BETUL-BETUL REKOD! 5 Hari PH Teraju Negara, 5 Ketua Jabatan Letak Jawatan @ Diarah Berhenti

Share

Lanskap politik nampaknya semakin menarik untuk diikuti. Hari ini masuk hari ke lima Pakatan Harapan menerajui negara selepas kerajaan pimpinan Barisan Nasional terkena “swing” dari rakyat yang mahukan perubahan.

Ramai mengharapkan pemerintah baru mampu memberi nafas baru dalam  membaiki keluhan ekonomi rakyat yang sudah tidak tahan ditindas. Namun hari ini masih ada yang cuba tularkan berita tidak betul mengenai GST yang hanya akan dikuatkuasa pada 1 Jun 2018 semata-mata mahu meningkatkan “darah” rakyat dan ternyata surat kononnya rasmi itu adalah FAKE NEWS! Elok ditangkap sahajakan individu yang cuba memecah belahkan moral rakyat inikan.

Dalam tempoh 5 hari Pakatan Harapan menerajui tampuk pemerintahan negara, nampaknya janji Perdana Menteri, Tun Mahathir yang mahu “membersihkan” ketua-ketua jabatan dan mereka yang kurang amanah semasa menjalankan tugas, nampaknya menjadi berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat (Remaja pernah siarkan artikel mengenainya. Lihat sini).

REMAJA senaraikan 5 ketua jabatan yang telah menyatakan akan berhenti, meletak jawatan dan yang direhatkan selepas pemerintahan baru memerintah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM

Nampaknya integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mula menjadi “bual-bual kosong” masyarakat apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletak jawatan pagi tadi dan telah menyerahkan notis sebulan. Sumber dalaman SPRM ketika dihubungi, mengesahkan beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, pagi tadi.

Lebih mengejutkan, laman web rasmi SPRM tidak boleh diakses buat masa ini tanpa ada sebarang sebab yang kukuh.

Sebagai sebuah suruhanjaya, tugas SPRM tentu agak berbeza namun kelihatan agak janggal kerana Ketua Pesuruhjayanya memilih untuk meletak jawatan tatkala lima hari Pakatan Harapan memerintah negara.

Peguam Negara

Dua hari sebelum ini, Tun Dr Mahathir berkata, buat masa ini tiada Peguam Negara dan jawatan itu dibiarkan kosong untuk sementara. Namun sesuatu yang agak janggal kerana kelibat Peguam Negara, iaitu Tan Sri Mohamed Apandi Ali dip pejabat dilihat agak janggal. dilaporkan berada di pejabatnya pagi tadi.

Bagaimana pun berita mengenai situasi AG ini sah direhatkan kerana Bernama petang tadi melaporkan Tun Mahathir  berkata AG  akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan terdapat beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat ke atas tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Ketua Setiausaha Perbendahaan

Kerajaan memutuskan kontrak perkhidmatan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan kepada 14 Jun tahun ini (2018), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Menurut Ali dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Irwan Serigar dilantik secara kontrak sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan mulai 7 Mac tahun lepas (2017) hingga 6 Mac 2019.

“Mulai 14 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018, pegawai (Mohd Irwan Serigar) ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam dan tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan,” kata Ali (bernama)

Ketua Pegawai Eksekutif TV3 & RTM

Bilik berita TV3 dan RTM telah digubal serta merta atas arahan Tun Mahathir Mohamad. Perubahan itu diambil kira kerana terlalu tohmahan dan berita palsu terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiap arahan Dato Rahman Dahlan dan Dato Seri Salleh Said Keruak telah ditarik balik berkuat kuasa serta merta. .Orang pertama yang dapat surat tunjuk sebab ialah Tan Sri Ismee bin Ismail,Pengarah dilantik Media Prima dan Pengarah kanan Tabung Haji. Malah jika sebelum ini TV3 yang diejek dengan pelbagai gelaran kerana suka menyiarkan berita kurang benar, sudah mulai boleh diterima orang ramai selepas “pembersihan” dilakukan.

Di laman sosial hari ini juga seperti Twitter, beberapa nama besar disuruh letak jawatan namun berita ini belum disahihkan kebenaran lagi. Malah ada ahli Parlimen mendesak beberapa nama besar meletak jawatan. Nampaknya kerajaan baru benar-benar menginginkan orang yang berintegriti, amanah dan jujur dalam mentadbir negara.

Portal Malaysia kini petang ini pula melaporkan  Pengerusi Perbadanan Kemajuan Perfileman Malaysia (FINAS) meletak jawatan hari ini kurang seminggu selepas kerajaan baru dibentuk. Difahamkan, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib membuat keputusan itu dalam mesyuarat yang diadakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya bermula jam 4 petang tadi. Malaysiakini masih cuba mendapatkan reaksi beliau berhubung perkara ini.

Published by
Almaswa Haji Che Ros