
Single atau couple apa bezanya?
Pernah tak korang terfikir macam mana nak bezakan antara orang single dengan orang yang dah berpunya?
Kadang-kadang memang lah nampak macam dah berpunya tapi sebenarnya belum. Mix feeling juga kan?
Susulan itu, ada yang berpendapat bahawa 5 tanda-tanda ini menunjukkan bahawa orang itu adalah single. Betul ke tidak?
Suka tidur lewat
Telefon jarang berbunyi
Banyak main game
Netflix/ movie!

Acah-acah tahu pasal relationship!
So… pendapat korang pulak macam mana? betul ke tidak?
Stadium Nasional Bukit Jalil Mungkin Berubah Nama Tidak Lama Lagi

Stadium Nasional Bukit Jalil telah menjadi topik perbualan sepanjang minggu ini disebabkan isu-isu yang kurang enak didengar. Paling menjadi sebutan adalah keadaan padang stadium yang dianggap tidak menepati piawaian sesebuah stadium nasional dek takungan air semasa hari hujan.
ARTIKEL BERKAITAN : Stadium Nasional Bukit Jalil Ditutup Mulai Hari Ini Bagi Kerja Baik Pulih – REMAJA
Itu semua mungkin sekali akan diselesaikan tidak lama lagi setelah berita kemungkinan hak nama stadium tersebut akan dijual dengan adanya kerjasama rakan kongsi strategik telahpun diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam demi menjana pendapatan.
Katanya, penjualan hak nama stadium dan penjenamaan semula bukanlah satu perkara baharu dalam dunia sukan antarabangsa. Contoh terdekat yang dapat kita lihat adalah bagaimana stadium bersebelahan, Stadium Putra Bukit Jalil telah dijenamakan semula menjadi Axiata Arena pada tahun 2017.
Menurut Khairy Jamaluddin yang merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada waktu itu, kerjasama di antara Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Axiata Group Sdn Bhd terjalin menerusi perjanjian 10 tahun bernilai RM55 juta.
Banyak lagi stadium antarabangsa terkenal yang telahpun mengambil langkah menjual hak nama kepada syarikat komersil. Ini termasuklah Stadium Etihad (Manchester), Allianz Arena (Bayern Munich) dan Stadium Emirates (London) kepunyaan kelab bola sepak Arsenal.
Malah, dengan penjenamaan semula Stadium Nasional Bukit Jalil, tidak mustahil ia akan mempunyai pusat perniagaan barangan sukan sendiri, muzium dan sebagainya yang boleh menghidupkan industri sukan negara serta Bukit Jalil sebagai hub sukan disegani di rantau ini.
Begitupun, masih banyak perbincangan perlu dilakukan sebelum kementerian mengambil langkah tersebut.
“Ada banyak cadangan ke arah itu, tetapi buat masa ini kita yakin mampu (menguruskan Stadium Nasional Bukit Jalil). Tetapi saya tidak menolak kemungkinan (mengambil langkah menjual hak nama) untuk masa akan datang. Itu antara satu daripada cara kita memandang ke depan,” katanya kepada rakan media semalam.
BACA LAGI : Faizal Azumu Tidak Terasa Bila Disuruh “Jangan Hisap Gam” Di Stadium Nasional – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hati-Hati ‘Online Shopper’, China Keluar Amaran Wabak COVID-19 Melalui Parcel

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita untuk membeli secara online tambahan lagi bila tiba promosi acara tahunan ‘Singles’ Day’ seperti jualan 11.11. Tentu saja ramai mengambil peluang untuk berbelanja sambil berjimat dengan potongan harga yang ridak masuk akal.
Namun, perlu diingatkan dalam kehidupan norma baru bersama pandemik Covid-19, sudah tentu para ‘online shopper’ gelisah dan risau nak beli barangan melalui online tambahan lagi barangan yang diimport dari China.
Terbaru, melalui laporan Bloomberg, pihak berkuasa China telah mengeluarkan amaran mengenai bungkusan yang berpotensi tercemar dengan wabak COVID-19. Amaran ini bukan sahaja hadir sebelum acara tahunan terbesar membeli belah dalam talian, tetapi selepas tiga pekerja di sebuah syarikat yang membuat pakaian kanak-kanak diuji positif untuk wabak tersebut.

