
Kegembiraan selepas habis kertas SPM yang terakhir memang tidak boleh dinafikan. Yelah setelah bertahun-tahun bersekolah dan menanggung beban dibahu akhirnya berakhir di dewan SPM.
Jika minggu lalu, viral di media sosial gambar dua pelajar sekolah yang dipercayai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru selesai menduduki peperiksaan menunggang motosikal dengan pakaian sekolah di bahagian belakang ditulis dengan kata-kata kesat terhadap guru.

Tapi lain pula tindakan yang dilakukan oleh pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi. Mereka melakukan sujud syukur beramai-ramai selepas selesai menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menyentuh hati para guru dan orang ramai.
Melalui perkongsian guru yang dikenali sebagai Hafizi Amran dilaman sosialnya, beliau menzahirkan rasa bangga melihat cara pelajar MTD ni menamatkan peperiksaan akhir SPM dengan sujud syukur.
Permandangan ini begitu menyentuh hati masyarakat. Mereka meraikan hari kegembiraan mereka dengan bersukur dan berterima kasih kepada Tuhan. Difahamkan kegiatan pelajar tersebut adalah bagi meraikan kejayaan mereka selepas menduduki kertas terakhir SPM semalam.
Sebak dan sangat tersentuh. Itulah perasaan bila melihat situasi ini. Putera tersangat berdisiplin dan hormat kami. Senang kami untuk jaga putera ini semua.
Rata-rata netizen juga meninggalkan komen memuji para pelajar ini dan mendoakan yang terbaik di masa akan datang.
Sumber : Facebook Hafizi Amran
Hafiz Mahamad Sekali Lagi Taja Bas Percuma Untuk Orang Ramai Balik Kampung

Jika tahun lalu usahawan Hafiz Mahamad telah menaja beberapa buah bas untuk membawa pulang orang ramai balik ke kampung secara percuma, tahun ini sekali lagi Hafiz bakal menyewa tiga ke lima buah bas lagi bagi tujuan yang sama.
Jelasnya di ruangan instagram, walaupun kita semua sudah dibenarkan untuk pulang berhari raya di kampung, namun masih ramai sahabat yang mempunyai masalah kewangan yang tidak mengizinkan. Memikirkan tentang kos minyak, pulang ke kampung pun takkan dengan tangan kosong, semua perlukan duit.
Betul tak?
Disebabkan oleh itu, usahawan ini memahami situasi mereka, khususnya adik-adik yang masih lagi belajar dan menjelaskan bahawa dia telah menyewa tiga buah bas, namun sekiranya ramai yang ingin menyertai bantuan ini, Hafiz mungkin akan menambah enam buah bas lagi.
“Ini semua ‘free’ @ainaabeautyofficial sponsor awak balik raya. Harap penuh semua bas nanti”
Setiap individu boleh menerima lima tiket dan bas akan bergerak pada Jumaat ini (29 April) pada pukul 9 malam dari KL akan ke Pantai Timur.
Usaha yang dilakukan ini mendapat pujian warganet yang rata-ratanya turut mendoakan agar Hafiz Mahamad dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki.
Tidak akan miskin bagi orang yang sentiasa bersedekah. Betul tak? Semoga setiap pertolongan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada individu yang benar-benar memerlukannya.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ketahui Hak Pengguna Apabila Barang Yang Diterima Rosak, Peguam Ajar Cara “Deal” Dengan Kurier

Rasanya satu Malaysia tahu tentang isu syarikat kurier J&T ni kan. Yelah…hati mana yang tidak terkesan apabila melihat nasib bungkusan barang yang dibeli dengan duit kita sendiri secara atas talian dibaling, disepak begitu saja oleh para pekerja syarikat kurier.
Memang naik marah jadinya….
ARTIKEL BERKAITAN : Parcel Tak Sampai-Sampai, Wanita Ini Dedah Keadaan Gudang Syarikat Kurier J&T Kucar Kacir – REMAJA
Susulan daripada hal ini mesti ramai yang tertanya-tanya termasuklah penulis tertanya kepada diri sendiri, siapa yang akan bertanggung jawab kalau barang pengeposan itu rosak atau hilang. Adakah penjual yang perlu bertangungjawab atau pihak syarikat kurier itu sendiri. Atau itu tanggungjawab pembeli sendiri….Hmmm
Lantas, seorang peguam yang sering berkongsi tentang hak pengguna di laman sosial, Puan Nor Zabetha pada kali ini menjelaskan mengenai hak pengguna apabila barang yang diterima rosak.
Ikuti Perkongsian Peguam ini :
Apa hak pengguna, apabila barang yang diterima rosak?
Misalnya insiden barangan J&T yang dikendalikan secara kasar.
Saya tolak tepi isu komisen, isu marah dengan majikan, isu hak pekerja.Saya hendak fokus kepada hak pelanggan iaitu penghantar/penerima barangan.
Ada banyak diruang komen berkenaan aduan barangan yang diterima rosak, pecah dan bungkusan macam ‘belacan’.
Isu dalaman J&T kita ketepikan dahulu. Bak kata pepatah “Jangan kerana nyamuk, kelambu dibakar”. Janganlah pasal hal dalaman, kita pelanggan pula terkena. Tak patut.





Tiada Istilah Cop Parking Di Mana-Mana Premis, Denda RM2000 & Penjara 6 Bulan

Perbuatan cop parking antara “budaya” yang masih tebal bagi sesetengah individu atas alasan senang meletak kenderaan mereka. Adakalanya boleh menjadi gaduh akibat perbuatan suka-suka main cop parking ini kecualilah kalau petak itu dibeli secara terus dari majlis perbandaran.
Perbuatan cop parking ini bukan saja berlaku di premis perniagaan tetapi banyak rumah-rumah persendirian dan flat atas pelbagai alasan.
Tapi tahukah korang, tiada istilah main-main cop parking ini dan perbuatan ini sebenarnya SALAH SAMA SEKALI.


Menurut info dikongsikan di fb Jabatan Pengangkutan Jalan semalam, perbuatan cop (letak kerusi/motor/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SHARE UTK SIMPANAN
INFO:
“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”
Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.
Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.
Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:
- Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
2. http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ
Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kernderaan, butiran kejadian.
Jom ikuti media sosial rasmi JPJ untuk perkembangan terkini.
#JPJMalaysia
#DigitalisasiKeArahIntegriti
#infoJPJ
#aduanJPJ
#soalanJPJ
#viralJPJ
Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/
Twitter: JPJ_Malaysia
https://twitter.com/jpj_malaysia
Instagram: JPJMalaysia
https://www.instagram.com/jpjmalaysia
Youtube: JPJMalaysia
https://www.youtube.com/user/portaljpj