Harapkan pagar makan padi.
Hal ini amat mengejutkan seluruh dunia apabila seorang remaja perempuan di Kerala, India yang juga merupakan pesakit COVID-19 telah diperkosa oleh seorang pemandu ambulans semasa dalam perjalanan untuk ke hospital.
Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu berlaku ketika dua pesakit wanita positif COVID-19, masing-masing berusia 19 tahun dan seorang lagi perempuan tua, dibawa ke dua hospital berbeza untuk rawatan COVID-19 oleh pemandu ambulans terbabit.
Tertuduh, yang dikenali sebagai Noufal, 25, pada mulanya menghantar perempuan tua itu ke hospital.
Lebih menduka citakan, sebelum menghantar gadis berumur 19 tahun itu ke hospital rawatan COVID-19, dia membawanya ke kawasan terbiar di Lapangan Terbang Aranmula, dan bertindak memperkosanya.
Berdasarkan keterangan aduan, tertuduh kemudian menghantar gadis tersebut ke hospital rawatan COVID-19.
Menurut pihak polis, gadis tersebut pada mulanya menjalani kuarantin di rumah saudaranya di Pandalam, sebelum disahkan positif jangkitan COVID-19 Sabtu lalu dan terpaksa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Tertuduh dilaporkan diberkas sehari selepas kejadian susulan aduan gadis terbabit dan kes difailkan mengikut pertuduhan serangan seksual.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Kerala, KK Shylaja, mengakui terkejut dengan kejadian terbabit dan mengarahkan jabatan berkaitan memecat pemandu berkenaan daripada perkhidmatan ambulans.
“NCW India mengambil maklum berhubung laporan bahawa seorang pemandu ambulans dituduh merogol pesakit COVID-19 berusia 19 tahun di Aranmula, dekat daerah Pathanamthitta, Kerala.
“Pengerusi kami, Rekha Sharma, sudah menghubungi Ketua Pengarah Polis Kerala supaya pertuduhan dan penyiasatan kes ini dapat dipercepatkan,” tulisnya di Twitter.
Tapi masalahnya, si perogol tak takut pula kalau dia turut dijangkiti pandemik Covid19 tu kan. Yelah bila nafsu sudah menguasai diri. Inilah jadinya. So tak hairan la kenapa kes Covid19 di India semakin meningkat.
Untuk info, negara India mencatat 4.2 juta kes jangkitan COVID-19 setakat Isnin, sekali gus menjadi negara kedua dengan kes tertinggi, mengatasi Brazil di tempat ketiga.
Sumber:
India Times