Namun, kira-kira 300 bungkusan yang diuji dengan semuanya mendapat keputusan negatif. Suruhanjaya kesihatan tempatan berkata sesiapa yang menyentuh bungkusan itu perlu menjalani ujian dan pemantauan COVID-19. Ujian sama turut dilakukan di sebuah daerah kecil di Guangxi, selatan China, di mana 16 bungkusan daripada syarikat itu dihantar seperti ‘rantaian mel berkaitan covid’.

Phak berkuasa di Xilinhot Inner Mongolia juga telah meminta orang ramai yang membeli atau menerima bungkusan dari kedai pakaian lain pada bulan lalu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat simptom COVID-19 yang dikesan.
Jadi, korang disarankan sanitize parcel yang sampai dahulu terutamanya barangan yang dibeli dari China. Yelah, malang tidak berbau. Lebih baik mencegah dari dijangkiti Covid-19.
Sumber : Bloomberg, Chinadaily
[VIDEO] Remaja Johan Tilawah MTHQA61 Buat Tarannum Challenge Sesama Adik Beradik, Allah! Merdu Suara Semuanya

Tahun lalu pertandingan Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringat Antarabangsa ke 61 menyaksikan Nor Farhatul Fairuzah Panut diangkat sebagai johan qariah pada usia yang sangat muda iaitu 19 tahun. Malah ketika kemenangan itu dinobatkan beliau masih bersekolah dalam tingkatan enam adi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) Negeri Sembilan.
Sebaik diangkat sebagai Johan Qariah peringkat antarabangsa, Farhatul sering berkongsi ilmu dimilikinya di ruangan Instagram hingga menarik minat remaja dan orang untuk mengikuti pengajian taranum yang dilakukan di medium media sosial miliknya.
Mengakui antara taranum yang digemarinya termasuk Nahawand, Rast, Hijaz dan Bayyati selain Soba, Jiharkah dan Sikah menyaksikan dirinya terus berusaha membaiki bacaan tarannumnya untuk lebih sempurna.
Dalam satu temubual pernah dilakukan, remaja ini mengakui ramai remaja mahupun orang dewasa menunjukkan minat terhadap seni Islam itu sehingga ada kalangan mereka menghantar rakaman video bacaan al-Quran untuk disemak tajwid atau taranum yang dilagukan.
Disebabkan itu juga, Nor Farhatul Fairuzah mencetus fenomena baharu dalam dunia remaja Islam di negara ini yang mendorong lebih ramai anak muda mengenali seni membaca ayat suci, termasuk menonton tilawah al-Quran.
Populariti diraihnya untuk jalan kebaikan ini turut menyaksikan lebih 600,000 orang menyaksikan tarannum challenge yang dibuat sesama beradik di tepi pantai.
Dapat disaksikan kakak dan abangnya bertarannum dengan suara yang sangat baik sekaligus membuktikan kesemua adik beradik ini menyintai Al-Quran.
Malah beliau turut mengajak kita semua membuat tarannum challenge sesama ahli keluarga.
Yezz, sebagai remaja, ada banyak perkara baik kita boleh lakukan terutama sesama adik beradik. Tak perlulah challenge “tak masuk akal” kerana setiap perkara kita lakukan akan ditanya di akhirat kelak. So korang, selagi masih ada nyawa, berbuatlah kebaikan agar ia menjadi asbab kita ke syurga kelak
Lihat video yang sudah ditonton lebih 600,000 orang ini selepas dimuat naik di fb miliknya.