Foto: Daftar IPT

Selalu juga kita keliru kewujudan polis bantuan yang ada di stesen-stesen kereta api atau pun shopping mall dengan pasukan polis macam dalam drama Gerak Khas tu.

Kenapa ada perkataan ‘Polis Bantuan’ pada lencana uniform mereka? Adakah mereka tidak sama seperti anggota PDRM yang lain?

Berikut merupakan penerangan tetang tugas polis bantuan yang mungkin boleh beri sedikit pencerahan untuk korang yang selama ini tertanya-tanya.

1. Kuasa dan tugas

Polis bantuan sebenarnya dilantik dan dikawal di bawah seksyen 47-50 Akta Polis 1967 bagi tujuan memberi khidmat pengawasan di kawasan-kawasan yang kurang pengawasan polis dan boleh menjadi unit kepada PDRM dalam situasi yang diperlukan.

Tugas mereka termasuklah:

Ads

1. Rondaan, bit dan kawalan statik2. Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan
3. Melindungi dan mengiring harta majikan
4. Mencegah kesalahan jenayah
5. Mengesan dan menangkap pesalah

Badan swasta seperti pusat membeli belah akan mengupah polis bantuan dengan membuat permohonan rasmi kepada PDRM untuk mendapatkan khidmat mereka dan bertanggungjawab untuk membayar gaji mereka.

Jadi, macam mana ‘percanggahan kuasa’ dielakkan bila berdepan dengan keselamatan awam?

Perenggan 20 Perintah Tetap Ketua Polis Negara mengatakan bahawa apabila polis bantuan bekerjasama dengan pegawai polis dari PDRM, pangkat polis bantuan haruslah lebih rendah dari pangkat pegawai polis PDRM.

Ads
Beza Antara Tugas Polis Bantuan Vs PDRM Yang Perlu Korang Tahu
Foto: amnesty.org

2. Perlantikan polis bantuan

Ketua Polis Negara dengan restu Menteri Dalam Negeri boleh melantik mana-mana individu sebagai Pegawai Kanan Polis Bantuan dari pangkat kehormat Inspektor sehingga ke pangkat Superintendan. Individu ini boleh terdiri daripada mana-mana pegawai polis yang telah menjalani latihan.

3. Latihan

Latihan untuk polis bantuan dijalankan selama 9 minggu di pusat latihan polis dan majikan mereka bertanggungjawab ke atas penginapan, makanan, peralatan dan segala keperluan untuk sepanjang tempoh latihan tersebut.

Malah, majikan mereka juga perlu menyediakan kursus dan latihan daripada masa ke semasa untuk memantapkan lagi prestasi pegawai mereka .

Ads

Rujuk contoh latihan yang diberikan, di sini.

Beza Antara Tugas Polis Bantuan Vs PDRM Yang Perlu Korang Tahu
Foto: Facebook Polis Bantuan Malaysia

4. Senjata api, gari dan cota

Menurut Perenggan 25, polis bantuan membawa dan menggunakan senjata api, gari dan cota yang dilesenkan di atas nama majikannya, dengan syarat mereka hanya boleh membawa dan menggunakannya semasa menjalankan tugasan rasmi y ang diarahkan oleh majikan di kawasan yang ditetapkan sahaja.

Perlukah kita ikut arahan polis bantuan?

Oleh sebab polis bantuan ni diambil bekerja oleh majikan mereka, jadi bidang kuasa mereka hanya tertakluk di kawasan milik majikan atau di mana tempat mereka ditugaskan saja. Mereka tidak mempunyai kuasa di luar kawasan tersebut.

Maka tak perlulah korang bimbang jika ternampak abang-abang polis bantuan di tempat awam. Hehe..

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI