Bukan sahaja cantik dan terkenal dengan bakatnya yang besar, bahkan keprihatinan yang dimiliki menjadi satu taruhan personaliti ini. Kemurahan hatinya untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan dan kesusahan mendapat perhatian ramai.
Beberapa hari lalu, isteri kepada Jay-Z ini telah membuat keputusan untuk memberi geran bernilai RM20 ribu ringgit kepada mereka yang mengalami masalah untuk membayar rumah akibat krisis Covid-19 di Amerika Syarikat.
Menerusi yayasannya yang dikenali dengan nama BeyGOOD, seramai seratus individu terpilih akan menerima bantuan tersebut pada penghujung Januari 2021 yang akan datang. Kebanyakan mereka yang menerima bantuan mengalami masalah disebabkan kehilangan kerja akibat penyakit dan juga sistem pengurangan pekerja yang diambil oleh banyak industri.
Pusingan kedua untuk pemberian geran ini pula akan dilakukan pada awal Februari 2021.
Sebelum ini BeyGOOD telah melancarkan bantuan kepada bisnes kecil yang mengalami impak yang mana lebih 250 bisnes telah menerima geran bernilai RM40 ribu ringgit.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh yayasan tersebut, “Ketika kita berhadapan dengan pandemik yang disebabkan oleh COVID-19, BeyGOOD membuat rancangan untuk membuat sesuatu yang berbeza. Kami membantu organisasi di seluruh negara yang menyediakan keperluan asas seperti bekalan makanan, air, bekalan rumah tangga dan ujian COVID. Kami juga menyediakan khidmat sokongan kesihatan mental.”
Sumber: CNN
Sumber Gambar: Instagram Beyonce