Beza Usia 13 Tahun Tak Jadi Masalah Untuk Lee Dong Wook & Suzy Bersama?

Share

Isi Kandungan

Toggle

Banyak betul gosip percintaan melibatkan selebriti Korea pada minggu ni.

Pada awal minggu, khabarnya pelakon Park Shin Hye sedang bersama Choi Tae Joon. Kini, tiba pula giliran gosip kononya pelakon Lee Dong Wook dan Bae Suzy sedang bercinta. Wow, cantiknya couple ni!

Kelmarin, media dari Korea Selatan, TV Report telah mengeluarkan bingkisan tentang gosip ini. Menurut sumber rapat mereka, pada awalnya, Dong Wook dan Suzy sekadar berkawan saja di lokasi penggambaran, namun hubungan itu menjadi lebih rapat dan hhm

– romantik.

Sehingga kini, masih belum ada confirmation daripada pihak agensi mereka berdua iaitu King Kong dan JYP. So terpaksalah kita semua menunggu laporan rasmi, atau foto dating mereka berdua tersebar. Hehe..

Sebelum ini, Suzy menjalinkan hubungan dengan seorang lagi aktor kacak, Lee Min Ho namun hubungan itu tak berkekalan kerana masalah di antara mereka. Walaupun kami memang merasakan Suzy dan Min Ho sangat sepadan, tetapi iyalah, Suzy dah move on

dengan Dong Wook. Eh!

Ini dia 4 perkara mengenai hubungan baru ini yang mungkin korang akan rasakan menarik.

01

Semasa Suzy merupakan tetamu di rancangan Strong Heart pada tahun 2012, di mana Dong Wook merupakan pengacara tetap, Suzy mengakui kualiti lelaki idealnya ada dalam diri Dong Wook. Ramai juga media yang melaporkan bahawa pelakon drama Goblin itu juga menyukai gadis bersifat rendah diri dan ceria, seperti Suzy.

Artikel Berkaitan: 6 Langkah Mudah Kalau Nak Kulit Flawless Macam Bae Suzy Setiap Hari.

02

Ramai yang terkejut pada awalnya kerana mereka berdua mempunyai perbezaan umur 13 tahun. Dong Wook dilahirkan pada tahun 1981 manakala Suzy pula lahir pada tahun 1994. But what is there in age differences, kan?

03

Ada yang pernah melihat mereka berdua di sekitar daerah Cheongdam-dong di Seoul. Tapi tak diketahui sama ada mereka kebetulan mempunyai urusan tertentu ataupun sedang dating.

04

Sebelum ini, ada beberapa gosip liar tentang lelaki yang menjadi pilihan Suzy selepas putus dengan Lee Min Ho. Ada yang berkata dia secara senyap bersama dengan Lee Jong Suk kerana imej #relationshipgoal mereka di dalam drama While You Were Sleeping. Ada juga yang berkata Suzy dan Lee Min Ho cuba untuk kembali bersama.

Published by
FZ