Berani eh cakap perempuan blur..!
Hehe, tak semua perempuan macam tu okay. Dan tak semua lelaki tu ‘cepat tangkap’ apa yang cuba untuk disampaikan oleh seseorang.
Bila sebut tentang hint
ni, kita selalu terdengar bagaimana seseorang itu lambat pick up atau dalam bahasa senangnya, Lam-Pi. Bukan sengaja mereka tersangkut dalam keadaan itu, tetapi kadangkala ada orang yang memerlukan masa untuk menangkap maksud seseorang.Terutamanya jika korang bertemu dengan seseorang yang baru. Sekali dia bagi gerakan tangan untuk lakukan sesuatu, takkan lah dia nak harapkan kita faham yang dia cuba sampaikan – betul tak?
Bagaimanapun, dalam situasi bersama finalis Dewi Remaja 2018/2019, mereka semua telah menginap bersama sejak 2 bulan lalu lagi. Hhm, takkanlah still blur
dengan kawan masing-masing.Kami dan Astro Circle cabar mereka dalam satu permainan Charade. Kita tengok siapa yang cepat tangkap clue yang diberikan!
Congrats TEAM 2!