ulamak mengenai isu boleh atau tidak mandi bogel, Moderator Al-Quran & Penulis Buku, Ustaz Khairul Anuar berkata, perbuatan menutup tubuh dengan kain ketika mandi melatih sifat malu seorang individu.

Mengupas perbuatan kenapa tidak boleh mandi bogel, sebenarnya tiada kesepakatan yang jelas mengenainya tetapi menutup aurat ketika mandi lebih kepada soal adab.
“Perlu kita fahami, umur kecil adalah peringkat didikan terawal. Jika terlepas pendidikan seawal usia ini, maka kita akan terlepas peluang yang lebih besar,” katanya memulakan bicara.
“Dalam erti kata lain, jika kita membiarkan usia berlalu begitu sahaja, misalannya tidak menerapkan solat di usia anak tujuh tahun, begitu juga pada usianya 10 tahun dan seterusnya, maka kita akan terlepas peluang yang lebih besar kerana anak-anak akan semakin liat mendirikan solat kerana sudah tidak diajar dari kecil.
“Sama jugalah dengan ajaran menggunakan kain ketika mandi. Kalau diasuh dari kecil tentang malu, bila anak semakin besar dia akan rasa malu kalau tubuhnya terdedah begitu saja.
Teori jin menjilat tubuh adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan
Apa yang penting ia lebih kepada adab sopan kita sebagai orang Islam,” katanya menjelaskan, jika anak tahu menjaga erti malu itu, bila dia keluar duduk di asrama, tinggal di universiti atau mandi-mandi di tempat awam, dia akan tahu menjaga malunya itu sekaligus akan menutup auratnya dengan sendiri,”katanya memberi huraian.

Menyentuh soal malu yang harus ditanam dan wajib ada dalam diri seorang muslim, jelas Ustaz Khairul, menutup aurat ketika mandi itu digalakkan kerana kita menjaga adab kita dengan yang maha melihat iaitu Allah SWT.
“Ini samalah seperti tandas yang mengadap kiblat. Ikutkan tidak boleh tetapi Islam tidaklah sehingga ketat peraturannya. Bukan soal mandi sahaja, ibu bapa di rumah misalannya harus menjadi cerminan kepada anak-anak.
“Ada mak dan ayah yang tak segan silu memakai seluar pendek dalam rumah dan dihadapan anak-anak. Tiada yang salah dalam soal ini tetapi ia lebih kepada adab di hadapan anak-anak.
“Bayangkan jika anak ada perasaan dan keinginan untuk memakai seluar pendek hingga paras peha di luar kerana dia melihat perbuatan ibu dan ayahnya. Kita mungkin marah tetapi kita menjadi contoh tidak baiknya,”
“Memang tiada batas aurat kita dengan anak dan suami tetapi ia bukan contoh dan adab yang baik,” katanya yang menyarankan remaja atau individu yang suka mandi bogel agar mengambil kain menutup aurat demi menjaga adab dan melatih sifat malu.
Caprice Akur Arahan – “Maaf, Dapat Panggilan Untuk Padam Rakaman CCTV..”

Pempengaruh, Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Caprice terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa untuk memadamkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan kejadian pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid oleh dua orang pelaku pada 5 Mei lalu.
Menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi, Caprice berkata dirinya perlu mengikut dan menghormati arahan berkenaan.
“Maaf. Dapat panggilan untuk padam rakaman CCTV dari The Star pagi tadi. (Platform-platform media) lain pun dinasihat untuk jangan muat naik atau kongsikan CCTV kes Faisal Halim.
“.. Kami perlu ikut dan hormati arahan mereka,” catat Caprice dalam bahagian kapsyen.
ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Jadi Pemain Bola Sepak Kedua Diserang, Kali Ini Disimbah Asid Sehingga Terpercik Pada Kereta – REMAJA
Pada pandangan Caprice, sebarang sedutan CCTV, rakaman kamera papan pemuka (dash cam) dan kelibat saksi boleh membantu pihak Polis Diraja Malaysia agar orang ramai yang mengesan jenis motosikal, topi keledar atau individu-individu yang berada dalam paparan video itu boleh tampil ke hadapan untuk membantu siasatan.
Begitupun, Caprice enggan mengeruhkan keadaan dan menghormati arahan yang diterimanya. Tinjauan REMAJA di media sosial juga mendapati beberapa platform media mula memadamkan rakaman CCTV itu daripada akaun masing-masing.
Menerusi video berdurasi 56 saat itu, kelihatan seorang lelaki bertopi sedang menunggu di sebuah kereta hitam sambil memerhatikan individu yang dipercayai merupakan Faisal sedang berjalan ke arah keretanya di sebuah pusat beli-belah.
Sebaik ingin membuka pintu kereta, lelaki bertopi kelihatan berulang kali menyimbah asid terhadapnya sebelum melarikan diri bersama seorang rakan komplot yang sedang menunggu bersama motosikal di tepi lokasi kejadian.
Sehingga lewat petang tadi, warganet tertanya-tanya sama ada video berkenaan adalah klip asli atau tidak sehinggalah Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengeluarkan kenyataannya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, video tersebut adalah bahan bukti yang masih dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan tidak wajar disebarkan bagi menjaga sensitiviti mangsa serta keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.