Betul Ke 5 Selebriti Ini Antara Yang Paling Friendly Dalam Dunia K-Pop?

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Setiap kali menonton rancangan variety berbahasa Korea, mesti ada perkara yang penulis tertanya kepada diri sendiri.

 

Betul ke kesemua selebriti ini berkawan seperti yang ditunjukkan di luar set? Pernahkah mereka mengajak kawan selebriti lain untuk pergi makan di luar?

Well, mungkin tak kesemua selebriti Korea bersifat sedemikian. Namun, apa yang pasti, 5 orang selebriti ini memang bersifat friendly! Cer tengok siapa yang tersenarai.

 

01

V (BTS)

V dikenali sebagai antara selebriti lelaki yang mempunyai connection kuat dengan ramai selebriti lain. Kuat pasang kabel lah ni. Sesiapa saja yang ditemui olehnya pantas dijadikan kawan.

Bukan saja sesama rakan penyanyi tetapi termasuk juga pelakon dan ahli komedi. Antaranya ialah pelakon Ha Ji Won, Park Bo Gum dan ahli kumpulan BTOB Sungjae.

 

02

Kim Heechul (Super Junior)

At this point, siapa je yang tidak berkawan dengan ahli kumpulan Super Junior ini. Malah, hampir tiada seorang pun selebriti yang tidak berkawan dengannya.

Menariknya, kebanyakan daripada yang rapat dengan Heechul adalah penyanyi kumpulan perempuan, termasuklah Goo Hara (KARA), Taeyeon (SNSD) dan Sulli dari F(x).

Mungkin perempuan sukakan karisma dan humor yang ada pada Heechul.

 

03

Ha Sungwoon (Wanna One)

Walaupun dikira baru, tetapi Sungwoon sudahpun berjaya ‘mengumpul’ rakan selebriti yang mula menyokongnya sejak zaman Produce 101.

Antaranya ialah Ravi (VIXX), Kai (EXO) dan Jimin (BTS). What, EXO dan BTS?! Hebatnya kau, Sungwoon.

Bukan setakat itu, Sungwoon juga dikatakan rapat dengan penyanyi senior seperti Lee Hong Ki dari FT Island dan Taemin dari SHINee.

 

04

Yeri (Red Velvet)

 

Bukan selebriti lelaki je yang pandai pasang kabel okay. Yeri juga mudah mesra dengan ramai selebriti terutamanya dengan unnie seperti Taeyeon (SNSN), IU dan Nayeon (TWICE).

Malah, pelakon Han Chae Young juga dilihat rapat dengannya walaupun mereka berdua baru bekerjasama buat kali pertama melalui drama Secret Unnie.

 

05

Henry

Setiap kali penulis melihat Henry di dalam mana-mana rancangan variety, pasti dia mudah membawa diri dan menonjol berbanding cast yang lain. Ini kerana dia mempunyai perwatakan charming yang tak dibuat-buat.

Kadangkala, Henry boleh menjadi terlalu friendly sehinggakan warga emas pun suka dengannya.

 

Best-nya kalau dapat kawan friendly macam mereka ini.

 

Published by
FZ