
Nampaknya drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan di slot Akasia TV3 menjadi trending gara-gara Husna, Fika dan Shah. Mengisahkan isteri teraniaya, watak perempuan perampas dibawakan Husna menjadikan media sosial medan menjadi tempat lepas geram kepada nama HUSNA. Bukan saja orang ramai tetapi ada juga artis seperti Datuk Aznil Nawawi memberikan komen kenapa perlu ganggu rumahtangga orang?.
Realitinya, soal perampas dalam rumah tangga orang memang wujud dari zaman nenek moyang cuma tak di exposekan sebegini. Cuma sejak zaman bawang membawang ini, ia menjadi medium orang ramai untuk mengutuk si perampas rumah tangga. Biarpun ia hanya sekadar lakonan tetapi cara orang ramai melepaskan perasaan seolah-olah perampas dianggap sebagai “perempuan” yang tak perlu dikasihani langsung!
Cakaplah apa saja tentang perempuan yang meruntuhkan rumahtangga orang lain, semuanya pasti naik angin dan memberi komen berlebihan. Jadi bila seorang isteri luahkan yang rumahtangganya diganggu gugat oleh perempuan lain sehingga akhirnya terpaksa bercerai, luahan itu ternyata menjadi trending kerana ramai yang bersimpati dengan nasib menimpanya. Ramai memuji wajahnya yang cantik, sanggup berkorban tetapi ternyata cinta seorang lelaki boleh berubah begitu sahaja.
Inilah perkongsian seorang bekas isteri, Syuhaidah Ebie yang membuat luahan hatinya dan mendapat perkongsian lebih 20k di media sosial dua minggu lalu.

Jadi benarlah HUSNA itu wujud dan memang ada wanita yang ditinggalkan suaminya kerana perempuan lain.
“Adik Sepatutnya Ada Majlis Konvo Tapi Hingga Kini Hilang, Abang Rayu Cari Adik

Tiga hari lalu berlaku satu kemalangan maut melibatkan sebuah kereta dan tiga buah lori di Kilometer 14.5 di Lebuhraya NKVE arah Subang ke Damansara. Dua orang maut dan tujuh cedera dalam kejadian sekitar jam 4.00 pagi ketika hujan lebat itu.
Namun di sebalik kemalangan maut itu, seorang abang, Khairul Anuar bin Mohd Razali, 27 tahun merayu orang ramai agar mencari adiknya, Amir Hamzah Mohd Razali, 21 tahun yang turut hilang selepas membantu mangsa kemalangan tersebut.
Masuk ke hari ini, sudah empat hari adiknya itu hilang dan pencarian masih diteruskan.



Ketika dihubungi REMAJA sebentar tadi, Khairul menjelaskan kali terakhir dia berkomunikasi dengan adiknya melalui Whatsapp pada jam 3.01 pagi pada hari kejadian di mana adik menjelaskan dia sudah berada di Sungai Buloh dan berhenti rehat seketika kerana hari hujan.
“Adik sepatutnya datang ke rumah saya kerana pada 12 Oktober itu dia ada majlis konvokesyen di Cybernatic Internasional Kolej Technology. Dia mahu ke rumah saya di Shah Alam. Tapi lepas kami whatsapp jam 3.01 minit pagi itu, saya masuk tidur sebelum terjaga jam 7 pagi kerana dihubungi keluarga memaklumkan polis datang ke rumah memberitahu adik terlibat kemalangan. Saya cuba hubungi telefon bimbit adik tapi sudah ditutup,” katanya yang memaklumkan mereka sekeluarga risaukan situasi adiknya, sama ada masih selamat, tidak sedar atau sudah terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara di Damansara itu.
“Inilah tanda tanya dan persoalan dari kami sekeluarga. Mohon cari adik dan viralkan agar sama-sama dapat menjumpainya,’ katanya memaklumkan dia mendapat tahu berita ini selepas ibu bapanya di Pulau Pinang memaklumkan kehilangan Amir Hamzah selepas didatangi pihak polis.

