Dua penyakit ini bagaikan kebiasaan dewasa ini. Kini selalu dengar ramai diserang penyakit jantung dan juga strok secara tiba-tiba. Ada yang terus menghembuskan nafas terakhir dan ada yang menghabiskan waktu di hospital dan pusat pemulihan fizikal untuk kembali sihat seperti sediakala.
Jangan sangka bahawa dua penyakit ini hanya menyerang orang tua sahaja, orang muda juga tidak terlepas jika tidak menjaga kesihatan dengan betul. Amalkan penjagaan diri yang baik terutamanya dengan bersenam dan mengawal pemakanan bagi mengekalkan berat badan ideal.
Ini adalah simptom yang anda perlu tahu perbezaan di antara kedua-dua penyakit ini.
SERANGAN JANTUNG | STROK |
Lemah di sebelah badan secara tiba-tiba | Sakit di tengah dada seperti ditekan
|
Pertuturan Tidak Jelas | Tidak selesa di bahu kiri, rahang, belakang dan dada
|
Mata kabur | Sesak nafas
|
Tidak seimbang
| Muntah |
Keliru
| Pitam, pucat |
Menurut maklumat yang dimuat naik laman Facebook Public Health Malaysia, “Strok dan Serangan jantung adalah punca kematian utama di Malaysia. Jika seseorang individu mengalami serangan jantung atau strok, setiap minit adalah sangat berharga. Semakin lambat, semakin banyak sel otak dan jantung yang mati akibat tiada bekalan oksigen.”
Jangan ambil mudah jika anda menghidap simptom seperti yang dinyatakan di atas. Dapatkan rawatan segera untuk memastikan tahap kesihatan berada di tahap yang baik.
Ingat, muda tidak semestinya anda tidak akan terkena penyakit-penyakit ini.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Public Health Malaysia