Betul Ke Tuala Wanita Tak Perlu Dicuci Lepas Guna? Ini Penjelasan Daripada Ustaz Azhar

Share

Dah jadi satu rutin bagi perempuan bila sedang datang bulan, pad yang telah digunakan mesti dicuci dengan bersih sebelum dibuang.

Rasanya daripada pertama kali datang bulan lagi kita dah dididik oleh ibu untuk sentiasa memastikan kebersihan terjaga. Ada pula ‘cakap-cakap’ yang kalau tak basuh pad yang berdarah nanti dijilat syaitan. Seram wey. Oleh sebab tu memang tak berani nak buang sebelum cuci.

Namun begitu, percaya tak kalau kami katakan bahawa sebenarnya pad yang telah digunakan sebenarnya tak perlu dicuci?

1. Tak perlu basuh kalau guna pad

Ulama’ berpendapat, pad yang sudah digunakan wajib dicuci adalah bidaah dan satu kesilapan dalam pemahaman hukum-hukum agama. Sebenarnya, ia adalah sunat untuk ditanam tetapi kalau tidak ditanam, harus dibuang di dalam tong sampah. Apa yang penting jangan dibuang merata-rata tempat.

Seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Azhar dalam video di bawah, situasinya sama seperti kapas luka yang digunakan tidak perlu dibasuh sebelum dibuang. Cuma pasti kan ia dibuang pada tempat yang sesuai.

 

 

 

2. Dalil cuci untuk kain

Kalau dilihat dari sudut agama, pakaian yang terkena haid haruslah dibasuh sehingga hilang darah tersebut dan boleh digunakan untuk bersolat. Haid adalah termasuk benda najis dan berdasarkan hadis dari Asma, puteri Abu Bakar, bahawa Nabi SAW bersabda tentang darah haid yang terkena pada pakaian:

“Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudian ia (boleh) solat dengan kainnya itu,” Bukhari dan Muslim.

Dalil yang menunjukkan hal ini, dari Asma binti Abi Bakr, beliau berkata, “Seorang wanita pernah mendatangi Nabi SAW kemudian berkata, “Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haid. Apa yang harus kami buat?,” Beliau menjawab, “Gosok dan keriklah pakaian tersebut dengan air, lalu percikkanlah. Kemudian solatlah dengannya.”

 

 

Zaman dulu mana ada pad untuk digunakan sewaktu datang haid. Jadi, kain yang digunakan perlu dicuci terlebih dahulu untuk digunakan semula.

Pasal syaitan jilat pad berdarah dan sebagainya tu janganlah anda percaya. Jika pad dibuang pada tempat yang betul, insyaAllah semuanya pasti selamat.

Semoga pencerahan ini sedikit sebanyak membantu anda dalam menjawab persoalan yang selama ini mungkin kita tidak pernah tahu.

Sumber: salwasaleh.com

Published by
Noor Ain Norman