Tambah Khairul Anuar lagi, dia difahamkan, adiknya cuba membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya NKVE itu sekitar jam 4.00 pagi selepas melihat kereta itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan yang di sebelahnya adalah sungai Kayu Ara.
“Saya dapat lihat pembahagi jalan itu sudah pecah dilanggar kereta. Selepas cuba membantu, secara tiba-tiba datang sebuah lori yang melanggar kenderaan terbabit sehingga memecahkan lagi pembahagi jalan itu.
“Awalnya, pihak polis tidak menyedari adik antara mangsanya kerana begnya (porch) ditemui pada jarak 10-15 meter dari lokasi kejadian. Beg duitnya hilang dan begitu juga telefon bimbit jenis iPhonenya. Lain-lain barang seperti kad rapid bas dan lain-lain kelihatan elok dengan porch itu sudah koyak sedikit. Kemungkinan begnya itu dicuri orang ramai yang mengerumuni lokasi dan kemudian mencampakkannya tidak jauh dari situ.Enjin motosikalnya masih hidup dan ditemui di lokasi kejadian.
“Apa yang ditemui di lokasi kejadian hanya motor dan helmetnya. Dari situ, pihak polis menjejaki keluarga saya di Pulau Pinang,” katanya yang kemudian bergegas membuat laporan kemalangan dan orang hilang di Balai Polis Petaling Jaya.

Apa yang membuatkan Khairul tertanya-tanya di mana adiknya sekarang kerana pencarian di semua hospital berdekatan termasuk Hospital Sungai Buloh, Hopsital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Shah Alam, Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPHUKM Cheras dan sekitarnya menemui jalan buntu. Data pangkalan identiti unknown juga dibuat dan bayang adiknya tidak ditemui.
“Usaha mencarinya sedang diperluaskan di lokasi kejadian. Tak pasti sama ada diperluaskan di kawasan perangkap sampah kerana kawasan kemalangan itu di atas jambatan yang di bawahnya sungai.
“Kalau tengok pembahagi jalan itu sudah pecah dan berlubang dan ada kemungkinan ketika cuba mengeluarkan mangsa kemalangan itu, Amir terjatuh ke bawah selepas kereta itu dilanggar lori yang terbabas diikuti dua lagi lori akibat jalan licin dan hujan lebat. Semua ini membuatkan kami jadi tertanya-tanya bagaimana dengan nasib menimpa dirinya,” katanya mengharapkan bantuan orang ramai.
Bagi yang menemui adiknya walau dalam apa jua situasi boleh menghubunginya di talian 017-4105324 (Khairul).
Kenderaan Total Lost @ Dicuri! Kenapa Syarikat Insuran Tak Bayar Penuh Walau Insuran Ikut Market Value?

Kita sering terbaca luahan hati pemilik kenderaan yang menginsurankan kanderaan mereka mengikut harga pasaran kenderaan. Ini kerana kita beranggapan, apabila berlaku kemalangan, kita boleh membuat tuntutan penuh ke atas kemalangan tersebut.
Tapi tahukah korang, walau menginsurankan kenderaan mengikut nilai semasa tetapi jika berlaku kehilangan atau kenderaan total lost, korang hanya dapat 75 peratus saja dari nilai diinsurankan.
Sebelum ramai yang keliru atau tertanya-tanya kenapa hal ini terjadi, ada dua perkara perlu difahami.
Bagi syarikat insuran, mereka biasanya mengemukakan dua pelan kepada pelanggan untuk membuat pilihan iaitu Market Value dan Agree Value (tapi biasanya amat jarang penjual kereta nak cerita tentang Agree Value nie dan masa yang sama biasanya kita pun tak bertanya sebab lebih teruja nak dapat kereta baru). Yang kita tahu, kenderaan sudah diinsurankan mengikut harga pasaran semasa.
Untuk senang pembeli muda faham, ini perlu korang tahu bila beli kereta atau motor baru ya.

