Bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, konsert ini adalah sebahagian daripada jelajah dunia EXO Planet #5 -EXplOration yang telah bermula di Seoul Korea Selatan sejak bulan Julai lalu.
Mereka telahpun melawat beberapa negara Asia lain seperti Hong Kong, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Jepun.
Menurut siaran akhbar oleh penganjur Star Planet hari ini, peminat yang menggelar diri mereka sebagai EXO-L di Malaysia sememangnya ternanti-nantikan kehadiran semula mereka ke sini.
Setiap kali EXO mengadakan konsert seperti ini, pastinya tiket akan habis terjual kerana peminat tahu akan kualiti persembahan, tarian, vokal dan komposisi muzik yang akan mereka sampaikan.
*
Kali ini, korang boleh mengharapkan persembangan lagu baru daripada album kelima EXO ‘Don’t Mess Up My Tempo’ dan album ‘Love Shot’.
Kali pertama EXO ke Malaysia adalah pada 2016 dan mereka telah kembali pada setiap tahun selepas itu disebabkan sambutan dan populariti mereka di sini.
Sekitar bulan Mac lalu, ura-ura konsert artis di bawah naungan SM Entertainment bakal diadakan di Bukit Jalil telahpun dapat dihidu oleh peminat.
Ini berikutan foto delegasi dari syarikat itu yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif SM Entertainment Group, En Young Min Kim telahpun tersebar di media sosial. Beliau dilihat sedang meneliti Stadium Nasional dan Axiata Arena.
*
Korang boleh mendapatkan tiket bermula 11 November ini secara online di www.myticket.asia
. Manakala tiket priority pula dijadualkan dijual kepada ahli GETBATS bermula 8 November ini.Korang boleh menjadi sebahagian daripada pembeli tiket priority dengan mendaftarkan diri di sini hingga 3 November kelak.
Tiketnya pula dijual pada harga RM248, RM368, RM488, RM598, RM738 dan RM798 (berdiri).
Get ready nak beli tiket, okay!