Betul Ke Berkumur Dengan Ubat Kumur Boleh Bunuh COVID-19? Doktor Ini Beri Penjelasan

Share

Peningkatan kes positif COVID-19 yang semakin mendadak mencetuskan kebimbangan dikalangan masyarakat. Maka, ramailah berkongsi tip untuk menghindari dan dilindungi daripada wabak ini.

Antara yang hangat diperkatakan adalah berkumur dengan ubat kumur boleh membunuh COVID-19. Namun begitu, adakah kenyataan ini benar atau tidak?

Foto: skymarksmilecentre.ca

Seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Iqbal Rosali telah pun membuat satu kenyataan yang dikongsi oleh laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merungkai persoalan ini.

Beliau menjelaskan daripada sudut pergigian dan menerangkan bahawa di klinik gigi, penggunaan ubat kumur ini dipraktikkan se membuat rawatan yang menghasilkan aerosol (tampalan gigi). Pesakit diminta untuk berkumur dengan ubat kumur.

Perkara ini ada dalam garis panduan yang dikeluarkan bahagian pergigian KKM sebagai langkah untuk mencegah penyebaran virus COVID-19 apabila melakukan rawatan yang menghasilkan aerosol.

Diingatkan semula, perkara ini adalah sebagai langkah pencegahan dan bukannya rawatan untuk COVID-19. Sama seperti korang guna hand sanitizer dan basuh tangan dengan sabun.

Gambar hiasan

Ubat kumur mengandungi povidine iodine dan chlorohexidine, manakala hand sanitizer mempunyai alkohol. Bahan-bahan ini sememangnya digunakan untuk membunuh virus dan bakteria di permukaan.

Jadi, jika mengikut logik, virus COVID-19 ada dalam tubuh badan individu yang dijangkiti. Bagaimana pula dengan berkumur sahaja boleh menghapuskan virus ini?

Memang terdapat kajian berkaitan penggunaan bahan ini dan kaitannya dengan virus COVID-19, tetapi sehingga hari ini masih belum ada apa-apa bukti penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus ini.

Foto: which.co.uk

Namun begitu, kalau korang nak berkumur dengan ubat kumur ini adalah dibolehakan kerana daripada sudut pergigian, ia memang sangat digalakkan. Tapi, jangan pula ada yang menganggap ia sebagai langkah untuk merawat COVID-19.

Dengan penjelasan yang diberikan ini, rasanya korang pun dah faham apakah kaitan ubat kumur yang sering diperkatakan dengan penyakit COVID-19. Ia hanya sebagai langkah pencegahan dan bukannya untuk merawat pesakit.

Sumber: KKM

Published by
Noor Ain Norman