Apa dia market value/ nilai pasaran?
Untuk makluman korang, semasa kita beli kereta, kenderaan kita akan diinsurankan mengikut harga pasaran semasa. Ia sama juga ketika korang renew kereta/ motor mengikut tahun. Jadi jika korang beli insuran kenderaan mengikut nilai pasaran, jika berlaku kemalangan atau kecurian, korang akan dapat nilai pampasan mengikut harga pasaran semasa.
Contohnya : Insuran akan tamat pada Disember 2020. Semasa pembaharuan insuran, harga pasaran Honda City yang korang pakai adalah RM60,000 selepas dua tahun menggunakannya.
10 bulan kemudian, kereta korang dicuri dan pergi membuat tuntutan ke atas polisi sedia ada. Kerana 10 bulan telah berlalu, nilai kereta, maka nilai telah pun susut. Kini nilai pasaran kereta korang bukan lagi RM60,000 tetapi RM58,500. Maka korang akan dapat pampasan sebanyak RM58,500 sahaja dan bukan RM60,000.
Apa dia Agreed value/ nilai dipersetujui
Nilai dipersetujui ini adalah satu nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga pengendali insuran terlebih dahulu sebelum pembaharuan polisi dibuat (biasanya nilai dibayar lebih dari nilai market value). Nilai ini biasanya ditentukan oleh faktor-faktor underwriting tertentu. Misalannnya, jika berlaku kecurian atau tuntutan penu (total lost) maka pengendali takaful akan membayar pampasan penuh mengikut nilai yang telah dipersetujui ini.
Contohnya: Korang telah insurankan kereta atas nilai dipersetujui sebanyak RM60,000. 10 bulan kemudian, korang alami kemalangan (nauzubillah ya) di mana kereta korang total lost tidak boleh diperbaiki lagi. Jadi pampasan yang korang akan dapat daripada insuran ialah sebanyak RM60,000. Walaupun ketika itu, nilai pasaran kereta korang dah jatuh pada RM55,000.
Jadi dah fahamkan nak beli ikut market value atau agreed value. Pilihan di tangan korang.
Kes Tembakan Rambang Di Siam Paragon: Suspek Berusia 14 Tahun Disyaki Ada Masalah Mental

Kes keganasan senjata api bukanlah perkara luar biasa di Thailand.
Semalam, dunia dikejutkan dengan satu kes tembakan secara rambang yang membabitkan seorang remaja yang baru berusia 14 tahun menembak mati dua mangsa dan enam yang lain cedera.
BACA LAGI : Hero Batang Kali Sudah Tiada, Blake Mati Akibat Kanser Limfoma
Kejadian yang berlaku di pusat beli-belah terkenal, Siam Paragon, di Bangkok itu mengakibatkan keadaan menjadi kelam-kabut dengan orang ramai termasuk kanak-kanak bertempiar lari keluar dari pusat beli-belah itu.
Selain itu, menerusi video tular di media sosial, orang ramai dilihat berlindung dalam gelap di sebuah restoran di pusat beli-belah itu.
Siaran langsung di televisyen pula menunjukkan kesesakan lalu lintas teruk dengan keadaan hujan lebat di luar premis berkenaan.
Individu yang dikatakan penembak terbabit, yang memakai seluar kargo khaki serta topi besbol itu telah pun disoal siasat oleh Jabatan detektif polis Metropolitan, menerusi laporan di Facebook milik jabatan tersebut.
Hasil soal siasat mendapati, remaja lelaki tersebut disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.
Menurut Polis Thailand, Lt. Jeneral Achayon Kraithong, beliau memaklumkan suspek berkenaan dikatakan telah pun berhenti mengambil ubat.
“Suspek adalah pesakit di Hospital Rajavithi dan tidak mengambil ubatnya.
“Suspek terdengar bisikan seseorang yang menyuruhnya menembak orang. Ia adalah hasil siasatan awal kami,” katanya.
Tambah beliau lagi, remaja tersebut juga didapati berada dalam keadaan keliru ketika diberkas polis.
Sekadar info, dua orang, seorang Cina dan seorang Burma, disahkan terbunuh semasa tembakan itu, walaupun laporan awal menyatakan terdapat tiga yang terbunuh.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.