Betul Ke Perempuan Cantik Selalu Lemah? Dewi Remaja Buktikan Dalam Episod 2

Share

 

Eh betul ke pendapat ini?

 

Perempuan cantik lemah dan selalu dibuli? Malah, perempuan cantik juga dikatakan takut untuk lakukan aktiviti mencabar kerana mahu menjaga penampilan?

Sebelum korang berikan pendapat, dengar dulu kata-kata sebahagian finalis Dewi Remaja 2018/2019. Menerusi episod kedua yang ditayangkan semalam, mereka telah buktikan di sebalik kecantikan, kebanyakannya mampu menyelesaikan aktiviti lasak dan mencabar.

Jantina perempuan bukan alasan untuk tidak melakukan cabaran sebaik mungkin. Tangan mungkin calar balar, badan juga masih terasa sakit-sakit namun kepuasannya berbeza bila dapat menghadapi dan menghabiskan halangan yang ada.

Korang boleh nilai sendiri melalui cabaran yang ditonjolkan semalam di Tadom Hill Resorts, Banting.

 

Pakaian sudah penuh dengan lumpur, macam Maze Runner pun ada hehe. Foto: Niza Suhaimi.
Aween yang berhijab pun membuktikan dirinya boleh! Foto: Niza Suhaimi.
Go Anna dan Sherin!  Foto: Niza Suhaimi.
Wow, Rasya perah semua tenaga untuk tarik Aween naik ke atas wall. Barulah teamwork! Foto: Niza Suhaimi.

 

Mencabar stamina

Tia Sarah, 18 tahun mengakui aksi mengerah tenaga khususnya memanjat halangan setinggi 6 kaki adalah perkara sukar untuk dia lakukan. Namun biar sesusah mana, team mate Lydia berikan kerjasama sewajarnya. #squadgoals

 

Nak cepat sampai terbenam kepala Tia hehe. Foto: Niza Suhaimi
Halangan memanjat tembok setinggi 6 kaki inilah yang dikatakan Tia. Dengan kerjasama Lydia, semuanya mudah. Foto: Niza Suhaimi

 

“Honestly, Tia sudah lama tak bersenam. Bila perlu lakukan 6 halangan termasuk memanjat tayar, meredah masuk ke dalam air, merangkak dan sebagainya, ia mencabar minda dan emosi juga.

“Tia ambil secara positif dan cuba untuk tidak mudah serah kalah. Setiap finalis Dewi mencubanya kerana sebagai perempuan pun, kita perlu ada persiapan dari segi fizikal dan mental,” katanya.

 

Haneesya Cedera Pergelangan Tangan

Cantik, berbakat tetapi momentumnya tersekat sebentar semalam selepas memulakan cabaran yang melibatkan aktiviti fizikal . Bagi finalis Haneesya, biarpun gagal untuk memanjat tembok setinggi 6 kaki tetapi dia akui telah mencubanya sedaya upaya.

 

Foto: Nurul Niza
Foto: Nurul Niza

 

“Masalah scoliosis yang Hanee hadapi menyukarkan diri untuk bergerak lasak walaupun sudah mencuba. Belakang badan jadi sakit, malah kedua belah tangan pun bengkak akibat cubaan memanjat,” katanya sambil menunjukkan luka tersebut.

Walaupun selalu ke gym, halangan memanjat tersebut terpaksa Hanee lupakan kerana rasa sakit di bahagian belakang tidak mampu lagi untuk dikekang. Bukan mengaku kalah sebaliknya Hanee telah mencuba sedaya mungkin.

 

Rania suka rock climbing, futsal dan bola sepak

Affie Rania membuktikan aktiviti lasak tidak akan menghilangkan sifat femininnya – kecantikan bukan sesekali menjadi penghalang. “Kita kena tahulah bila masa nak menjadi glamor dengan mekap semua, dan bila untuk menjadi lasak. Kena ada balance.”

Semasa sekolah, Rania selalu menyertai merentas desa dan menjadi juara. Dia terpilih mewakili Kuala Lumpur dan mendapat tempat ketiga. Bukan itu saja, dia gemar bermain bola sepak, futsal, melakukan aktiviti rock climbing dan banyak lagi.

 

Betul-betul menyerap semangat Paskal! Foto: Niza Suhaimi
Rania akui dia biasa buat rock climbing. Jadi air separas lutut ini biasa baginya. Foto: Niza Suhaimi

 

“Dulu Rania gemar berenang tetapi bila melihat otot bahu, lengan dan kaki semakin membesar, Rania hentikan dan cari sukan baru seperti futsal untuk terus bergiat aktif. Ayah jurulatih bola, mak pula model – jadilah versi Rania sebegini,” katanya.

 

Faz Daki Gunung Stong, Kelantan

Kecil tapi lasak. Inilah yang dibuktikan oleh  Fazreen atau mesra disapa Faz. Selain suka lakukan aktiviti camping dan memasak dalam pesekitaran luar, Faz juga pernah memanjat Gunung Stong, Kelantan dan dua buah gunung lain sekitar Febuari lalu.

 

“Kalau terlalu fikir nak cantik setiap masa, Faz rasa seakan hilang satu nikmat hidup iaitu untuk go all out dan berpeluh sakan.

“Bagi Faz, kecantikan bukan batasan untuk mencuba sesuatu walaupun ada mulut-mulut nakal yang akan memandang penuh skeptikal. Semasa penggambaran episod kedua, bagi Faz ini hanya segelintir ujian sebab sudah terbiasa buat lebih lasak dari itu walaupun datang ke Tadom Hill dengan skirt. (ketawa)”

 

 

Cantik tak bermakna lemah okay! Jangan lupa untuk menonton episod ketiga Dewi Remaja 2018/2019 pada hari Ahad ini (9 Disember 2018) jam 10.30 malam untuk melihat mengapa finalis menerima kritikan pedas daripada mulut supermodel, Tini.

Kemudian, sit back and relax sambil menonton LIVE Instagram dan Facebook di akaun @majalahremaja bersama finalis terpilih – pada jam 11.30 malam.

Published by
Almaswa Haji Che Ros