Betul Ke Bulu Tumbuh Lebih Lebat Kalau Cukur? Baca Penjelasan Daripada Doktor Estetika Ini

Share

Boleh dikatakan semua orang pasti pernah melakukan aktiviti bercukur tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Tapi kalau bab ni, rasanya golongan perempuan lebih banyak ‘songeh’ sebab ada saja yang bermain di fikiran mereka tentang isu bercukur ni.

“Hm, takut la nak cukur bulu. Nanti tumbuh lagi lebat”.

“Erkk, kalau bercukur nanti kulit kering kan?”.

Banyak lagi mitos-mitos yang sering kita dengar. Persoalannya, benar atau tidak semua tanggapan yang dibuat berkaitan dengan isu bercukur ni?

Apa kata kita dapatkan info sebenar daripada Dr Amirul Nazri Dato’ Wan Nawawi (M.D) tentang mitos dan fakta berkaitan isu ini.

Gambar hiasan

Mitos: Bercukur boleh dilakukan pada bila-bila masa saja, bukan hanya pada waktu mandi

Fakta: Sebaiknya selepas mandi kerana liang roma lebih bersih dan terbuka. Kulit juga lebih lembut dan bulu roma lebih bersih lantas mengurangkan risiko infeksi kulit.

Mitos: Shaving cream atau shaving foam tak penting, cukup sekadar guna sabun

Fakta: Lebih baik guna shaving cream kerana ia di formulasi untuk melembutkan dan mengurangkan iritasi pada kulit.

Gambar hiasan

Mitos: Arah bercukur tak penting, yang penting dicukur dengan kemas dan bersih

Fakta: Sebaiknya bercukur mengikut arah bulu tumbuh, ia dapat mengurangkan risiko infeksi pada liang roma dan mengurangkan iritasi pada kulit.

Mitos: Bercukur mampu membuatkan bulu tumbuh lebih lebat dan kawasan cukur menjadi gelap

Fakta: Kekerapan bercukur tidak mempengaruhi kadar pertumbuhan bulu dan kawasan cukur lebih gelap. Cuma bulu baru mungkin tumbuh lebih kasar dari sebelumnya.

Mitos: Bercukur boleh menjadikan iritasi pada kulit

Fakta: Benar jika tidak menggunakan pelembut kulit atau dilakukan dengan teknik yang salah.

Mitos: Pisau cukur boleh digunakan selagi tidak berkarat

Fakta: Sebaiknya pisau cukur pakai buang digunakan sekali sahaja bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Apa-apa pun, antara bercukur dan waxing, Dr Amirul lebih menganjurkan waxing kerana lebih hygenic dan kurang berisiko untuk luka pada kulit. Kalau nak bercukur pula, korang perlu sentiasa memastikan pisau cukur yang digunakan bersih dan tajam. Nak diingatkan juga, pisau cukur tu tidak boleh dikongsi ya.

Dr Amirul Nazri Dato’ Wan Nawawi, Prinz Medical Clinic & Prinz Giampapa MediSuite and Anti-Aging Center

 

Published by
Noor Ain Norman